" I nak jumpa u dekat cafe tengah hari ni lepas u habis kelas nanti tapi I nak u datang sorang je tau... I nak lunch berdua je dengan u.. I tunggu ok..."
- Adam FarhanMurni yang membaca surat Adam seperti sotong kena panggang tergedik-gedik di tempat duduknya... Hatinya berbunga-bunga tahi ayam.. (hahha...jahat tak sis) Siapala yang tak jatuh hati dengan Adam Farhan tu.. Pelajar senior paling hot sekali dekat U ni... Bapanya merupakan seorang jutawan terkenal dengan menguruskan perniagaan import eksport... Adam Farhan merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Tajul dan Datin Sri Maria... Jadi tidak hairanlah kalau hartanya tujuh keturunan pun belum tentu habis... Dia memiliki wajah yang sangat tampan dan memiliki sepasang mata yang agak menggoda dengan warna coklat hazel kerana mewarisi kecantikan Datin Maria yang berketurunan orang putih.. Lebih membuatkan dia lebih bergaya kerana membawa kereta sport Ferari ke universiti.. Hampir ke semua pelajar perempuan dekat U ni tergila-gilakan Adam termasukla si doraemon tak sedar diri tu..huh... Sesiapa sahaja yang terlihat Adam lalu di hadapan mereka pasti tidak berkelip mata memandangnya...
"Eh..u ni kenapa Murni?? Dah macam sawan pun ada I tengok u ni.." Shida yang duduk di sebelah kiri Murni memandang Murni dengan agak pelik..Dina di kanan Murni hanya mengangkat kedua-dua bahunya tanda tidak tahu apa-apa.... Kadang-kadang dia menyampah juga dengan perangai Murni yang tergedik-gedik itu.. Di sebabkan dia menjadi kawan Murni.. dia juga di label "Geng sotong gediks sedunia.." tapi dia tidak peduli dengan semua itu.. Janji masyukkkk!!!Inilah peluangnya untuk mengambil kesempatan terhadap perempuan bimbo bajet lawa itu. Dia mengakui Murni sebenarnya memiliki wajah yang cantik dan licin tanpa sebarang jerawat walaupun dia tidak mengenakan sebarang mekap di wajahnya tetapi di sebabkan Murni terlalu obses dengan mengenakan mekap yang tebal dimukanya membuatkan mukanya tak ubah seperti opera cina... Murni sebenarnya datang daripada keluarga anak orang kaya. Bapanya berpangkat datok dan berpengaruh.Jadi di sebabkan itu dia sanggup menjadi balaci Murni. Janji hidupnya mewah. Makan di tempat mahal-mahal, bila mereka keluar berbelanja semuanya di tanggung oleh Murni.. Semua barang-barang yang di beli bukan calang-calang jenama tetapi "Limited edition"!! Siapalah yang tak nak kan... Itulah kebaikan Murni yang dia rasakan Murni seorang yang pemurah aka pemboros sebenarnya!Dia di terima menjadi geng Murni pun disebabkan dia mengaku dia juga merupakan anak orang berada walhal dia hanya datang dari keluarga biasa sahaja... Hanya Dina sahaja yang tahu statusnya kerana Dina juga datang dari keluarga biasa sama sepertinya dan tujuannya juga sama hanya untuk mengambil kesempatan terhadap Murni..dasar perempuan gedik dan bimbo!!
"Ishhh.. u ni tak baik tau kata I macam kena sawan.." Murni menarik mukanya seperti merajuk.. Buruk beno rupanya buat begitu...
"Ala...ala...sorryla..I gurau jela.... Ok Murni sayang yang cantik menawan.. ada apa-apa berita gembira ke nak bagitahu kitaorang??" Pujuk Shida dengan memujinya..dalam hatinya menyumpah seranah...
"Ha...macam tulah.. Di sebabkan u puji I, I bagi u RM100 untuk u dan Dina lunch harini sebab I tak boleh nak lunch dengan u all... I ada date dengan crush I.. Adam Farhan..." Murni memberitahu mereka dengan perasaan sangat teruja dan gembira sekali sambil mengambil not RM100 tersebut dari beg dompet Guccinya dan menghulurkan kepada Shida dan Dina..
