18

23.7K 1.1K 40
                                    

"Weyh, tu bukan ke Tengku Adrian?"

"Dia buat apa kat sini?"

"Dia datang dengan Tengku Aylie lah."

Zarif memandang ke arah dua manusia yang berjalan masuk ke dalam sekolah bila mendengar suara students itu semua. Aylie dan Adrian.

Zarif melangkah ke arah mereka. Aylie yang perasaan akan kehadiran Zarif senyum kecil bila Zarif dah menunduk hormat kepadanya. "Senior buat apa kat sini?" soal Zarif. Dia mengerling sekilas kepada Adrian yang bersahaja di sebelah Aylie.

Aylie menepuk lengan Adrian. Adrian memandangnya. "Apa kau?" soalnya. Aylie memandangnya tajam sebelum memandang Zarif.

"Aku nak minta tolong kau, boleh?" soal Aylie. Zarif mengerutkan dahi sebelum mengangguk. "This guy, tolong dia jumpa pengetua. Dia baru masuk hari ni." kata Aylie sambil jarinya menunjuk pada Adrian. Adrian memandangnya.

"Lie, kau nak suruh siapa pulak ni? Kau je lah tolong aku." bantah Adrian. Aylie mengetap bibir geram.

"Kau jangan nak mengada, boleh tak? Aku ada kelas kejap lagi. So, jangan buang masa aku. Orang nak tolong tu, terima je lah. Macam-macamlah kau ni. Kejap lagi Arria tu membebel aku lama, siap kau eh. Aku bebel kat kau balik. Gila."

Adrian menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Yelah. Kau pergilah sana. Tak payah membebel." kata Adrian. Aylie menjelingnya sebelum memandang Zarif. Sakit hati tau dengan mamat Adrian ni. Nasib baik Uncle Firash dengan Aunty Fasya yang suruh. Kalau tak, memang takde maknanya dia nak tolong gila ni. Menyakitkan hati je.

"Kau tolong eh? Thanks."

Aylie terus melangkah meninggalkan perkarangan sekolah itu. Adrian mencebik. Dia memandang Zarif yang merenungnya. Adrian menjongketkan keningnya. "Excuse me?" tegur Adrian. Zarif tersentak.

"Err.. Sorry. Jom, aku bawa kau jumpa pengetua." tutur Zarif. Adrian hanya mengangguk. Dia mengikut langkah Zarif.

"Emmm.. I'm Adrian. Tengku Adrian Irshad. Kau?" Adrian menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Zarif. Zarif memandangnya. Perlahan, tangannya naik menyalam tangan Adrian.

"Zarif. Syed Zarif Izzhan. Headprefect sekolah ni." kata Zarif. Adrian mengangguk faham. Zarif diam. Mereka kembali berjalan hingga ke bilik pengetua. "Here, bilik pengetua. Kau masuklah." kata Zarif.

Adrian memandang pintu tersebut. "Kau masuklah sekali." pinta Adrian. Zarif senyum.

"Takpe. Kau masuk je. Takdenya pengetua nak marah kau. Aku ada kerja kejap lagi." kata Zarif. Adrian hanya memandang langkah Zarif. Dia menghelakan nafasnya sebelum masuk ke dalam bilik pengetua.

••••||••••

Nura mengetuk-ngetuk meja dengan pen. Anissa yang berada di sebelahnya dah memandangnya tajam.

"Ra! Aku tengah study, kan? Bisinglah kau ni!" rungut Anissa. Nura memandangnya.

"Kau study apa? Aku bosanlah!" rungut Nura pulak. Anissa mengetap bibir geram. Dia menghidupkan tablet Nura.

"Kau bosan, kan? So studylah. Kau bising lagi sekali, aku buang pen tu." ugut Anissa. Nura mencebik. Nak marah-marah pulak minah ni. Period ke?

Nura baru sahaja mahu membaca nota di tabletnya bila cikgu masuk. Berkerut dahinya saat melihat Adrian yang sama melangkah masuk.

"Hi. I'm Tengku Adrian Irshad. Just call me Adrian." tutur Adrian memperkenalkan diri. Semua orang dah terdiam bila melihat The Best Pianist ini berada di sini.

Nura turut sama terdiam. Matanya kaku memandang Adrian. Bila mata mereka bertembung, Adrian tersenyum sebelum mengenyitkan matanya.

"Adrian, you can sit at the last table."

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now