29

24.4K 1.2K 56
                                    

Anissa memandang Adrian yang hanya diam di sebelahnya. Dari balik melawat Nura sampailah sekarang, jejaka itu hanya mendiamkan diri.

"Adrian."

Adrian yang sedang memandu memandang Anissa sekilas. "What?"

"Are you okay?"

"Okay. Why? Nampak macam aku tak okay ke?" soal Adrian. Anissa menjongketkan bahunya.

"Maybe. Since kau diam je sejak balik dari hospital tadi."

Adrian hanya diam. Matanya hanya fokus pada jalan raya. Tidak lama kemudian, kereta Audi milik Adrian masuk ke dalam perkarangan rumah milik keluarga Anissa.

"Nissa."

Anissa yang baru mahu membuka pintu kereta memandang Adrian yang memandangnya dengan pandangan redup. "What?"

"Boleh tak kau teman aku for this day only?"

Anissa menjongketkan keningnya. "Hah?"

"I need someone now. Can you be the one?"

Anissa diam. Wajah kacak Adrian yang nampak begitu serabut dipandang. Anggukan kepalanya mengundang senyuman kecil daripada Adrian.

•••••||•••••

Anissa melangkah mengikut langkah Adrian ke dalam HarSha Indoor Winter Garden. Masuk sahaja ke dalam, badan Anissa terus disapa dengan kesejukan yang terasa hingga ke tulang. Pakaian yang dipakainya lansung tidak membantu untuk memanaskan badannya.

Namun begitu, kakinya tetap melangkah mengikut langkah Adrian. Adrian berhenti di sebuah sudut.

"Wah.. Aku tak tahu pula ada tempat macam ni kat sini."

Adrian memandangnya. "Tempat ni private. Untuk HarSha je."

Anissa memandangnya. "Habis tu, kita ni?"

"Aku ada pertalian persahabatan dengan keluarga HarSha. So, no worries."

Anissa mengangguk. Bertuahnya berkawan dengan keluarga HarSha ni. Anissa pantas mengeluarkan iPhone untuk mengambil gambar. Peluang sebegini tidak sepatutnya disia-siakan.

"No photography, Anissa."

Suara Adrian itu membantutkan niatnya. Dia memandang Adrian. "Alaa.. Satu je." rengek Anissa. Adrian menggeleng.

"Still no. Bila kau masuk sini, kau di bawah kawalan HarSha. So, jaga privacy mereka."

Anissa memuncungkan mulutnya. "Fine!"

Adrian menggelengkan kepalanya. Ni lah perempuan. Just because of 'No', terus nak merajuk macam kita ni larang dia pakai baju pula. Jangan harap aku nak pujuk.

Adrian menekan satu button di sisinya. Dinding di depan mereka tadi kini terbuka. Ternganga Anissa. Kolam air panas!

"Wow."

Entah buat yang keberapa kali, Anissa terpesona.

"Ni natural ke apa?"

Adrian hanya diam. Dia membuka bajunya dengan selamba. Anissa terus memandang ke arah lain. Mamat ni buat free show pula kat sini!

Adrian masuk ke dalam kolam air panas tersebut. Badannya disandarkan pada tepi kolam. Matanya memandang Anissa yang tercegat.

"Kau, kalau nak masuk, masuklah. Don't worry, ada baju disediakan."

Anissa diam. Dia melabuhkan punggungnya di tepi kolam. Kakinya dimasukkan ke dalam kolam air panas. Badannya yang sejuk kerana hawa dingin tadi kini dipanaskan oleh suhu air kolam tersebut.

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now