Seminggu kemudian..
Zarif menunggu Nura di dalam kereta. Senyuman terlakar di bibirnya. Hari ini, dia nak selesaikan semua ini. Nura will get what she deserves.
Seminggu dia meluangkan masa dengan Nura sahaja. Untuknya membuat keputusan tentang hubungan mereka. Dan dia yakin dengan keputusannya kali ini. Nura dah menderita banyak kerana dia. Dan sekarang, dia nak Nura bahagia walaupun mungkin hanya sekejap.
Nura masuk ke dalam kereta dengan muka dinginnya. Seminggu dah berlalu. Dan selama seminggu itu juga dia dingin dengan Zarif.
Zarif memandang Nura sebelum dia mula memandu meninggalkan perkarangan rumah mereka. Mereka hanya diam sepanjang perjalanan. Nura dah lama menyumbat telinganya dengan earphone.
Zarif menghentikan keretanya di depan sebuah cafe. Nura memandang cafe tersebut. "Jom keluar."
Nura memandang Zarif sebelum membuka pintu kereta. Zarif menghulurkan tangannya kepada Nura mengecilkan matanya. "Kau dah kenapa?" soal Nura dingin. Zarif senyum. Tangan Nura dipegangnya dan terus ditariknya melangkah ke dalam cafe.
"Zarif!"
Nura memandang Zarif saat melihat Nuha. "What is this?" soal Nura keras. Zarif memandangnya.
"Please, Nura. Aku nak cakap something dengan korang dua."
"Aku tak nak dengar."
Belum sempat Nura melangkah keluar, Zarif menarik lengannya sehingga dia terlekap di badan Zarif.
"Please sayang. Kali ni je."
Nura memandangnya. "Fine!"
Zarif senyum. Mereka sama melangkah ke arah Nuha yang juga nampak macam terkejut dengan kehadiran Nura.Zarif menarik tangan Nura untuk duduk.
"Saya ingat kita je. Awak tak cakap pun awak nak bawa Kak Nura." tutur Nuha. Zarif hanya senyum kelat. Nura diam.
"Kita order makanan dulu."
"Tak payah." bantah Nura. "Kau nak cakap something kan tadi? Cakap sekarang." kata Nura.
"But at least, kita orderlah makanan dulu ke apa ke."
"Kau tak faham part mana eh? Aku cakap tak nak kan?"
"Okay Nura." Zarif menarik lengan Nura bila Nura sudah mula bangun. "Please listen, both of you." kata Zarif, memandang Nura dan Nuha.
"I had make my decision. Dan keputusan ni untuk kebaikan kita." kata Zarif. Nura dan Nuha berpandangan sebelum memandang Zarif.
"Keputusan apa ni? Saya tak fahamlah." kata Nuha.
Zarif memandang Nura. Tangan Nura digenggamnya. "Look Nura. Aku tahu selama ni aku tak anggap kau sebagai isteri. Aku tak pernah layan kau selayaknya sebagai seorang isteri. But it's doesn't mean aku tak sayang kau. Aku sayang kau."
"Kau sayang aku. Tapi kau tak cintakan aku." tutur Nura. Zarif menghelakan nafasnya.
"Yes. Tapi tu dulu. Sekarang, aku akan cuba, cuba untuk sayang kau as isteri."
Nura mengerutkan dahinya. Dia memandang Zarif. "Maksud kau?"
Zarif senyum. Dia memandang Nuha. "Nuha, awak tahu kan saya cintakan awak? Tapi awak tahu juga kan saya tak sepatutnya simpan perasaan cinta pada adik ipar saya sendiri."
"Apa maksud awak ni? Jangan buat saya takut please." rayu Nuha. Zarif senyum kelat. Nafasnya dihelakan. Satu pernyataan akan keluar dari bibirnya. Pernyataan yang akan menyakiti salah seorang gadis di depannya sekarang.
"Saya nak kita putus, Nuha."
Terbeliak mata Nuha saat mendengar kata-kata itu keluar dari bibir Zarif. "A.. Apa ni?"
