Bab 3

152 18 13
                                    


   "Mika sayangggg...."

  Mika yang terdengar namanya di panggil oleh pujaan hatinya terus memberhentikan langkah... Dia terpaku di situ... Pertama kali pujaan hatinya memanggilnya dengan panggilan "sayang" membuatkan jantungnya berhenti berdegup... Aku salah dengar ke apa ni??? Karang kalau aku pandang buatnya dia panggil orang lain mau malu aku seumur hidup tapi kalau nak ikut logik akal, aku sorang je yang tengah lalu dekat depan dia sekarang... Memang jelas dia sebut nama aku Mika..bukan Mikail...Mika bermonolog dengan perasaannya sendiri...Humm... nak pandang ke tak...Nak ke tak..Mika berperang dengan hatinya...Ahh...pandang jela!!!...tekadnya di dalam hati...

1....2...3...

  Mika menoleh ke belakang dengan rambutnya juga turut sama beralun dan menampar pipi paunya yang tembam itu dengan lembut sekali seperti iklan syampu di televisyen..
Umm.. wanginya..(puji diri sendiri ye ko Mika😐😑😑..hahha.....) Matanya tepat bertembung dengan mata Adam Syakimi yang sedang tersenyum memandangnya sambil mengusap rambutnya yang sedia kemas itu...Ya Allah hensemnya... Tolong..sis tak kuat....sis tak kuat!!kata hatinya yang meronta-meronta kegilaan terhadap crushnya......

  Adam bangun dan berjalan mendekati Mika...Mika terasa pipinya semakin membahang menahan malu dan hanya mampu menundukkan wajah memandang kakinya...

  "Mika sayang...sayang tak dengar ke abang panggil??" Tanya Adam sambil tersenyum macho...

  "Aa..a..awak panggil saya ke tadi?? Mm..maaf saya ingat awak panggil orang lain.."jawab Mika dengan tergagap-gagap.... Dia langsung tidak mengangkat wajahnya semasa bercakap.... Hatinya seperti hendak pecah kerana pertama kali dapat bercakap dengan crushnya dengan jarak yang dekat....

  "Yela sayang... Abang panggil sayangla.. Kata Adam lagi..." Dia kemudiannya menyeluk poket seluar jeans dan mengeluarkan sesuatu dari dalam poketnya...

  Nah... Adam menghulurkan sepucuk surat kepada Mika.. Mika mendongak memandang Adam...

  "Uiii... dia bagi surat cinta dekat aku ke wei???? Seriusla... Ya Allah...
bestnya....Rasa nak buat lompat bintang je sekarang ni.." Mika berkata di dalam hatinya...Mika mengambil surat  tersebut dengan muka penuh teruja... Baru sahaja dia ingin membukanya tiba-tiba....

  "Ehhhh...janganlah baca.. Malula Adam..Adam membuat muka malu-malu biawaknya...(menyampah sis😑)Boleh tak Mika tolong Adam bagi surat cinta ni dekat Murni.. Dia satu kelas dengan dengan Mikakan..." Tanya Adam penuh berharap...Adam menahan ketawa melihat perubahan muka Mika seperti terkejut beruk dan kecewa mendengar kata-katanya
..hahhaha...padan muka kau.. Dasar perempuan tak sedar diri! Dahla macam doraemon!!(Doraemon comel ok💣😤) Semua ini agenda Adam untuk menyakiti hati Mika kerana dia di fitnah oleh kawan-kawanya yang dia sedang bercinta dengan Mika si doreoman berpipi pau itu...

   Mika yang mendengar permintaan Adam tadi agak rasa terkejut. Ikutkan hatinya dia  ingin memijak-mijak Adam biar sampai jadi lempeng.... Kecik besar je dia tengok Adam sekarang...Hatinya hancur mendengar semua itu... Malunya dia kerana perasan sendiri... Sampai hati awak Adamm!!!

  Haa...aaa...boleh..bolehh...Umm... tak pela...Mika gerak dulu..nanti lambat pulak masuk kelas.. Dia segera berlalu... Hatinya sudah tidak betah lagi untuk berlama-lama di situ..

  "Terima kasih Mika sayang..." Jerit Adam bila dia melihat Mika sudah semakin jauh meninggalkannya... hhahhahaha...padan muka kau.Puas hati aku!!!!Ada hati suka kat aku konon!!! Adam akhirnya ketawa jahat...

   "Eeee...geramnya aku.Tah apa dia minat sangat kat sotong gedik tu tah!Mekap dahla macam hantu tepung!Lepastu badan tergedik-gedik bila jumpa jantan..Nama je Murni tapi hati dan perangai tak semurni nama...Huh!!(sapa nama murni jangan marah ok...ni rekaan je...😅🙏)" Mika berjalan sambil menghentak-hentak kakinya menahan amarah...huhu...nasib baik tak retak jalan tu..😂
 
   Sebelum dia masuk ke kelasnya dia terlihat tong sampah di tepi pintu kelasnya...Kalau ikutkan hatinya yang sakit ini, mahu sahaja dia koyak dah buang saja surat tersebut di dalam tong sampah! Baru puas hatinya tapi bila dia teringat kata-kata ibunya yang selalu berpesan agar dia berpegang pada amanah bila seseorang mengamanahkan padanya... terbantut niatnya...Humm.. sabar Mika.. Sabar... Dia memujuk hatinya... Dia menarik nafas dalam-dalam dan menolak pintu kelasnya....

  Dia terlihat dari jauh Murni sedang menepek bedak di mukanya di tempat duduknya... Lalu dia mendekati tempat duduk Murni...

  "Kau nak pe doraemon?? " Murni melihat Mika dengan muka menyampah apabila dia menyedari Mika berada di tepinya..

Humm..ni Adam bagi.. Mika menghulurkan surat tersebut... Malas dia melayan perangai syaiton Murni.. Dia sudah lali dengan panggilan itu.. Dia sedar dirinya buruk...

  Mata Murni bersinar-sinar melihat surat itu.. Lagi-lagi dari jejaka idamannya.. "Wahhh... Adam sayang bagi surat cinta kat I!!!!" Murni terjerit-jerit memberitahu semua orang dengan gediknya..(padahal orang lain tak heran pun dengan si sotong lembik ni)Dia segera merampas surat tersebut.. "Dah!apa lagi!berambusla! Buat semak mata aku je tengok muka ko  yang buruk tu!!" Murni berkata dengan biadap sekali... Dina dan  Shida yang duduk di sebelah Murni aka geng sotong gedik sedunia tersenyum sinis pada Mika...

  Mika berlalu dan duduk di belakang sekali bersendirian seperti tiada perasaan... Biasalah tiada siapa ingin berkawan dengannya kerana rupa parasnya yang buruk dan dia datang dari keluarga yang biasa-biasa sahaja... "Lantak ko la sotong gedik nak kata apa pun..." kata Mika di dalam hatinya.. Dia tiada mood hari ini.....Dia mula teringatkan ibunya di kampung...

"Ibu.......Mika rindukan ibu........."

CINTA SI GADIS RAMEN!!!  ☑️ Where stories live. Discover now