24

24.4K 1.1K 73
                                    

Zarif membuka pintu dan masuk. Kakinya melangkah naik ke bilik. Matanya memandang pintu bilik mereka yang masih tertutup rapat. Zarif mengetuk pintu.

"Nura?" panggilnya namun tiada sahutan. "Nura, buka pintu ni."

Zarif mengeluh. Dia mengeluarkan spare key yang disimpannya dan pintu dibukanya. Tangannya menekan suis lampu di tepi pintu. Matanya mencari kelibat Nura yang tidak kelihatan di mana-mana.

"Nura?" Kakinya melangkah ke bilik air. "Nura? Kau dalam bilik air ke?" soalnya. Tangannya membuka pintu. Matanya terpaku pada Nura yang terkulai lemah di bawah shower yang masih mengalir laju.

"Nura!"

Zarif pantas menerpa kepada Nura. Dia menutup shower dan badan Nura pantas didukungnya keluar dari bilik air.

"Kau...buat apa ni?" Nura bersuara dengan matanya masih tertutup rapat. Zarif membaringkan Nura di atas katil. "Lepaslah.."

"Dah diam." Zarif mengusap lembut rambut Nura yang basah. "Kau tunggu sini kejap." tutur Zarif. Zarif melangkah ke arah walk-in closet. Sepasang pakaian Nura dikeluarkan sebelum dia melangkah masuk semula ke dalam bilik.

Zarif memandang Nura yang sudah terlena. Senang kerja dia nak menukar baju Nura.

Selepas menyalin baju Nura, Zarif menyelimutkan Nura. Dia membasahkan tuala kecil untuk dituam pada dahi Nura. Selimut ditariknya menutupi badan Nura.

Zarif memandang Nura. Keluhan terhasil dari bibirnya. "I'm sorry Nura." tuturnya perlahan. Tangan Nura diciumnya lembut.

••••••||••••••

Nura yang termenung memandang Zarif yang baru masuk sambil menatang dulang yang berisi makanan. Zarif meletakkan dulang tersebut di atas meja di sebelah katil.

"Kau dah okay belum?" soal Zarif. Nura hanya diam. "Makan. Kejap lagi nak makan ubat."

"Tak nak."

"Nura please. Kau tu tengah sakit. Jangan degil sangat boleh tak?"

"Kau yang buat aku sakit."

Zarif menghelakan nafasnya. Dia memegang mangkuk yang berisi bubur. "Come, makan. Aku suap." kata Zarif.

"Aku cakap aku tak nak kan? Susah ke nak faham?"

"Aku cakap makan kan? Susah ke nak faham?" balas Zarif. Nura berdecit kegeraman. Zarif menyuakan sudu yang berisi bubur kepada Nura.

"Nura.. Makan please." pujuk Zarif. "Kau tak kesian ke kat aku yang susah susah pergi google, youtube nak cari cara masa bubur?"

Nura menjelingnya. "Aku tak suruh pun kan?" katanya geram. Ketika itu juga perut Nura berbunyi. Nura mengetap bibir geram. Why?!

Zarif senyum sinis. "Seems like someone is hungry." tuturnya sinis. Nura diam. Zarif senyum. "Dah, tak payah seksa diri tu tahan lapar. Meh sini aku suap makan." kata Zarif tegas. Nura terpaksa juga membuka mulut bila Zarif menyuakan bubur kepadanya.

"Sedap?" soal Zarif bila sudah 3 sudu bubur masuk ke dalam mulut Nura.

"Kau rasalah."

Zarif mengerutkan keningnya. Dia merasa bubur tersebut. Belum habis bubur itu dikunyahnya, dia terus mengambil dulang tadi dan diludahkannya kembali. Yuck! Apahal masin sangat ni?!

Nura yang memandang perlakuan Zarif tersenyum kecil. Zarif memandangnya dengan muka bersalah. "Sorry. Kenapa kau tak cakap ni masin?" soalnya.

"Aku lapar."

IF I NEVER LOVE YOU ✔Where stories live. Discover now