45

22.7K 969 43
                                    

Sebulan kemudian..

Pengumuman yang mengatakan bahawa kapal terbang yang dinaiki oleh mereka akan mendarat menambahkan debaran di hati Nura. Sekian lama tidak menjejakkan kaki di bumi Malaysia, kini dia kembali bersama dengan Aurelia. Aurelia dari tadi lagi sudah teruja sampai sanggup tidak melelapkan mata.

Dan apabila mereka keluar dari pintu kapal terbang, Aurelia dah melompat-lompat kerana teruja. Nura hanya menggelengkan kepalanya. Dia memimpin tangan Aurelia erat.

Saat melepasi balai pelepasan, Nura dah sedia dengan mask hitam menutup separuh dari wajahnya. Topi juga turut dipakainya bagi menyembunyikan identitinya. Aurelia pula hanya dipakaikan topi di kepalanya.

"Uncle!!"

Dek kerana keterujaan saat melihat wajah Nazzif, Aurelia terus berlari dengan kaki kecilnya tanpa melihat kiri kanan.

Bamm!

Selamat badan kecilnya terlanggar seorang jejaka sehingga dia terjatuh. Nura terbeliak. Dia melangkah laju ke arah Aurelia.

"Adik okay?" soal jejaka tersebut sambil membantu Aurelia bangun. Cuak dia apabila tersedar yang dia terlanggar seorang budak.

"I'm fine!"

Jejaka itu tersenyum kecil melihat kecomelan Aurelia.

"Ara!"

Aurelia dan jejaka itu berpaling memandang Nura. "Ara? Are you okay? Asal lari?" soal Nura sambil membelek-belek badan Aurelia.

"Mummy! I'm fine!" tutur Aurelia jengkel. Nura mengecilkan matanya memandang Aurelia sebelum memandang jejaka yang melutut di sebelah Aurelia. Terkedu dia saat melihat wajah jejaka yang dirinduinya.

"Zarif."

Zarif mengangkat muka memandang Nazzif tanpa sempat mengamati gadis yang bergelar mummy kepada budak tersebut.

"Naz, kau buat apa kat sini?" soal Zarif. Sambil itu, matanya melirik wajah gadis yang menunduk. Entah kenapa, dia seperti mengenali gadis itu.

Nazzif memandang Nura sekilas. "Ambik adik sepupu aku. Kau?" soal Nazzif kembali.

"Aku baru balik dari China."

"Ohh." Nazzif memandang Nura yang mengisyaratkannya untuk beredar. "Ermm.. Kitaorang pergi dulu." kata Nazzif. Zarif sekadar mengangguk.

Zarif hanya memandang kelibat Nazzif yang menghilang bersama dengan gadis dan budak perempuan tadi.

Nura Qistina. Aurelia Imanina.

Nama itu tiba-tiba terlintas di mindanya.

•••••||•••••

"So, berapa lama kau dengan Ara kat sini? Seminggu? Dua minggu? Sebulan? Or you're back for good?"

Nura yang menghirup tea memandang Nazzif.

"Not sure." Nura menjungkitkan bahunya. "But one thing for sure, I'm back not for good."

Nazzif menjungkitkan keningnya. "Biar betul kau ni? Then maksudnya, sampai bila-bila lah kau nak bertapa kat negara orang?"

"Why not? I'm Nova Qlyn kut."

Nazzif mencebik. "Fake person be like." balasnya sambil biji matanya dirolled ke atas.

Nura menyepak kaki bangku Nazzif. "Dengki!"

"Tak dengki. Aku cuma bagitau kenyataannya. Biar kau berpijak di bumi yang nyata."

Nura mencebik. "Whatever."

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now