Bab 12

102 14 0
                                    


    "Sebenarnya saya mendapat panggilan telefon dari umma saya pagi tadi yang memaklumkan appa saya telah di masukkan ke hospital..." Terang Jang Keun Suk dengan muka yang penuh kerisauan..

  "Oh..kesiannya awak.. Awak sabar ya.. Maafla kalau saya nak tanya, appa awak sakit apa?" Mika bertanya dengan penuh berhati-hati

  "Hmm...appa saya kena serangan jantung.. Dia jatuh pengsan pagi tadi semasa ingin ke bilik air.. Mujurla umma saya ada di rumah.. Ikutkan hati saya ni, sekarang juga saya ingin balik ke korea tapi saya perlu mengambil ujian penting sekejap lagi. Oppa saya pula suruh balik bersamanya selepas di beritahu tentang keadaan appa saya..Dia masih lagi di Indonesia dan akan sampai ke Malaysia petang nanti..." Keluh Jang Keun Suk sambil memicit kepalanya yang sangat serabut...

  "Humm....saya bersimpati dengan keadaan awak... Takpalah kita doa banyak-banyak pada tuhan moga appa awak tak ada apa-apa.. Sekarang awak kena fokus dengan ujian yang awak nak ambik sekejap lagi..ok?" Mika berkata sambil memandang raut muka Jang Keun Suk yang keruh itu.....

  "Baiklah...terima kasih ya Mika sebab memberi kata-kata semangat pada saya dan sudi mendengar masalah saya.." Jang Keun Suk berkata sambil memandang muka Mika..

  "Sama-sama.. kitakan kawan.. Lagipun awak dah banyak sangat tolong saya.. Tak terbalas rasanya jasa yang awak buat pada saya selama ni...Humm... Habistu bila awak nak balik korea?" Kata Mika lagi..

  "Malam ni saya akan balik ke korea. Oppa saya akan terus membeli tiket saya sekali..Eh.. awak, saya dah lambat ni.. Nanti kita jumpa lagi ya... bai..bai Mika.." kata Jang Keun Suk setelah melihat jam di tangannya.. Dia bangun dari kerusi yang di dudukinya dan berlari anak ke dewan ujiannya....

   Mika tidak sempat berkata-kata dan hanya mampu memandang Jang Keun Suk yang semakin hilang dari pandangan...
   "Moga awak tabah Jang Keun Suk" katanya di dalam hati lalu dia bangun dan berlalu ke dewan kelasnya...

     ..........................................................

  Hampir dua minggu dia langsung tidak mendengar khabar berita dari Jang Keun Suk.. Kadang-kadang terlintas juga di hatinya untuk menelefon Jang Keun Suk tapi apabila memikirkan takut menganggu Jang Keun Suk yang sedang sibuk menjaga appanya...dipendamkan sahaja niat hatinya...

  "Hummm....bosannyaaa..." Mika duduk di bangku yang selalu diduduki dengan Jang Keun Suk setiap kali bertemu.. Kepalanya di baringkan di atas meja beralaskan lengannya sambil matanya tertutup rapat untuk mencari ketenangan...

  Tanpa dia sedari..ada seseorangan yang mula mendekati meja yang di dudukinya... Dengan senyap-senyap orang itu duduk betul-betul di hadapan Mika...

  "Umm....wanginya...macam pernah ku bau wangian ini tapi di mana ya..." Mika mengomel seorang diri sambil hidungnya kembang kempis menghidu wangian itu tapi matanya masih tertutup rapat...

  "Aiiiikkk...takkanla hantu di siang hari... Tak leh jadi ni..." Kata Mika lagi lantas dia bangun dari pembaringannya dan matanya terpaku memandang seraut wajahnya yang mula dia rindui....

Cakkkkkkkkk.....!!!!!
 

CINTA SI GADIS RAMEN!!!  ☑️ Where stories live. Discover now