Hari ini Mika akan pulang ke rumah sewanya...Sudah seminggu emaknya meninggalkan dirinya buat selamanya... Kini dia sebatang kara di atas muka bumi Allah ini... Adnilah peneman setianya semasa dia sedang berduka lara dan tempat untuk dia bergantung harap sekarang... Alhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar..Dari urusan perkebumian dan juga majlis tahlil semuanya di uruskan oleh jiran tetangga dan juga orang kampung. Dia bersyukur sangat mereka semua sudi membantunya....
Di kampung, Mika ada juga cuba menghubungi Jang Keun Suk untuk meminta maaf dan memberitahu tentang perkara yang menimpa dirinya namun hampa....Yang hanya dia dengar..." Harap maaf...nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi... Terima kasih"
Dia memandang sayu rumah peninggalan keluarganya... Sunyi dan sayu seperti dirinya...Hujan renyai mulai turun membasahi bumi... Dia segera masuk ke dalam kereta.... Dia memulakan perjalanannya di temani hujan yang semakin lebat seperti mengambarkan kesedihan hatinya...
"Mak....nanti Mika balik lagi lawat mak ye .." katanya di dalam hati sambil air matanya menitis laju semasa melalui jalan di tepi tanah perkuburan.........
...................................
Assalamualaikum....Mika memberi salam semasa masuk ke dalam rumah... Dia mendengar suara seseorang sedang menyanyi sambil berperang di dapur... Mika duduk di ruang tamu untuk melepaskan lelah... Dia tiada rasa untuk mengusik Adni seperti selalu yang di lakukannya dulu... Jiwanya sudah mati.... Hanya jasadnya sahaja yang bernafas...
Adni yang ingin ke meja makan untuk meletakkan lauknya terkejut melihat Mika yang sedang duduk di sofa sambil memejamkan mata...Dia tidak sedar akan kepulangan Mika...Dia melihat wajah Mika penuh dengan kesedihan...Matanya juga sembab...
"Kesiannya adik aku...." Katanya di dalam hati
Lalu Adni menghampiri Mika... Dia mengambil tempat duduk di sebelah Mika..
"Mika...kau ok tak?" Adni bertanya sambil mengusap lembut tangan Mika..
Mika membuka mata bila mendengar suara Adni...Dia mengukirkan senyuman palsunya...
"Aku oklah...kau jangan risaula..." Jawab Mika berbohong..
Adni tahu Mika menipunya...Dia bukan kenal Mika sehari dua.. Mika jenis memendam perasaan dan cuba menyembunyikannya selagi dia mampu...
"Okla kalau macamtu.. Jom kita makan nak?.. Baru seminggu dah susut aku tengok kau.. Haritu kat kampung pun kau asyik termenung je.. langsung tak nak makan... Kesihatan tu kenalah jaga..Nanti jatuh sakitkan susah... Aku dah siap masak dah ni...Jom kita makan.." Pujuk Adni....
"Ummm...nantilah...Aku nak naik atas dulu.... Nak berehat sekejap.. Letih drive tadi... Kau makan dulu ya..Jangan tunggu aku..Nanti aku lapar aku turun ok.." jawab Mika sambil bangun dan membawa begnya bersama lalu mendaki anak tangga...
"Moga kau kuat dik..." Doa Adni seiring langkah Mika yang di lihatnya penuh longlai...
Di dalam bilik, Mika cuba memejamkan mata untuk seketika... Tiba-tiba barulah dia teringat untuk mencari telefon bimbinya..
"La..kat sini rupanya kau..." Mika mengambil telefonnya yang sudah habis bateri itu yang terjatuh dia atas permaidani...
Dia mula mengcharge telefonnya...
Setelah boleh di buka...berpuluh mesej masuk dan beratus panggilan telefon semuanya dari Jang Keun Suk...Dia membaca dengan perasaan yang penuh serba salah..Matanya mula berkaca-kacaDia cuba menghubungi Jang Keun Suk sekali lagi...dan lagi
" Harap maaf...nombor yang anda dail tidak dapat di hubungi... Terima kasih"
Dia terduduk di atas permaidani sambil menangis teresak-esak...
"Awak...mana awak pergi...kenapa saya tak dapat telefon awak....saya dah tak ada sesiapa lagi selain awak dan Adni....uhukk...Uhukkkkkk... awak..tolonglah jangan tinggalkan saya........saya perlukan awak sekarang...... makkkk...kenapa mak tinggalkan Mika.........."Mika semakin kuat meraung dan akhirnya dia tertidur di atas permaidaninya kerana kepenatan dengan kesan air matanya yang masih basah di pipi..........
Di sebalik pintu Mika ada seseorang yang turut menangis mendengar rintihan sayu itu............
.........................................
"Abang...ni saya..Jang Keun Suk... Ni no baru saya..."
"Send"
Biarlah semua kenangannya bersama Mika terkubur di Malaysia.......
YOU ARE READING
CINTA SI GADIS RAMEN!!! ☑️
Novela Juvenil"Arghhhhhh!!! Ramen baru dah keluar!!! Tak boleh jadi ni" i'm really craving new ramen right now! " - Nur Edora Syamika " Mika.... janganla makan sangat benda ni. Tak baik tau untuk kesihatan. Nanti kena gastrik macam mana???Kata nak kurus..tak nak...