"Sampai hati awak berpura-pura tidak mengenali saya Jang Keun Suk! Saya Edora Syamika kawan awaklah! Apa salah saya sampai awak menjadi kejam seperti ini! Awak penipu! Pembohong!!"Mika terduduk di kerusi sambil menangis tersedu sedan. Dia tidak peduli apa pandangan staf Jang Keun Suk terhadapnya. Dia terlalu kecewa dengan sikap Jang Keun Suk terhadapnya. Dia tidak menyangka orang yang berada di hadapannya kini adalah orang yang ditunggu-tunggu selama ini. Malahan, kini dia dianggap seperti orang asing dan tidak dikenali oleh orang itu. Mungkin disebabkan oleh penampilannya yang kini sudah memakai tudung dan sudah tidak gemuk seperti dulu lagi menyebabkan Jang Keun Suk tidak mengenalinya.
Tetapi dia sudah memberitahu bahawa dia Mika dan dia yakin Jang Keun Suk sebenarnya mengenalinya. Perubahan ketara pada dirinya juga kerana Jang Keun Suk! Dia teringat kembali kepahitannya suatu ketika dahulu.Hari-hari dia cuba menelefon nombor telefon jejaka itu. Hari-hari dia menunggu balasan e-mail darinya namun tiada satu pun dibalas. Di saat dia memerlukan Jang Keun Suk dia hilang dengan tiba-tiba! Kesedihan kehilangan emak tercinta dan kehilangan seseorang yang telah bertahta di hatinya secara tiba-tiba membuatkan dia menjadi separuh gila! Makannya juga tidak teratur. Dia langsung tidak mempedulikan dirinya. Hanya berkurung di dalam bilik dan menangis. Ramen juga tidak lagi disentuh olehnya kerana benci kepada Jang Keun Suk yang semakin melupakannya!
Sampailah suatu hari dia di masukkan ke hospital atas sebab tidak sedarkan diri akibat memakan beberapa biji ubat penenang. Doktor Anasla yang mengambil kesnya. Beberapa kali dia di berikan kaunseling. Adni sentiasa di sisinya sehinggalah dia beransur sembuh. Semenjak itu, dia bertekad untuk memulakan hidup baru dan melupakan kenangan pahit dalam hidupnya dan hari ini kenangan pahit itu berulang kembali.
Jang Keun Suk memandang ke arah Mika yang sedang menangis. Hatinya tidak boleh menerima tuduhan semua itu.
"Apa awak cakap? Saya kejam! Penipu! Awak tu yang penipu! Mungkir janji! Ye saya memang Jang Keun Suk! Saya Jang Kuen Suk kawan awak yang bodoh percaya awak akan datang jumpa saya di KLIA! Awak tahu tak saya tunggu awak sampai ke saat akhir, tapi awak langsung tak muncul-muncul! Jadi siapa yang kejam sekarang ha?!"
Jang Keun Suk melepaskan segala yang terbuku dihati walaupun hatinya sakit berkata sebegitu kepada insan yang dia amat sayang sampai tersedu-sedan.
"Ini semua salah faham. Saya boleh jelaskan kepada awak. Saya bukan sengaja tak datang jumpa awak tapi......." Mika tidak sempat menghabiskan ayatnya bila Jang Kuen Suk mencelah.
"Ah sudah!!! Saya tak nak dengar apa-apa lagi! Mulai hari ini, saat ini, Jang Keun Suk yang awak kenal dulu dah lama mati! Faham! Saya pun dah lama buang semua kenangan kita!" Penuh ego Jang Keun Suk meluahkan kata-katanya.
Mika bangun dari kerusinya. Dia sudah tak sanggup lagi mendengar kata-kata yang merobek hatinya. Dia mencabut rama-rama di dinding tersebut dan meronyokkannya lalu di campak ke lantai.
"Saya rasa awak tak perlukan kenangan itukan. Buat kotor dinding awak je.Baikla kalau itu yang awak nak, saya terima. Cuma saya tetap nak bagitahu awak masa hari awak nak berlepas ke Korea saya dapat panggilan telefon dari kampung yang emak saya meninggal dunia! Telefon saya tertinggal tak dapat telefon awak! Bila saya perlukan awak waktu itu awak hilang! Jadi sekarang puas hati awak ha?! Puas!!"
Mika berlari keluar dari kedai makan itu dan balik ke hotelnya sambil menangis.
Jang Keun Suk jatuh terduduk ke lantai.
"Apa aku dah buat ni?! Aku yang salah faham selama ni!! Mikkkkaaaaaaaaaaa!!!!!!"
YOU ARE READING
CINTA SI GADIS RAMEN!!! ☑️
Teen Fiction"Arghhhhhh!!! Ramen baru dah keluar!!! Tak boleh jadi ni" i'm really craving new ramen right now! " - Nur Edora Syamika " Mika.... janganla makan sangat benda ni. Tak baik tau untuk kesihatan. Nanti kena gastrik macam mana???Kata nak kurus..tak nak...