Aiman pov
Aku tahu aku dah lama tak muncul sampai korang dah tak ingat pun aku. Ceitt ade org baca ke cerita ni?
Sekarang aku dekat korea nak tengok bts punya comeback stage. Eh tak aku gurau je. Aku dekat rumah. Layan ejen ali. Tak pergi kolej. Takde sebab. K aku tipu, aku nak mengelak dari ain sebenarnya, walaupun sebenarnya aku rindu dia. Aku mengaku aku dah start suka kat dia. Kira dia crush aku la sebenarnya. Ada sebab kenapa aku mengelak dari dia. Dan takkan ada siapa yang tahu kecuali aku dan dia. Melissa.Setelah kartun animasi ejen ali habis, aku ke dapur dan memasak nasi goreng tom yam. Nak harap bibik? Baik aku masak sendiri sian bibik tu dari pagi sampai malam curi tulang je.
Setelah siap menutup api dapur dan hidangkan makanan aku dalam pinggan, aku mula mengisi perut di hadapan tv.
"Aiman, tak ke kolej ke?" Aku mengalihkan pandangan ke arah walid yang agaknya baru pulang dari office. Tapi awal lagi duh baru kul 11:43 a.m.
Aku menggelengkan kepala bagi menjawap soalan walid aku sebentar tadi. "Walid, awal nya balik" aku akhirnya bangkit dari bersila dan menyalam walid. Ada ciri-ciri husband material anda tak?
"Oh ya, nanti walid nak balik ke office semula. Ini balik nak makan je. Tak ada selera nak makan kat luar lagipun tengok nasi goreng kamu tu macam sedap" aha! Ada lidah disebalik mulut. Aku memandang ke arah nasi goreng yang aku masak, kemudian berlari menyelamatkan makanan aku.
Walid memuncungkan mulut. Dia fikir comel? Aku tetap menggelengkan kepala.
"Ala sikit je, boleh lah" issh, tak bagi rasa bersalah pulak...
Aku mengambil sesudu nasi goreng tersebut dan menyuap ke dalam mulut walid aku. Walid mula tersenyum suka. Tahulah aku masak sedap *flip rambut sajat* *sajat jatuh tergolek*
###
[A: aku lapar siot, dahlah puasa aiman dengan bapak dia tak puasa hape? Gurau je actually aku dah berbuka #naktambahword #mohontabah]
Abaikan author tu. Disebabkan walid ceramah aku tadi akibat ponteng kelas, aku tengah kemas barang untuk esok. Rilek ah aku masukkan kotak pensil dalam beg je. Kira okay la ni daripada bawak sebatang pen je buat ape.
Aku merebahkan badan aku ke atas katil dan meng'on'kan telefon pintar berjenama apple pen.
Ting!
Aik aku baru bukak dah ada notification. Aku membuka kata laluan yang top secret. Mohon muntah. Aku menyentuh paparan ikon 'line'. Wait ikon? Kpop? Argh abaikan.
Melissa.mel ● online
Mel: Hey
Ya?:Me
Mel: so... you still tak balas soalan I haritu. Boleh jawab sekarang?
Erm, nanti saya bagitahu esok. :Me
Mel: so esok you datang? Jangan lupa janji antara kita.
Baiklah. :Me
Melissa.mel ○ offline
You leave this chatroom
![](https://img.wattpad.com/cover/112062497-288-k951752.jpg)
YOU ARE READING
Pyschometry
Non-FictionAin maisarah. Gadis ganjil yang memiliki penyakit yg sehingga kini tiada ubatnya kerana sesiapa yg ingin mengubatinya pasti akan mati terdahulu sebelum sebarang rawatan dibuat. Muncul seorang lelaki yg mempunyai sakit yg sama dengannya. Tapi itu tid...