Awak!!!
"Berhenti cepat wakk!! Berhenti!!!" Jerit Mika tiba-tiba sambil matanya tidak lepas memandang kemalangan tersebut..Akhirnya Jang Keun Suk berhenti di bahu jalan.. Mika segera keluar dari kereta dan berlari ke tempat kejadian... Dia di halang oleh polis namun dia tidak peduli. Dia merempuh dan mendekati mayat yang di tutup dengan plastik hitam itu.. Dengan tangan yang menggigil - gigil dia membukanya....
"Ya Allah Murni!!!!" Tergamam dia di situ sambil air matanya mengalir laju... Terlalu tragis yang menimpa Murni... Mukanya hancur teruk...Jang Keun Suk di iringi polis mendekati Mika yang meraung hingga terduduk di tepi mayat tersebut....
"Cik kenal ke mangsa tersebut?" Tanya pegawai polis yang memakai tag bernama Zul tersebut...
"Ke..nal tuan... Dia ka...wan sama universiti den...gan sa..ya.." jawab Mika dengan payah sekali dengan tersedu sedan...
Pegawai itu menganggukkan kepala sambil mencatat sesuatu di buku notanya...Dia juga ada menyoal beberapa soalan pada Jang Keun Suk.. Mika hanya mendengar dan terus menangis.. Kemudian dia teringatkan sesuatu...
"Encik.. ma..na lagi seorang ka..wan lelaki saya encik?" Sebab tadi mereka berdua semasa dalam kereta... Macam mana kemalangan ni boleh berlaku? Tanya Mika bertubi- tubi sambil bangun dan berdiri di sisi Jang Keun Suka apabila dia lebih tenang sedikit...
" Mangsa lelaki masih lagi belum dapat di keluarkan kerana tersepit di dalam kereta.. Dia dan perempuan ini telah meninggal dunia semasa kami sampai.. Pemandu lori minyak pula hanya mengalami cedera ringan dan telah di hantar ke hospital yang berdekatan untuk rawatan lebih lanjut.... Kami sekarang sedang menunggu bomba untuk memotong bahagian kereta tersebut untuk mengeluarkan mangsa... Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan... " pegawai tersebut menjelaskan segalanya..
Mika hanya mampu menangis mendengar berita tersebut sambil menutup mulutnya menahan hiba.. Jang Keun Suk mengangguk mendengar penerangan tersebut... Dia turut bersimpati dengan nasib yang menimpa Adam dan Murni.. Mereka akhirnya terpaksa beredar dari situ atas arahan pihak polis agar tidak menganggu tugas mereka.... Mereka berlalu dan masuk ke dalam kereta... Akhirnya Mika meraung sekuat hatinya.. Dia tidak mampu menahan rasa sedihnya... Walaupun mereka jahat padanya tetapi tidak sedikit pun dia berdendam atau mendoakan tidak baik berlaku kepada mereka... Dia tidak menyangka pemergian mereka sungguh tragis sekali.... Jang Keun Suk yang memahami kesedihan Mika membiarkan sahaja Mika melepaskan perasaan sedihnya.. Dia menghulurkan tisu dan di ambil oleh Mika apabila Mika kembali tenang... Matanya sudah bengkak kerana terlalu banyak menangis... Kereta mereka mula bergerak untuk menghantar Mika pulang.....
Throwback Adam dan Murni......
"You...kita nak pergi mana ni?" Tanya Murni sambil memandang Adam dengan penuh manja...
"I nak bawak u pergi syurga.... hahahha.... Kita akan berseronok sepuas- puasnya untuk meraikan kejayaan kita... You suka tak???? Nak tak pergi?" Kata Adam sambil mencuit dagu Murni...
"Suka... Nak... Bestnya.... Kalau pergi dengan U... Ke hujung dunia pun I sanggup tau..." Kata Murni sambil tangannya yang tak reti duduk diam tu memeluk lengan Adam pula...
"Hahahaha... Macam-macamla U ni... Tapi yang pasti malam ni I gembira sangat sebab dendam I dah terbalas.. puas hati I tengok dia menangis teruk macamtu... Dah macam badak sumbu je...Hahahhaha... Thank baby sebab tolong I..." Kata Adam lagi sambil mengusap tangan Murni lalu membawa tangan Murni ke bibirnya dan di ciumnya...Berbunga- bunga tahi ayam hati Murni...
"Ala U ni.. U kan tahu I sayang U... I sanggup buat apa sahaja untuk U tau..." Tergedik -gedik Murni berkata... Adam yang mendengar tersenyum bangga... Di lampu isyarat...mereka yang sedang berseronok bercumbu tidak sedar lampu isyarat sudah lama bertukar warna hijau... Keadaan jalan yang gelap dan tiada lampu di sepanjang jalan membuatkan lori minyak yang di pandu laju untuk melepasi lampu isyarar tersebut tidak perasan kereta mereka dan melanggar kereta mereka lalu kereta itu terseret beberapa meter dan akhirnya terbalik di tengah jalan.....
Buuuummmmmmmmm..........
..............................................
Mika...
"Mika...bangun...kita dah sampai dah rumah awak..." Jang Keun Suk mengejutkan Mika yang tertidur akibat penat kerana terlalu banyak sangat menangis.. Nasibla dia meminta alamat Mika terlebih awal semasa Mika mula- mula naik ke keretanya tadi... Kalau tidak, bermalam la mereka di dalam kereta..
"Mika menggeliat sedikit apabila tidurnya terasa di ganggu... Dia akhirnya tersedar dari tidur... Umm.. maaf ya.. saya tertidur.." kata Mika dengan tertunduk malu.. Sempat lagi dia meraba bibirnya takut-takut ada kesan air liur basi...
"Takpa.. saya faham... Mesti awak penat sangat menangis je dari tadi.. Betulkan ni rumah awak?" Tanya Jang Keun Suk
"Ha... Betul la ni...terima kasih ye tolong hantarkan saya balik... Terima kasih untuk segalanya.. maaf sebab kereta awak kotor dengan baju saya ni...." jelas Mika lagi
"Sama- sama.. eh.. takpalah...kotor sikit je... boleh cuci kat 'carwash'.. hihi.. pasal kereta awak jangan risau..saya ada kawan mekanik.. besok saya suruh dia betulkan kereta awak.." Kata Jang Keun Suk sambil tersenyum..
"Ok wak..terima kasih sangat.. Kalau awak tak ada tak taulah macam mana... umm..saya masuk dulu ye.. dah lewat ni..awak hati-hati ya bawak kereta..." kata Mika lalu membuka pintu kereta
Dia melambaikan tangan apabila kereta Jang Keun Suk bergerak membelah keheningan malam... Mika membuka pintu pagar dan mengetuk pintu rumah..
"Assalamualaikum....assalamualaikum...."
"Waalaikumsalam...."Adni membuka pintu dari dalam.. Dia yang memang menanti kepulangan Mika segera membuka pintu...
"Adni....." Mika lantas memeluknya sambil menangis teresak-esak
"Ya Allah... Mika... Kenapa ni??!!!!!!!"
YOU ARE READING
CINTA SI GADIS RAMEN!!! ☑️
Teen Fiction"Arghhhhhh!!! Ramen baru dah keluar!!! Tak boleh jadi ni" i'm really craving new ramen right now! " - Nur Edora Syamika " Mika.... janganla makan sangat benda ni. Tak baik tau untuk kesihatan. Nanti kena gastrik macam mana???Kata nak kurus..tak nak...