BAB 19

97 14 2
                                    

Mika duduk bersendirian di taman yang berhadapan dengan hotelnya. Sesekali bunga sakura jatuh di atas badannya. Dia mengambil bunga itu dan membeleknya. "Cantik...." bisik hatinya sambil bibir menguntum senyuman.

Hari ini dia ingin bersendirian sahaja menikmati kecantikan bumi Korea dengan bunga sakuranya. Beberapa hari ini dia sudah puas berjalan. Kakinya sudah tidak larat lagi. Dia dan rakan-rakanya sudah habis melawat tempat yang wajib mereka lawati ketika datang ke Korea. Contohnya di Nami island, Mount Soerak, Everland Theme Park, Zoo dan Seoul Central Mosque yang wajib sesiapa yang datang ke Korea untuk melihat seni bina dan solat di situ. Rakan- rakannya yang lain hari ini sibuk pergi mencari cenderahati untuk di bawa balik untuk keluarga tersayang sebagai kenang-kenangan kerana hanya tinggal dua hari sahaja lagi mereka akan berada di bumi Korea. Mika sudah membelikan cenderhati untuk Adni dan suaminya. Ya, Adni sudah berkahwin enam bulan yang lepas. Cuma kadang kala kelakar pun ada apabila teringatkan suami Adni ialah doktor yang merawat Mika suatu ketika dulu. Hai... Jatuh cinta pandang pertama agaknya. Dia tersenyum sendirian bila teringatkan kisah cinta mereka.

Dia rasa sungguh bersyukur mengenali seorang kakak angkat sebaik Adni kerana di sebabkan Adnilah dia menjadi seorang gadis yang kuat dan tabah selepas melalui saat getir suatu ketika dahulu. Dia juga hampir hilang kewarasan. Doktor Anasla aka suami Adni yang banyak membantunya. Dia sangat terhutang budi kepada mereka berdua yang dia anggap seperti keluarga dia sendiri. Dia bukan lagi seperti Mika yang dulu. Cuma hatinya masih sama. Hatinya tidak boleh menipu diri sendiri. Ada sesuatu yang kosong di dalam hatinya. Kadang- kala dia menangis sendirian bila teringatkan seseorang yang telah lama menghilangkan diri dari hidupnya. Terlalu banyak persoalan di dalam benak hatinya. Cuma dalam beberapa hari ini hatinya berdebar-debar seperti yang pernah di rasainya suatu ketika dahulu.

"Hummm....saya rindu sangat dekat awak.."bisik hati kecilnya.

Air matanya menitis entah yang keberapa kali. Mika menarik nafas sedalam-dalamnya untuk cuba menenangkan hatinya. Dia mengesat air matanya yang berbaki di tubir matanya lalu dia bangun dari kerusi yang di dudukinya dari tadi. Dia kemudian melintas jalan dan kemudian melalui lagi deretan kedai di tepi hotelnya. Matanya terlihat kedai ramen halal itu. Baru dia teringat yang dia ingin merasa ramen di situ. "Ramen Origami Halal"... dia membaca dalam hati. Tiba-tiba jatungnya berdegup kencang. Dia meletakkan tapak tangan di situ.. Kenapa hati aku ni? Dia bermonolog dengan hatinya. Semakin dekat kakinya melangkah di depan kedai tu, semakin laju degupan jantungnya. Perlahan- lahan dia menolak pintu kedai tersebut. Dia di sambut oleh pelayan di situ.

"Eoseo oseyo" sambil tersenyum manis dan menundukkan sedikit badan.

"Kamsahamnida" Mika membalas dengan senyuman dan juga menudukkan sedikit badan

Dia terkesima sebentar melihat sekeliling. Kedai itu penuh dengan pelbagai origami dengan berbagai bentuk. Dia melangkah ke suatu sudut   di hujung sekali kerana hanya di situ sahaja ada meja kosong. Terdapat ramai pelanggan di kedai itu seperti pelajar universiti dan juga pelancong. Di dinding yang di dudukinya  mempunyai banyak origami berbentuk rama- rama berbentuk bulatan dan ada seekor di tengah. Tiba- tiba matanya terpaku pada sesuatu. Jantungnya berhenti berdegup. Tangannya sejuk. Tak mungkin! Takk!! Betul ke ni?!! Aku bermimpi ke ni?!

CINTA SI GADIS RAMEN!!!  ☑️ Where stories live. Discover now