Bab 16

91 13 2
                                    

Lima tahun kemudian...........

" Tok "

" Tok "

" Masuk! "

Mika melangkah masuk dan berdiri di hadapan bosnya Tuan Zainal yang sedang sibuk meneliti fail di hadapannya

" Ya tuan , tuan nak jumpa saya ke?" Mika bertanya dengan penuh hormat

" Ha , ya.. Duduk dulu. Saya ada  perkara penting hendak beritahu kepada awak. " Tuan Zainal memandang seketika wajah Mika yang berdiri di hadapanya. Setelah beberapa ketika, dia meletakkan pen dan menutup fail yang di telitinya dari tadi

Mika menarik kerusi dengan perlahan lalu duduk. Jari jemarinya terasa dingin sekali. Hatinya agak berdebar- debar dan akal fikirannya asyik memikirkan bukan-bukan setelah di beritahu oleh setiausaha bosnya, Cik Hanika yang Tuan Zainal ingin berjumpanya dengan segera kerana ada hal penting yang ingin di bincangkan.

" Ummmm , baiklah, ' straight to the point ' seperti yang awak sedia tahu, syarikat kita telah berjaya mendapatkan tender besar yang akan memberikan keuntungan kepada syarikat kita berbilion ringgit dan ini semua atas usaha awak dan juga pasukan awak. Tahniah saya ucapkan. Jadi sebagai menghargai usaha awak dan pasukan awak, pihak syarikat telah berbesar hati untuk memberikan awak dan pasukan awak bonus iaitu percutian ke Seoul, Korea selama seminggu. Semuanya akan di tanggung oleh syarikat sepenuhnya." Terang Tuan Zainal panjang lebar sambil tersenyum bangga mempunyai pekerja hebat seperti Mika.

" Apa??!!!! Betul ke ni bos?" Mika seperti bermimpi mendengar apa yang di perkatakan oleh Tuan Zainal sebentar tadi. Matanya bersinar-sinar. Nampaknya impiannya untuk ke Korea selama ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi

" Ya. Betul. Ini semua sebab atas usaha keras awak semua selama ini yang  mendapatkan banyak tender untuk syarikat kita dan memberikan banyak keuntungan lagi- lagi tender besar terbaru ini. Saya harap selepas ni awak lebih bersemangat dalam pekerjaan awak." Terang Tuan Zainal sambil menghulurkan tiket penerbangan kepada Mika..

Mika menyambut tiket tersebut dengan seribu satu perasaan.

" Baik tuan. Saya akan bekerja lebih keras lagi selepas ini. Terima kasih tuan. Terima kasih banyak- banyak sebab menghargai kami." Kata Mika dengan perasaan terharu

" Sama- sama. Saya harap awak suka dengan hadiah yang tak seberapa ini.." Kata Tuan Zainal lagi

" Eh takla tuan. Inilah hadiah paling indah dalam hidup saya dan juga mereka. Saya bersyukur sangat. Terima kasih lagi sekali tuan dari pihak saya dan pasukan saya... Kalau tak ada apa lagi, saya keluar dulu ya tuan..." Kata Mika pula..

" Baiklah. Selamat bercuti" Tuan Zainal menganggukkan kepala..

Mika melangkah keluar dengan senyuman paling manis yang sudah lama tidak meniti di bibirnya... Tak sabar rasanya untuk dia memberitahu pasukannya yang sama-sama penat lelah untuk mendapatkan tender- tender tersebut

"Terima kasih Ya Allah............"

         ..........................................

Di KLIA semua orang sudah berkumpul dan tidak sabar untuk terbang ke Korea. Sekarang mereka hanya menunggu masa untuk berlepas sahaja.

"Perhatian...perhatian... Di minta penumpang yang akan menaiki pesawat untuk ke Seoul Korea berada di balai berlepas sekarang. Sekian terima kasih."

Zetty , Yaya , Fik , Aniq dan Mika mula bergerak ke balai berlepas selepas mendengar pengumuman tersebut dengan hati penuh berbunga-bunga seperti musim di Korea sekarang iaitu musim bunga sakura...

"Selamat tinggal Malaysia, Korea tunggu aku datang.....!!!"

CINTA SI GADIS RAMEN!!!  ☑️ Where stories live. Discover now