"Awak?!!!!!"
"Si tocang!!"
Terjerit sedikit suara Mika akibat terlalu terkejut dengan kehadiran lelaki yang tak di sangka-sangka itu. Terimbau kembali memori dia dengan si tocang. Semakin laju pulak air matanya. Uhukkk..uhukkkkk.... Dia tidak peduli siapa pun sekarang. Hatinya terlalu sakit.Dia menangis dalam keadaan memeluk lutut dan mukanya di sembamkan agar tidak dapat dilihat oleh mamat pencuri ramen itu.
Lelaki itu duduk di sebelahnya tetapi masih ada jarak antara dia dengan Mika. Sayu dia mendengar tangisan itu. Dia melihat segala yang berlaku di dalam dewan tadi. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menumbuk manusia durjana seperti mereka itu, tetapi disebabkan oleh dia sudah berjanji dengan abangnya tidak akan membuat masalah lagi maka dia terpaksa akur.
"Awak...janganlah menangis lagi.. Nah, ambil sapu tangan ni.." kata Jang kuen Suk kepada Mika.
Mika terus mendongakkan kepalanya. Dia terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Dia salah dengarkah agaknya.
"Macam tak percaya je si tocang ni fasih berbahasa melayu. Maknanya haritu dia fahamlah apa yang aku cakap ya. Tak guna betul si tocang kuda ni..huh!" Mika cuba mengawal marahnya di dalam hati walaupun air matanya tak henti-henti mengalir.
Mika akhirnya mengambil sapu tangan yang dihulur oleh mamat tersebut.
"Thanks..." kata Mika. Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. Mika mengelap air mata dan peluhnya berlari tadi. Sempat lagi dia menghembus hingus. (terok si mika ni) Jang Keun Suk hanya mampu tersengih memandang sapu tangannya di layan sebegitu. huhuhu
"Cantiknya mata dia walaupun sedang nangis..." bisik hati Jang Keun Suk...
"Eh tocang.. awak buat apa dekat sini?" tanya Mika sambil mengelap air mata dan mukanya yang comot akibat kejadian tadi. Malu pula dia di lihat dalam keadaan sebegitu rupa. Tiba-tiba lelaki itu ketawa kecil dan tersenyum manis. Terserlah lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
"Hai minah ramen ni, kau sedih-sedih pun boleh buat lawak antarabangsa lagi..." katanya di dalam hati.
"Kenapa awak tiba-tiba ketawa ni?" Mika semakin hairan dan sedikit risau dengan tingkah laku lelaki itu.
"Ish, si tocang ni gila pulak ke? Hadoiii... Aku tengah serius tanya, boleh pulak dia buat muka blur... Ini namanya terlepas dari mulut naga, masuk pulak ke mulut buaya tembaga... Huhuhu... Mak, tolong Mika mak! " jerit Mika di dalam hati.
"Hey...nama saya Jang Keun Suk ok.. Bukan tocang!.." katanya sambil ketawa. Mika tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Sorry, saya tak tahu nama awak... Hihihi... Saya Mika." kata Mika sambil memperkenalkan dirinya.
"Humm.. Saya tahu nama awak. Saya ada dalam dewan tadi. Saya pelikla, kenapa diorang buat macamtu dekat awak?" tanya Jang Keun Suk dengan nada serius.
"Entahla awak.. Saya pun tak tahu apa salah saya. Saya malu sangat..Saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan semua orang lepasni tapi yang pasti sekarang saya cuma pikir macam mana saya nak balik. Saya nak telefon kawan saya tapi telefon saya habis bateri pulak.." sayu suara Mika menjelaskan masalahnya sekarang. Air jernih kembali bertakung di tubir matanya.
"Hum.. takpalah.. jom saya hantar awak balik. Dah tengah malam ni. Bahaya...Besok kita panggil mekanik baiki kereta awak. Jangan takut. Saya bukan orang jahat.. Kalau awak tak percaya nah ambil beg dompet saya sebagai jaminan" kata Jang Kuen Suk sambil bangun dan mengibas-ngibas seluarnya akibat duduk di atas jalan raya. Dia kemudian menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan beg dompetnya lalu menghulurkan kepada Mika...
Pada mulanya Mika agak keberatan untuk bersetuju dengan pelawaan itu tapi dia tiada pilihan lain lagi.... Dia melihat lelaki ini seperti boleh di percayai walaupun hatinya berbelah bahagi...
"Humm..tak payahla..simpan je beg dompet awak.. Dah jom kita pergi.. Hari dah makin lewat ni..." Kata Mika.. Jang Keun Suk menyimpan kembali beg dompetnya..Akhirnya dia berjalan dan mengikuti Jang Keun Suk dari belakang ke kereta swift lelaki tersebut yang terletak selang beberapa buah dari keretanya... Semasa dalam perjalanan keduanya diam seribu bahasa dan hanya di temani bunyi lagu di radio......
"Eh, asal jalan jem ni tiba-tiba? Ada roadblock ke?" Jang Keun Suk berkata memecah kesunyian... Mika yang memandang ke sisi tingkap dari tadi mengalihkan penglihatannya ke depan jalan...
"Ummm..macam ada kemalangan la awak kat depan tu...Tu ada polis dengan ambulans..." Kata Mika pula..Semasa mereka melewati kenderaan yang remuk di langgar lori minyak itu, tiba-tiba Mika terjerit terkejut...Ya Allah!!!!!!!
"Awakkkk!!!! Berhenti!!!berhenti cepat!!!Kereta tu!!!!!!"
Lagi beberapa bab je lagi... Terima kasih yang sudi menyokong dan juga menjadi silent readers😘😘😘❤️
YOU ARE READING
CINTA SI GADIS RAMEN!!! ☑️
Teen Fiction"Arghhhhhh!!! Ramen baru dah keluar!!! Tak boleh jadi ni" i'm really craving new ramen right now! " - Nur Edora Syamika " Mika.... janganla makan sangat benda ni. Tak baik tau untuk kesihatan. Nanti kena gastrik macam mana???Kata nak kurus..tak nak...