43

21.1K 976 23
                                    

6 tahun kemudian..

Zarif dan Rafie yang melangkah masuk ke dalam banglo milik Hazalia berpandangan saat mendengar bunyi sebatan yang mengisi kesunyian banglo tersebut.

"Tu, dari bilik Zafriel kan?" soal Rafie. Terbeliak mata Zarif. Mereka berlari laju ke bilik yang dihuni oleh Zafriel.

"Hazalia!"

Zarif menarik tangan Hazalia daripada terus menyeksa anak kecil yang tidak bersalah itu. Rafie pantas merapati anak yang baru berumur 7 tahun itu.

"Kau buat apa ni Hazalia?! Apa yang merasuk kau sampai kau seksa anak buah sendiri?!" jerkah Zarif. Hazalia memandangnya.

"None of your business." tutur Hazalia sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Zarif merengus. Dia memandang Rafie yang mendukung Zafriel dan diletakkannya di atas katil.

Zarif duduk di sebelah Zafriel. Tangannya mengusap lembut rambut Zafriel. Tiada air mata yang menitis pada pipi budak lelaki itu. Mungkin sudah lali.

"Zaf, I will take you out from here. As soon as possible." tutur Zarif. Rafie memandang Zarif.

"Are you serious?" soal Rafie. Zarif memandangnya dan mengangguk. "Kenapa?"

Zarif menjungkitkan bahunya. "He remind me with my baby." tutur Zarif. Bibirnya mengorak senyuman. Rafie diam. Zarif memandangnya.

"Kau jaga dia. Aku nak keluar kejap." kata Zarif sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Rafie sekadar memandang. Dia kembali memandang Zafriel.

Zafriel Fiyan. Anak Hailey and one of his girl. Tapi malangnya, Hazalia sudah membunuh perempuan itu sebaik sahaja Zafriel Fiyan lahir. Well, she needs Zafriel Fiyan. Hanya Zafriel Fiyan yang boleh 'unlock' semua harta peninggalan Hailey. Sebabnya? Hailey dah tinggalkan harta-hartanya atas nama Zafriel Fiyan.

•••••||•••••

"Ladies and gentlemen, let us welcome the lady of the night, Nova Qlyn!"

Gadis yang digelar Nova Qlyn itu melangkah naik ke atas pentas yang menjadi tumpuan. Topeng yang dihiasi dengan glitter yang bewarna emas terletak cantik pada bahagian atas wajahnya. Yes, ini ialah keistimewaannya, imej sebenarnya tidak didedahkan kepada umum. Dia sering mengenakan topeng yang menutup separuh daripada wajahnya. But yea, she's still beautiful.

Dia duduk di bangku yang disediakan berhadapan dengan sebuah grand piano. Tangannya lembut menari di atas piano tersebut menghasilkan melodi yang sangat merdu.

Semua yang berada di dalam ballroom itu menikmati setiap alunan melodi yang terhasil daripada pemain piano yang berbakat tersebut. Tanpa gadis itu sedar, seseorang jejaka kacak sedang memandang ke arahnya dengan senyuman kecil.

•••••||•••••

Gadis itu melangkah ke arah backstage. Dia tersenyum saat melihat kelibat yang selalu menjadi pembakar semangatnya.

"Mummy!"

"Nura!"

Yea. Gadis yang digelar Nova Qlyn itu ialah Nura Qistina, pemain piano yang handal. Dia melangkah ke Adrian dan Anissa yang sedang menunggunya.

"Haih, menyesal pula aku suruh kau ganti aku main piano dulu. Sekarang ni, kau lagi popular dari aku." tutur Adrian. Nura tergelak kecil sambil dia memangku anaknya, Aurelia Imanina.

"Padan muka kau." Nura mencium anaknya itu. "Are you a good girl today? Do you cause any trouble to mama and papa?" soal Nura. Aurelia pantas menggeleng.

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now