17

22.6K 1.1K 10
                                    

Nura menyelak segala jenis kertas di atas meja. Semua report yang dihantar oleh ketua unit petang tadi. Dia yang kena susun semula semua maklumat tersebut.

"Nura."

Nura mengangkat muka memandang Zarif yang memandangnya dengan pandangan dingin. "Mum kau call. Dia suruh dinner kat rumah sana." kata Zarif. Nura hanya diam. "Kau dengar tak ni?" soal Zarif.

"Dengar."

"So, pergilah siap sekarang." arah Zarif sebelum melangkah keluar. Nura mengetap bibir geram. Dia bangun dan melangkah ke arah wardrobe untuk menukar bajunya.

•••••||•••••

Tan Sri Nazim mendekati Nura yang duduk termenung di tepi kolam. Dia duduk bersila di sebelah Nura membuatkan Nura memandangnya.

"Dad."

Tan Sri Nazim memandangnya. "How's your life now?" soal Tan Sri Nazim. Nura menunduk.

"Biasa je." balas Nura perlahan. Tan Sri Nazim senyum kecil. Dia mengusap lembut rambut Nura. Nura diam.

"Dad minta maaf kalau Dad dah sakitkan hati Nura dengan keputusan Dad ini. Tapi Dad nak Nura tahu, Dad nak Nura bahagia dan Dad percaya, hanya Zarif boleh buat Nura bahagia. Dad lepaskan kamu pada tangan lelaki yang bergelar suami tidak bermaksud Dad tak sayangkan kamu tapi sebab sayanglah, Dad buat macam ni."

Nura hanya diam.

"Dulu, Dad dah silap dalam meninggalkan Nuha. Dad dah silap mengetepikan Nuha sampai dia tak pernah rasa kasih seorang ayah dan ibu. Dan, Dad pisahkan korang adik-beradik. Semuanya sebab Dad nak Nura selamat. Sebab Dad nak hantar Nura berubat di London, Dad lepaskan tanggungjawab Dad pada nenek kamu untuk jaga Nuha."

"And now Dad lepaskan tanggungjawab Dad pada Zarif untuk jaga Nura, right?" balas Nura. Tan Sri Nazim terdiam. Nura senyum sinis. "Kenapa Dad nak Nura kahwin dengan Zarif? Sebab Dad percaya dia boleh bahagiakan Nura? That's your expectation, right?" tanya Nura. "But the reality is? I'm not happy! Dad expect Nura akan bahagia bila Nura kena paksa kahwin dengan Zarif?! No! That will not be happen!"

Tan Sri Nazim memandang Nura. "What do you mean that it will not be happen? Nura ada suka orang lain ke?" soalnya.

Nura memejamkan matanya. "Just forget it lah Dad. Apa? Kalau Nura ada suka orang lain, Nura mampu buat apa? Semua dah terlambatlah Dad! You ruined my life!"

Nura terus bangun sebelum melangkah masuk. Dia melangkah ke arah Zarif yang rancak berbual dengan Puan Sri Shima dan Nuha. Terus tangan Zarif ditariknya. "Jom balik." ajak Nura terus.

"Nak balik ke Nura? Tak payahlah Nura. Dah lewat malam ni. Tidur je lah kat sini. Esok kan cuti." kata Puan Sri Shima. Nura menggelengkan kepalanya.

"It's okay. Nura nak balik. Jom."

Nura terus keluar dari banglo itu. Tan Sri Nazim lansung tidak dihiraukannya. Zarif pantas menyalami Puan Sri Shima dan Tan Sri Nazim sebelum mengikut langkah Nura. Keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan banglo itu.

Zarif mengerling sekilas pada Nura. "Kau okay tak ni?" soal Zarif bila melihat Nura hanya termenung memandang cermin kereta. Tapi, Nura hanya diam. Zarif mengerutkan keningnya. Namun dia hanya diam. Nanti dah sampai rumah, dia tanyalah.

••••||••••

Zarif melangkah masuk ke dalam bilik perbincangan mereka. Rafie dan Iqqal memandang sudah menunggunya di bilik perbincangan.

"Boss." Mereka berdiri dan menunduk hormat pada Zarif. Zarif hanya mengangguk.

"What is it yang penting sangat?" soal Zarif. Iqqal memberikannya beberapa helai kertas.