Zarif memandangnya. "Memang saya cintakan awak. Tapi sekarang, saya ada isteri. Dan isteri saya ialah kakak kembar awak. Saya dah banyak sakitkan dia, dan untuk setahun ni, saya akan bahagiakan dia walaupun mungkin hanya sekejap."
Nura memandang Zarif. "Kau buat apa ni?" soalnya keras. Zarif hanya diam.
"No! Awak tak boleh putus dengan saya! Saya tak nak putus!" tutur Nuha kuat. Dia memandang Nura dengan pandangan penuh dengan kemarahan. "Ni kerja kau kan?! Kau yang suruh dia putus dengan aku kan?! Sebab kau cemburu kan?! Dasar perempuan murahan!"
Pang!
Selamat tangan Nura melekap pada pipi Nuha. "Kau ke aku perempuan murahan?! Kau ingat aku hadap sangat nak suruh Zarif putuskan hubungan korang?! Kau ingat aku macam kau yang rampas semua hak orang?!" jerkah Nura.
Zarif menarik lengan Nura. "Look Nuha. Please understand me. Kalau awak rasa ni senang untuk saya, awak silap. Nura tak pernah suruh saya putuskan hubungan dengan awak. Ini keputusan saya. Saya harap awak terima." kata Zarif sambil menarik tangan Nura keluar dari cafe itu.
"Let me go!"
Nura merentap tangannya dari pegangan Zarif. "What is wrong with you Zarif?!"
Zarif menghelakan nafasnya. "Kita bincang kat rumah." kata Zarif sebelum menolak badan Nura masuk ke dalam kereta.
••••••||••••••
"Kenapa kau putuskan hubungan kau dengan Nuha? Aku tak suruh pun kan!"
Zarif memandangnya. "Tu yang kau nak kan? Kau yang nak aku layan kau as a wife."
"But I didn't ask you to break up with her!"
"I know. Tapi kalau aku terus dengan dia, macam mana aku nak pupuk rasa cinta dengan kau."
"Baru sekarang kau nak pupuk rasa cinta tu? Kenapa baru sekarang? I didn't need it anymore lah Zarif. Cukuplah dengan cara layanan kau selama ni. I don't need better than that. Kalau aku paksa kau buat pun, aku tahu kau tak rela nak buat. Sebab apa? Sebab hati kau kat orang lain. Tak guna kau layan aku as a wife kalau hati kau bukan milik aku."
Nura berpaling hendak melangkah namun langkahnya terhenti apabila Zarif memeluknya dari belakang. "Please give me a chance to love you as my wife. Kalau bukan untuk selamanya, mungkin untuk sementara."
Nura terdiam. Dia dapat merasakan getaran pada suara Zarif. Ada nada sayu pada suaranya.
"Zarif.." panggil Nura bila mendengar suara esakan kecil. Dia berpaling memandang Zarif. "Kenapa kau.."
"Aku nak kau bagi aku peluang. Sekali je. Bagi aku jaga kau dengan baik sebelum kita berpisah. Aku tak nak tinggalkan memori pahit untuk kau. Aku nak kau sentiasa tersenyum bila bersama dengan aku. Dan aku tak nak tengok lagi pipi ini dibasahi air mata kerana aku."
Zarif mengucup lembut dahi Nura. Nura memejamkan mata. Terasa ada kasih sayang yang mengalir dari kucupan Zarif.
"Jangan sia-siakan peluang yang aku bagi. Kau takkan dapat pujuk aku lagi lepas kau hilang peluang ini."
Zarif tersenyum. "Thanks. Aku akan gunakan peluang ni untuk bahagiakan kau."
••••••||••••••
Sorry guys sebab lampat update. Banyak sangat sebab 😂 Antara sebabnya ialah saya busy.. Selalu dengar alasan ni kan hahahahaha 😂 And.. Saya rasa cerita saya ni dah lari dari plot asal 😂
So, I just teruskan with my new plot ❤
YOU ARE READING
IF I NEVER LOVE YOU ✔
Teen FictionSYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya...