20

25.4K 1.1K 97
                                    

Nura memandang jam di atas meja kecil di sisi katil. 11:35 malam. Nura kembali berbaring. Dia baru sahaja mahu menutup matanya kembali bila sedar yang Zarif tiada di sisinya. Nura mengerutkan dahinya. Dia turun dari katil dan kakinya diheret mencari Zarif.

Suara di ruang tamu mini di tingkat itu menarik perhatiannya. Dia melangkah ke situ sambil telinganya ditajamkan untuk mendengar perbualan Zarif. Dia memandang Zarif yang sedang berbual di telefon.

"Nazzif ada tanya apa-apa?"

"..."

"He what?"

"..."

"Hmmm.."

"..."

"Look, I will talk to her. Jangan risau. Saya takkan lepaskan awak. But please, give me some time. At least sampai hujung tahun ni."

"..."

"Don't worry. I will keep my promise."

"..."

Nura mengetap bibir. Matanya dipejamkan seketika. Tubir matanya sudah berair. Stop hoping Nura. Dia tak cintakan kau. He love Nuha, not you. Accept the fact, please.

"Nura?"

Nura tersentak dari lamunannya. Dia memandang Zarif yang berdiri di depannya. "Kau buat apa kat sini?" soal Zarif. Nura menjongketkan keningnya.

"Nothing. Aku nak turun kejap. Nak minum air." kata Nura sebelum kakinya melangkah menuruni tangga. Zarif terus mengikut langkah Nura.

"Nura."

Nura memandang Zarif. "Apa?"

"Aku nak bincang sikit dengan kau."

Nura meletakkan kotak susu HL di atas meja. "Bincang apa?" soal Nura sambil tangannya mengambil gelas.

"About our marriage."

Nura memandang Zarif. "Bincang apa? Tiba-tiba je? Selama ni takde pulak kau nak bincang apa-apa. Kenapa sekarang nak bincang?" soal Nura. Zarif mengangguk. Nura diam. No. Dia takkan bincang apa-apa. Dia takut dia akan disakiti dengan apa yang keluar dari mulut Zarif nanti.

"Sorry. Next time maybe. I'm sleepy."

Nura melangkah ingin keluar dari situ. "Nura, please listen." Tangan Nura ditariknya. Nura merentap kembali tangannya.

"What?! Kau nak bincang bila kita akan bercerai?! Bila kau nak lepaskan aku?! Bila kau nak aku mengundurkan diri?! Bila kau nak kahwin dengan Nuha?! Kan?!" suara Nura bergema kuat. Nura menarik nafasnya. "Please Zarif. Aku tak nak bincang pasal semua ni."

Nura terus melangkah meninggalkan Zarif. Zarif terus mengikut langkah Nura. "Nura, kau taukan aku sayangkan Nuha? Aku nak kau faham semua tu. And aku tau kau tak cintakan aku pun, kan? So, for what reason kita kena teruskan perkahwinan ni?"

Nura berhenti melangkah. Dia berpaling memandang Nura. "Kenapa baru sekarang kau nak fikir semua tu? Kenapa bukan dari awal lagi? Kenapa lepas dah tiga bulan, baru kau nak cakap for what reason kita teruskan perkahwinan ni? Kenapa bukan dari dulu lagi?" soal Nura bertubi-tubi dengan tubir matanya yang sudah berair. Zarif memejamkan matanya seketika.

"Nura, aku buat semua tu bersebab. Tapi sekarang, aku takde sebab dah untuk teruskan perkahwinan ni. Aku tak nampak yang perkahwinan ini akan membawa kepada kebahagiaan. Aku nak kau cari kebahagiaan kau sendiri. Tapi bukan dengan aku."

Nura mengetap bibirnya menahan air matanya gugur. "What if kalau aku cakap kebahagiaan aku ialah kau?"

Zarif terkedu. Matanya memandang mata Nura yang lansung tidak menampakkan yang dia sedang berbohong.

"What if kalau aku cakap aku sayangkan suami aku sendiri?"

Zarif diam. Nura senyum kecil. "You're not able to answer it right? Cause you never love me. Kau tak pernah nampak aku. Kau tak pernah cuba untuk sayangkan aku." tutur Nura perlahan. "Selama ni aku tahan. Aku pendam perasaan aku sebab aku tak nak hubungan baik kita terjejas. Tapi sekarang? Aku tak nampak untuk apa aku kena pendam semua tu."

"Nura.."

"Tak payah cakap yang kau tak tahu pasal semua ni. Cukuplah Zarif. Aku tak nak dengar apa-apa dah. Aku tak nak aku makin sakit bila dengar semua tu nanti."

Nura mengesat air matanya. Dia memandang Zarif. "Kau nak bersama Nuha kan? Fine."

Zarif memandang Nura. "What do you mean?"

"Aku akan mengundurkan diri. Tapi, bagi aku sampai lepas SPM. Bagi aku jadi isteri kau setahun ni je. Lepas tu, kau nak cerai ke, apa ke, aku akan ikut. Tapi kalau untuk bermadu, aku tak nak. Masa tu, kau lepaskanlah aku." kata Nura. "Untuk setahun ni, kau layanlah aku macam seorang isteri, boleh kan?"

Zarif mengeluh. "Okay. But for a year only." kata Zarif. "Lepas tu, kita akan bawa haluan masing-masing." sambungnya sebelum melangkah meninggalkan Nura. Nura memejamkan matanya.

"Be strong Nura."

••••||••••

"Zarif."

Nura membangunkan Zarif yang masih lena. "Zarif, bangunlah." tuturnya sambil menggerakkan lengan Zarif. Zarif bergerak sedikit. Dahinya berkerut sebelum matanya dibuka perlahan. Dia memandang Nura.

"Pukul berapa dah sekarang?" soal Zarif dengan suara serak basahnya.

"9:30?"

Mata Zarif membulat besar. "What?" Dia terus bangkit dari baringnya.

"Kau nak pergi mana pulak tu?"

"Aku nak keluar dengan Nuha. Aku dah janji dengan dia."

Nura terdiam. "Ohh. Okay."

Nura bangun dan melangkah keluar. Zarif pula terus melangkah masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

••••||••••

Kereta yang dipandu oleh Zarif berhenti bila lampu isyarat bertukar merah. Dia mengetuk stereng kereta. Dia kembali teringatkan apa yang dibincangkan dengan Nura semalam.

"Bagi aku jadi isteri kau setahun ni je."

Zarif mengetap bibirnya. Isteri? Patut ke dia bagi Nura peluang untuk jadi seorang isteri kepadanya? Dia baru sedar selama ini, dia jarang sangat spend time dengan Nura.

Zarif memandang iPhone yang diletakkan di dashboard. Pantas tangannya mencapai iPhonenya itu. Sebuah pesanan ringkas dihantar kepada Nuha.

Sorry. Saya ada hal last minute. So tak dapat keluar hari ni. Sorry.

Zarif terus meletakkan iPhonenya itu di atas dashboard kembali. Stereng kereta dipusingkan untuk berpatah balik ke rumah.

Zarif senyum. Hari ni, spend time dengan Nura.

•••••||•••••









































Nura will make Zarif fall in love with her hahahahahaha 😂

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now