"Apa ni?"

"Boss ingat tak yang isteri boss hampir kena langgar kat London tu?" soal Iqqal. Zarif mengangguk. "Saya jumpa siapa yang hantar orang untuk langgar isteri boss."

Zarif terus mengangkat mukanya. "Siapa?" soalnya terus.

"Kumpulan Beatter."

Zarif merengus kasar. "Tak serik lagi rupanya dorang tu." ujarnya sinis. Iqqal mengangguk setuju. "Aku nak korang cari siapa yang cuba langgar bini aku tu. Bawa dia datang sini. Aku ada urusan dengan dia." arah Zarif. Iqqal mengangguk.

"Anymore?" soal Zarif.

Rafie dan Iqqal berpandangan. Zarif memandang mereka. "What?" soalnya.

"Errr.. Pasal Kumpulan Beatter tu.."

Zarif mengerutkan dahinya. "Kenapa dengan mereka?" soal Zarif.

"Mereka dah dapat perlindungan dari Kumpulan RK."

Terus terangkat kepala Zarif saat mendengar nama itu. Nama yang tidak asing. RK means Red Killer. Mereka diibaratkan seperti pengganti Emperor yang sudah kalah di tangan Expo. Dan, RK merupakan musuh ketat mereka.

Zarif diam sambil tangannya mengepal penumbuknya.

••••||••••

Zarif masuk ke dalam rumah. Dia baru mahu melangkah naik bila kedengaran bunyi percikan air. Zarif mengerutkan dahinya. Dia melangkah ke sliding door. Pistol di belakangnya dipegang.

"Nura?"

Zarif keluar ke kawasan kolam renang. Nura yang sedang berendam di dalam kolam dengan matanya dipejamkan. Zarif kembali bertenang. Dia duduk di tepi kolam renang.

"Kau buat apa berendam malam-malam macam ni? Kang kau yang demam, aku yang susah." tutur Zarif. Dahlah Nura ni mudah sangat jatuh sakit kalau terlalu sejuk.

Nura memandang Zarif. "Baru balik ke?" soal Nura. Zarif hanya mengangguk.

"Bagi aku tangan kau kejap." kata Zarif. Nura memandangnya sebelum menghulurkan tangannya. Zarif memegang lembut tangan Nura. Jarinya Nura dipandang.

"Mana cincin?" soal Zarif bila melihat jari jemari Nura yang kosong. Dia memandang Nura. Nura hanya diam. "Kau tak pakai?" soal Zarif lagi. Nura diam. Zarif senyum kecil.

"Dah, tak payah buat muka bersalah kau tu. Aku tak marah pun." kata Zarif. Nura hanya diam. Zarif senyum. "Dah, keluar sekarang. Tangan kau dah sejuk ni. Nanti kau sakit pula."

"Aku.."

"Nura Qistina."

Nura merungut bila Zarif dah mengeluarkan suara tegasnya. Nak tak nak, dia kembali naik ke tepi kolam. Zarif juga sama bangun. Dia berdiri menghadap Nura. Mata Zarif teralih ke belakang Nura. Berkerut dahinya saat melihat ada kelibat orang yang memerhati mereka.

Nura mengerutkan dahinya bila melihat Zarif yang diam. "Zarif? Zarif!"

Zarif tersentak. Dia memandang Nura. "Kau tengok apa?" soal Nura. Baru sahaja dia mahu berpaling, tangannya sudah ditarik oleh Zarif untuk masuk ke dalam rumah.

"Pergi naik. Tukar baju kau." arah Zarif. Nura dah berkerut dahi namun kakinya tetap melangkah. Zarif kembali keluar ke kawasan kolam renang. Dia melangkah ke arah pagar. Matanya menangkap seorang lelaki yang berlari meninggalkan perkarangan rumah itu. Zarif merengus.

IPhone di poket seluarnya diambil. Number Rafie didail. Tidak lama kemudian, kedengaran suara Rafie.

"Yes boss?"

"Aku nak kau cari siapa yang datang intip rumah aku as soon as possible. Pastu, kau bawa orang tu jumpa aku." arah Zarif terus. Dia menamatkan panggilan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Sliding door ditutupnya.

••••||••••














































Happy reading my dearies

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now