Bab 20

103 13 2
                                    

Mika bangun dan mula mendekati dinding dengan lebih dekat untuk melihat rama-ramai yang seekor itu. Rama-rama itu seperti pernah di lihatnya sebelum ini. Terdapat tulisan di kepak itu walaupun rama-rama itu agak sedikit lusuh tapi masih jelas tulisannya.

"Mika & JKS"

Dia menutup mulutnya dengan telapak tangan akibat terlalu terkejut. Air matanya menitis semakin laju. Ya Allah!!! Tak! Tak mungkin! Apakah petunjuk yang Allah ingin berikan padanya.  Ini rama-rama yang pernah dia berikan kepada Jang Kuen Suk ketika belajar membuat origami. Apakah doanya sudah di makbulkan Allah hari ini?

Miss...Miss... Are you ok? Tanya seorang pelayan perempuan yang ingin mengambil pesanan apabila melihat Mika menangis menutup mulutnya sambil bahunya terhenjut-henjut menahan suara tangisan dari keluar. Dia menghulurkan tisu kepada Mika.Mika menyambut hulurannya.

"Kamsahamnida" dengan suara tersekat-sekat Mika mengucapkannya

Pelayan tadi menganggukkan kepala lalu berlalu pergi mengambil air mineral dan menghulurkan kepada Mika

Mika mengucapkan terima kasih lalu meneguknya dengan perlahan. Bila hatinya tenang, dia bertanya kepada pelayan tersebut.

"Who is the owner of this restaurant?" Tanya Mika dengan hatinya membuak-buak ingin tahu.

"Oh,the owner of this restaurant is Mr.Fiqdaus" Terang pelayan itu penuh hormat dengan fasih berbahasa Inggeris.

"Mr.Fiqdaus" ? Mika bermonolong dengan hatinya. Tak mungkin dia salah. Dia yakin pemilik kedai ini Jang Keun Suk.

"Can i see your boss ? i'm her friend. Kata Mika lagi.

" Ohh.. My boss left for a while. I will tell him when he comes back later. Please wait " katanya lagi penuh hormat.

Oh.. i'm waiting.Kamsahamnida. Mika menundukkan badannya. Pelayan itu membalas dan berlalu pergi untuk melayan pelanggan lain. Mika mula melayan perasaan seorang diri di situ.

          ...........................................

Sudah tiga jam Mika masih di situ, setia menunggu si pemilik kedai itu. Akhirnya orang yang di nanti muncul. Selepas di beritahu oleh pekerjanya, lelaki tersebut menghampiri seorang gadis yang memakai tudung  berwarna unggu yang begitu setia menantinya dari tadi. Gadis itu duduk membelakanginya. Hatinya mula berdebar-debar bila menghampiri gadis tersebut.

"Hi Miss. Eoseo oseyo. I'm Fiqdaus owner this restaurant. Sorry for the long wait. Is there anything I can help you Miss?" Tanya Fiqdaus dengan tunduk hormat.

Mika berpaling ke belakang apabila terkejut mendengar suara yang tiba-tiba menegurnya. Dia juga menundukkan badan tanda hormat. Bila kedua-duanya mengangkat muka, mata mereka saling bertatapan. Masing-masing terpaku. Terasa masa berhenti berjalan.

"Awak.. Jang Keun Suk kan?" Tanya Mika dengan suara tergagap-gagap untuk mendapatkan kepastian.

"Tak! Tak mungkin yang berdiri di depannya Mika." Bisik hati kecil Fiqdaus. Gadis di depannya sungguh berbeza dengan Mika yang pernah kenalinya suatu ketika dahulu. Gadis ini sungguh ayu dengan mengenakan tudung muslimah dan bertubuh kurus tetapi mata berwarna coklat itu sama seperti gadis yang telah lama dia cuba lupakan.

"Sorry,you wrong person. I do not understand what you said. If there is nothing I go first." Fiqdaus meminta diri untuk berlalu pergi dari situ dengan suara yang dingin.

"Jang Keun Suk!"

"Si tocang!!!!" Jerit Mika sambil berdiri dan mula menangis. Mujur tiada pelanggan lain ketika itu.

Fiqdaus berhenti melangkah. Betulkah dia Mika??

CINTA SI GADIS RAMEN!!!  ☑️ Where stories live. Discover now