"Wow...ada date rupanya.. Patut muka princess kita ni berseri-seri dan gembira semacam..." kata Shida sambil mengambil wang tersebut dengan wajah yang gembira sekali
kerana mendapat duit tersebut.. Dia memandang Dina yang tersenyum suka... Makan besar diorang hari ini.."Eh.. mestilah gembira.. Lama tau I tunggu saat-saat indah ini...Teruja sangat!!Hai, tak sabarnya nak jumpa pujaan hati I.." Dia membelek mukanya lagi di cermin kecil yang sentiasa ada di dalam handbegnya..
"Ok... enjoy your date ya beautiful princess.." Dina pula mengampu...
Dalam hatinya ketawa jahat... Dasar perempuan perasan! Murni yang mendengar pujian itu semakin kembang hidungnya...Nasibla hidungnya mancung...huhuhu..............................................
Di cafe, Adam Farhan sudah sedia menunggu kedatangan Murni.. Dari jauh dia melihat Murni melambai tangan ke arahnnya dan dia membalasnya... Murni berjalan ke arah Adam dengan lenggang-
lenggok yang dibuat-buat agar nampak lebih menggoda dengan skirt sendat merah yang di pakainya.... Mekapnya yang tebal dan lipstiknya yang merah menyala itu dari jauh boleh di lihat oleh sesiapa sahaja..."Hai u... dah lama ke tunggu I ?? Sorry tadi I ada perbincangan dengan group untuk buat assigment..." Murni berkata dan mengambil tempat duduk di hadapan Adam.. Hensem betul dia ni bila tengok dari dekat... Kata Murni di dalam hati...
"Eh, takla..I pun baru je sampai. Lagipun kelas I pun baru je habis.. Kalau untuk perempuan secantik u ni, berjam-jam pun I sanggup tunggu tau.. I pergi beli makanan dulula ya.. Orang dah semakin ramai ni.. U nak makan apa?? U tak kisahkan I belanja u makan kat cafe ni? I ingat nak belanja u dekat tempat mahal tapi I ada kelas sekejap lagi takut tak sempat pulak..." Adam menjelaskan pada Murni sambil tersenyum walaupun itu hanya alasannya sahaja.. Dalam pada masa yang sama dia rasa nak termuntah memuji Murni..Yerkk!!
"Eh... takpa.. takpa.. I ok je.. Kalau dengan u, u bawak I makan kat kedai tepi jalan pun I sanggup tau.. Umm..
U belila apa pun.. I ikut je.." Murni membalas sambil tergedik-gedik malu.."Ok..I janji lain kali I bawak u makan dekat tempat mahal ya.." Adam berkata sambil mengenyitkan matanya..Dia berlalu pergi membeli makanan.. Murni tersenyum bahagia mendengarnya..
Selepas mereka selesai menjamu selera.. Adam memulakan bicaranya.. Dia sebenarnya ada agenda berjumpa dengan Murni.. Dia perlukan bantuan Murni untuk melaksanakan rancangan jahatnya...Kalau tidak, jangan harapla dia ingin makan berdua dengan perempuan gedik ini!! Dahla ramai pelajar melihatnya dengan pandangan yang pelik ketika melalui tepi mejanya....
"U... I nak mintak tolong u sikit boleh?" Itu pun kalau u sanggupla nak tolong I...." Tanya Adam sambil merenung wajah Murni dengan senyuman penuh menggoda..
"Boleh.. I sanggup buat apa sahaja untuk u, Adam.. U nak mintak tolong apa?" Tanya Murni dengan suara yang penuh manja dan malu-malu biawak apabila membalas renungan Adam...
Adam tersenyum bangga mendengarnya.. Jawapan itu yang dia harapkan keluar dari mulut Murni....
"Ummm.. I sebenarnya................"
.................................
YOU ARE READING
CINTA SI GADIS RAMEN!!! ☑️
Teenfikce"Arghhhhhh!!! Ramen baru dah keluar!!! Tak boleh jadi ni" i'm really craving new ramen right now! " - Nur Edora Syamika " Mika.... janganla makan sangat benda ni. Tak baik tau untuk kesihatan. Nanti kena gastrik macam mana???Kata nak kurus..tak nak...