Setahun kemudian .....
"Buin, kenapa buat kerja tu? Kan oppa suruh duduk diam-diam je dekat kerusi 'cashier' ni. Biarlah pekerja kita kemaskan meja tu." Jang Keun Suk yang baru keluar dari ruangan dapur kedainya terlihat Mika sedang mengelap meja yang kotor selepas di tinggalkan pelanggan sebentar tadi..
Jang Keun Suk mendekati Mika dan meminta kain lap meja yang berada di tangan Mika. Mika membuat muka cemburut dan memberikan kain tersebut kepada Jang Keun Suk.
"Dah, duduk diam-diam kat sini. Biar oppa yang buat semua ni. Buin kan sedang mengandung. Nanti kalau penatkan susah." Jang Keun Suk menarik kerusi dan mendudukkan Mika lalu dia menyambung kerja Mika yang terhenti tadi.
"Ala oppa ni, buin bosanla duduk je. Lagipun buin buat kerja senang je pun. Peluh pun tak keluar tau. Kesian tengok pekerja kita kelam kabut melayan pelanggan yang ramai tadi." Mika meluahkan perasaan tidak puas hatinya dengan suara seperti orang merajuk. Jang Keun Suk tersenyum mendengar omelan isterinya. Semenjak Mika di sahkan mengandung, isterinya agak sensitif. Sekejap-sekejap merajuk. Kadang-kadang mencabar kesabarannya lagi-lagi bila badannya terlalu penat selepas seharian bekerja. Namun dia tetap bersabar melayan kerenah isterinya yang tercinta. Siapa tak sayang bini oiiii....hihihi
Selepas Jang Keun Suk siap mengemas meja tadi, dia mendekati kembali Mika yang termenung di situ.
"Buin, jom kita pergi jalan-jalan nak?" Jang Keun Suk menghulurkan tangan pada isterinya sambil mengenyitkan matanya.
"Ha? Betul ke ni? Kita nak pergi mana oppa?" Mika memandang wajah suaminya dengan mata yang bersinar-sinar seperti baru di berikan coklat. Hilang terus rajuk di hatinya. Tangannya menyambut huluran tangan suaminya sambil bangun dengan perlahan-lahan. Jang Keun Suk tersenyum melayan rajuk isterinya yang mudah terpujuk itu. Mereka keluar dari kedai sambil jalan berpimpin tangan. Mika dapat mengagak kemana Jang Keun Suk ingin membawanya apabila menyelusuri setiap deretan kedai di situ.
..........................................
"Buin, tak sangkakan akhirnya kita bersatu juga selepas melalui berbagai dugaaan. Oppa sampai sekarang masih tak percaya kita dah setahun jadi suami isteri sedangkan lama kita terputus hubungan dulu. Oppa rasa macam mimpi je semua ini" Jang Keun Suk memandang wajah isterinya dengan penuh rasa cinta sambil mengusap tangan isterinya dengan lembut.
"Haahkan oppa. Ini semua atas kehendakNya. Mungkin dah tertulis kita berdua di takdirkan hidup bersama. Walau jauh beribu batu pun kita terpisah, dan berapa lama kita terputus hubungan, kalau dah jodoh tak kemanakan." Mika berkata sambil membalas renungan suaminya dengan penuh kasih sayang.. Dia kemudian melentokkan kepalanya di bahu suaminya dan tangannya memeluk erat lengan suaminya.
"Di taman inilah, kerusi yang kita duduk sekarang ni dan musim bunga sakura yang sedang mekar ni jugak menjadi saksi cinta kita. Di sinilah segalanya terluah setelah bertahun-tahun terpedam. Di sini jugakla si tocang melamar si gadis ramen cabonara..." Mika ketawa sambil mencuit hidung suaminya bila teringatkan kenangan mereka
"Hahahah...nakalla isteri oppa ni. Jang Keun Suk mencubit manja pipi isteri. Buin, terima kasih tau sebab terima oppa dalam hidup buin dan tak lama lagi akan memberikan sesuatu yang tak ternilai dalam hidup kita. Saranghae buin." Jang Keun Suk mengusap perlahan perut Mika yang mula kelihatan. Kandungan isterinya sudah masuk lima bulan.
" Alhamdulillah. Ini semua rezeki dariNya. Inilah lambang cinta kita. Buin bersyukur sangat oppa dengan kehadirannya sebab kat luar sana masih ramai yang menanti cahaya mata. Hmmm...Oppa janganlah cakap macamtu. Sepatutnya buin yang patut ucap terima kasih pada oppa dan keluarga oppa sebab sudi terima buin seadanya yang serba kekurangan ni." Mika berbicara dan air matanya mula bertakung dan akhirnya mengalir di pipi.
