27

23.8K 1.1K 79
                                    

"Shit!"

Nura mencarut. Panas hati ditambah lagi dengan panas badan! Sah Hailey ni gila! Semalam simbah dia dengan air sejuk. Sekarang ni kurung dia dalam bilik berhawa hangat pula. Memang minta makan peluru betul mamat tu!

Peluh sudah menitik membasahkan mukanya. Mukanya yang cerah bertukar kemerahan kerana panas. Dia melangkah mengelilingi bilik itu. Cuba mencari jalan keluar. Namun hampa. Bilik itu tertutup rapat.

Ish! Ada ilmu dalam martial arts pun tak guna kalau terkurung dalam bilik yang takde lansung jalan keluar.

Nura duduk di tengah-tengah bilik. Badannya yang kepanasan membuatkan kepalanya juga turut berasa pening.

•••••||•••••

Zarif, Rafie, Iqqal dan Nazzif melangkah perlahan mendekati villa di depan mereka. Masing-masing berpakaian serba hitam. Earbuds di telinga diaturkan.

"Rafie dengan aku masuk ikut depan. Naz dengan Iqqal masuk ikut belakang." arah Zarif. Mereka mengangguk. "Be careful." pesan Zarif lagi sebelum mereka berpecah.

Zarif dan Rafie melangkah perlahan ke depan pintu. Pintu besar itu ditolak kuat. Serentak itu, kedatangan mereka disambut dengan sepuluh orang yang bersenjata. Mereka berpandangan seperti menghantar isyarat, 'Kau settle 5, aku settle 5.'

10 orang lelaki itu mula mengepung mereka berdua. Bunyi tumbukan mula kedengaran di ruang besar itu. Zarif menghentak seorang lelaki dengan kuat pada lehernya.

"Zarif, cari bini kau. Yang ni bagi kitaorang yang settle." kata Nazzif yang baru turut serta dalam perlawanan itu. Zarif memandangnya.

"Thanks bro."

Dia melangkah ingin melepaskan diri, namun lain pula jadinya bila seorang lelaki menahannya. Zarif mengetap bibirnya. Pantas tangan dia mencapai pisau di tepi kasutnya dan terus ditikam pada lelaki itu. Darah memercik keluar mengenai bajunya.

Zarif mendengus. Dia menolak badan lelaki itu jatuh ke lantai. Kakinya dibawa laju menaiki tangga. "Nura?!"

"Boss, isteri boss ada kat bilik berhawa panas. Sebelah kanan."

Suara dari earbuds nya membuatkannya melangkah ke bilik sebelah kanannnya. Pintu besi itu cuba dibukanya namun hanya sia-sia.

"Shit!"

Zarif mengeluarkan pistolnya. Picu ditarik dan terus dia menembak pintu besi tersebut. Mengharapkan pintu itu boleh terbuka. Namun hanya sia-sia.

Bunyi tepukan kedengaran.

"Wow! Sayangnya kau dengan bini kau tu, kan?" soal Hailey. Zarif merenungnya tajam.

"Lepaskan dia."

Hailey tersenyum sinis. "Kalau aku tak nak?"

Zarif mengetap bibir. Mencabar kesabaran mamat ni. "You'll die."

Satu suara membuatkan mereka berpaling. Aylie dengan selamba melangkah ke arah mereka. Zarif mengerutkan dahinya.

"Senior buat apa kat sini?" soal Zarif. Aylie hanya diam. Dia memandang Hailey.

"I give you a chance. Let Qistina go, and I will let you go too." kata Aylie selamba. Hailey mengetap bibir geram. Dia memandang Zarif.

"Kau bawa Expo untuk tolong kau?" soalnya marah.

"Not him. But me."

Hailey berpaling memandang Nazzif. "Kau!" jarinya ditudingkan pada Nazzif, jejaka yang seumur dengannya. "Kau betray aku?"

Nazzif senyum sinis. "No. Aku dengan Qistina dah keluar dari kumpulan ni. So? Takde istilah aku betray kau. Same as Qistina. She's not yours. So, let her go." kata Nazzif tenang. Hailey senyum sinis.

"No and never."

Hailey mengeluarkan pisaunya. "Over my dead body." dia membaling pisaunya pada Zarif namun sempat dielak oleh Zarif. Dia menghelakan nafasnya.

"Kau memang cabar aku, kan?"

Hailey senyum sinis. "Well, buktikan kau seorang Dark Chaser."

Zarif mengetap bibir. Dia mencapai pisau di atas lantai. "I will kill you with your own knife." tutur Zarif. Dia melangkah mendekati Hailey dan pisaunya selamba diacukan pada Hailey namun Hailey lebih pantas menahan serangan Zarif.

Zarif menyepak kaki kanan Hailey sehingga jejaka itu terlutut. Hailey mengetap bibir. Dia menarik lengan Zarif dengan kuat dan dipusingkannya sehingga terbaring di depannya. Zarif merengus kesakitan. Dia terus menyepak Hailey apabila jejaka itu menyerangnya. Dirinya bangkit. Pandangan matanya menajam. Pisau yang terjatuh tadi diambil.

Terus, Hailey ditumbuk di bahagian jantungnya dengan kuat. Darah yang keluar dari mulut Hailey memercik kepada Zarif. Lututnya diangkat dan dihentak pada perut Hailey.

"Kau nak aku tunjuk siapa Dark Chaser sebenarnya kan? Let me show you." tutur Zarif. Dia menolak badan Hailey sehingga lelaki itu tersandar pada dinding.

Zarif mengambil pisau tadi. Hailey mengambil peluang itu untuk mencapai pisaunya yang lagi satu. Bila Zarif berpaling, terus pisau itu ditikam pada tepi Zarif. Darah mengalir laju. Zarif mengetap bibir menahan kesakitan. Pisau di tangannya dipegang kuat dan terus ditikamnya pada Hailey, tepat pada jantung jejaka itu.

Pegangan Hailey pada pisau tadi melonggar apabila kesakitannya semakin menyengat. Zarif menolak Hailey sehingga badan lelaki itu terjatuh. Zarif mengambil pistol di belakang pinggangnya. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"You're the one who choose to die in my hands." tutur Zarif perlahan sebelum bunyi 2 das tembakan bergema. Zarif menurunkan tangannya sebaik sahaja melepaskan tembakan pada dahi Hailey.

Zarif memegang pisau yang masih melekat pada perutnya tadi. Tangannya memegang pisau itu dan dengan mata yang terpejam, dia menarik pisau itu keluar. Zarif mengetap bibir geram.

"Zarif, are you okay?" soal Nazzif. Zarif hanya memgangguk lemah.

"Nura mana?" soal Zarif. Nazzif menunjuk pada bilik tadi yang sudah terbuka. Zarif melangkah dengan perlahan ke situ. Dia memandang Aylie yang sedang memeriksa keadaan Nura.

"We need to be quick." tutur Aylie. Zarif mengangguk. Dia mendukung badan Nura. Mereka sama keluar dari bangunan itu.

Bomm!

Saat mereka masuk ke dalam kereta, bangunan itu meletup. Zarif mengerutkan keningnya. Dia tak letak mana-mana bom pun.

"Siapa letak bom?" soal Zarif.

"Tengku Aylie."

Zarif mengangguk faham. Dia memandang Nura yang masih pengsan dengan peluh membasahi badannya. Bibirnya diketap.

"Please hold on." bisiknya. Luka pada perutnya juga turut menyengat. "Faster Rafie." arahnya.

•••••||•••••



























































Ada lagi tak yang benci Zarif? Ke dah jadi penyokong ZarNura? 😂

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now