3 tahun kemudian . . .
"Mummy!"
Nura yang sedang memasak berpaling memandang Aurelia yang baru masuk dapur. Uniform sekolahnya masih tersarung di badannya. Begnya entah ke mana.
"Mummy masak apa?" Aurelia naik duduk di atas kerusi. Makanan di atas meja makan dipandang. "Err.. Mummy? Asal semua sayur? Ara tak makan sayur lah mummy."
Nura memandang Aurelia dan tersenyum. "Then you should learn to eat it. Sayur tu baik untuk kesihatan Ara." kata Nura. Aurelia mengeluh.
"Mummy! Ni mesti anak mummy yang seorang tu yang pengaruh mummy masak sayur kan?!" tuduh Aurelia. Nura memandangnya.
"Emm.. Yea. Dia bagitau mummy yang Ara ni amalkan pemakanan yang tak sihat." balas Nura selamba.
"What?! Jadi mummy ikut je lah?!"
"Why not? Untuk Ara juga."
"What the heck?! Mummy! Ara tak suka sayur! Ara tak makan sayur dan takkan makan sayur! Ara tak suka!!"
"Ara.." Baru sahaja Nura hendak menegur Aurelia, suara menangis membuatkan Nura dan Aurelia berpandangan. "Ara pergi naik atas dan mandi. Lepas tu turun makan. Mummy nak tengok twin kejap." kata Nura sebelum melangkah keluar dari dapur.
Aurelia mengetap bibir geram sebelum turun dari kerusi dan melangkah naik ke biliknya.
••••••||••••••
Nura mendukung Naura yang asyik meragam. Berbanding dengan si kakak, Nawal yang lebih tenang. Nura senyum bila Naura kembali diam. Dia memandang Naura dan Nawal silih berganti. Kembar perempuan yang baru berusia setahun. Nawal Ilaisa dan Naura Ilaiqa.
3 tahun sudah berlalu sejak dia membuat keputusan yang mempengaruhi kehidupannya dan kehidupan Aurelia. Kini, dia mampu bernafas dengan tenang apabila semua masalahnya selesai. Dia bahagia dengan keluarganya. Bibirnya mengorak senyuman manis saat terimbau kenangan tiga tahun lepas.
Cupp!
Mata Nura membulat saat bibir Zarif menyentuh lembut bibirnya.
"Kau buat apa ni?"
Zarif sekadar senyum. Badan Nura dipeluknya erat. "Aku sayang kau. Aku tak nak kau pergi dari hidup aku. Aku minta maaf tentang enam tahun yang lalu. Serius, aku tak berniat nak tinggalkan kau dan Ara. Tapi aku terpaksa. Aku terpaksa tinggalkan kau dengan Ara sebab aku tak nak keselamatan kau dengan Ara terancam. Aku tak nak Hazalia ambik kau atau Ara. Aku sayang korang dan aku takkan biarkan dia ambik korang. Sebab tu, aku ambik keputusan untuk tinggalkan korang dan pergi dengan Hazalia. Enam tahun, Nura. Aku menderita dan aku rindukan kau sangat. Aku nak sangat jumpa korang, tapi aku takut Hazalia dapat tau tempat korang tinggal."
Nura terdiam. Dia mengangkat muka memandang Zarif. Zarif mengucup lembut dahi Nura.
"Please Nura. Give me a chance to make you and Aurelia happy. Aku nak bahagiakan kau. Please dear."
Nura menghelakan nafasnya. Rasanya, inilah keputusan terbaik untuk dia dan Zarif serta Aurelia.
"Zarif, I'm sorry."
Zarif berkerut kening.
"Aku minta maaf sebab aku dah salah sangka dengan kau. Selama ni aku ingat, kau tinggalkan aku sebab kau tak sayang aku dah." tutur Nura.
YOU ARE READING
IF I NEVER LOVE YOU ✔
Fiksi RemajaSYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan daripada NURA QISTINA untuk menawan hati NUHA QISRINA. Tapi dia tidak tahu ada yang lebih mencintainya...