"Shhhh... Maafkan oppa buat buin sedih. Dah! Jangan menangis lagi ok. Nanti masam muka 'baby' kita. Oppa janji akan sentiasa berada di sisi buin sampai akhir hayat oppa. Insyallah." Jang Keun Suk berkata sambil menyeka air mata isterinya.
"Oppa janji ya.. Saranghae oppa." Mika mengeratkan pelukan di lengan suaminya.
"Buin, kalau anak kita perempuan kita nak letak nama apa ye?" Jang Keun Suk cuba menceriakan keadaan kembali
"Ummm... Apa ye? Buin tak pikir lagi. Oppa ada nama untuk anak kita ke?" Mika bertanya kembali kepada suaminya dan memandang wajah suaminya.
"Jap ehh... Pikir jap.." Jang Keun Suk berfikir sambil jarinya mengusap dagunya.
"Ha.. dah dapat!!" Jang Keun Suk menjerit
"Eee, oppa ni! Terkejut buin tau." Mika mengusap dadanya kerana terkejut dengan jeritan suaminya yang tiba-tiba itu.Jang Keun Suk tersengih sambil menggaru kepalanya tidak gatal.
"Ha, Apa namanya?" Mika tanya penuh teruja bila dia kembali tenang
"Sakura Irdina!" Cantikkan nama tu. Jang Keun Suk berkata sambil tersenyum
"Cantik tapi kenapa sakura?" Mika tanya kembali
"Sebab sakura tu lambang cinta kita." Kata Jang Keun Suk sambil mengenyitkan mata
"Okey. Buin suka nama tu. Habis kalau lelaki? Takkan sakura jugak." Mika mengerutkan dahinya berfikir
"Kalau lelaki ramen la... Hahahaha... Buin kan suka ramen. Sampai menu special kita pun nama " Ramen Mika Origami" " Jang Keun Suk menyakat isterinya
" Eee.. jahatla oppa ni. Itu oppa yang letak. Bukan buin yek. Lagipun sebab nama ramen special kita tula makin ramai tau pelanggan. Oppa, takkan nama anak lelaki kita ramen! Baik Rahmat ke, Ramli ke?" Mika menyoal dengan tidak puas hati.
"Okey,okey. Macam tu kita letak nama dia Ahmad kerusi sebab kerusi ni kan lambang cinta kita jugak..hahhaha." Jang Keun Suk ketawa besar
"Oppa!!!!!!!!!" Mika mencubit perut Jang Keun Suk dengan geram
"Aduh! Aduh! Sakit buin. 'Sorry' buin!" Jang Keun Suk terjerit kesakitan.
"Ha, padan muka! Buat lagi." Mika berkata sambil merajuk.
"Ala buin.. 'sorry.' Oppa gurau je tadi. Oppa tak kisah anak kita nanti lelaki atau perempuan, nama dia buin nak letak apa pun janji buin selamat, anak kita jugak selamat. Tak pun nanti kita cari nama- nama yang ada makna yang baik dalam islam ya dekat "google"." Jang Keun Suk memeluk erat isterinya.
"Ok oppa. Buin pun mintak maaf sebab cubit oppa kuat tadi... Sakit ke oppa?" Mika bertanya penuh prihatin.
"Tak sakit buin,sedap sangat rasa macam makan ramen cabonara," Jang Keun Suk menyakat sambil ketawa kesakitan
"Oppa!" Mika akhirnya ketawa bahagia. Akhirnya kebahagian miliknya jua selepas melalui liku hidup penuh duka. Semoga kehadiran orang baru tidak lama lagi akan lebih menyinari hidup mereka selepas ini dan seindah seperti bunga sakura.....
"Terima kasih Ya Allah di atas segalanya......"💮💮💮TAMAT💮💮💮
P/s : Alhamdulillah. Akhirnya sis berjaya habiskan cerita ni. Terima kasih yang sudi baca, vote dan komen. Lepas ni sis akan siapkan cerita " Sangkar derita" Sis harap korang sentiasa menyokong sis. T.kasih gak untuk silent readers. Harap yang membaca sudila tekan 🌟 untuk membakar semangat sis untuk berkarya. Maaf andai cerita ni tak seperti korang harapkan. Ok.. babai😘
MOHON SUPORT U-TUBE SIS DENGAN TEKAN BUTANG SUBSCRIBE DAN LIKE OK.T.Q❤️:
CHANNEL: cik tadaaa
YOU ARE READING
CINTA SI GADIS RAMEN!!! ☑️
Teen Fiction"Arghhhhhh!!! Ramen baru dah keluar!!! Tak boleh jadi ni" i'm really craving new ramen right now! " - Nur Edora Syamika " Mika.... janganla makan sangat benda ni. Tak baik tau untuk kesihatan. Nanti kena gastrik macam mana???Kata nak kurus..tak nak...