Aku mula memandu keluar mansion milik pakcik aku. Uncle park.
Tanpa iyla. Pagi ni dia tak ade class.###
Aku menjejakkan tapak kaki ke atas simen lantai kolej. Yelah takkan tapak tangan pulak. Apa kejadahnya?
Bushh
Air yang berbau busuk laju menuruni ke atas badan aku. Errggh it must be those medusa's gang.
Aduh aku dah lah tak bawak baju lebih harini.
Aiman pov
Aku lihat ain dari jauh. Rindu weyh.
Air jatuh dari tingkat atas menghujani ain. Aku berlari ke arahnya sambil membuka kot yang aku pakai. Weyh dia pakai baju putih. Kau faham tak apa akan terjadi? Sesungguhnya aku tahu perkara itu amat memalukan.Aku membalut badan ain dengan kot aku. Lantaklah busuk ke apa, boleh basuh. Ain memandang aku dengan pandangan yang bingung. Lekk ah my crush.
"Kau pakai baju putih" aku memberinya hint dan dalam satu saat dia tersedar dan menarik kot aku agar lebih menutup tubuh badannya.
"Thanks" gumamnya perlahan yang hanya aku sahaja yang boleh mendengarinya.
Baru sahaja kami hendak beredar satu malapetaka datang. Danniesh and the gang*
*bab 1 & bab 15
"Well, well, well tak sangka budak pelik macam kau pun ada hero. Eh bukan hero tapi budak nerd" izmeer, salah seorang geng puaka si danniesh tu tersenyum sinis memandang kami. Aku mempamerkan muka acah takut. Acah je, kat kolej ni kan aku nerdy kalau kat luar maybe diorang dah jatuh masuk longkang.
"Kau ni kacau la, aku baru nak 'cuci mata'. " akhirnya danniesh bersuara. Kurang ajar punya jantan. Aku memandang ain di sebelah and I'm not suprise with her reaction. Ain sedang mencerlung ke arah geng puaka. Jangan dia bukak mulut sudah.
"K" whut?! Itu je dia balas?!
Ain berlalu pergi dari tempat kejadian. *acah inspektor*
Aku membetulkan cermin mata dan terus berlalu pergi.
Bukk
Aduh! Sakit gila. Mamat ni sempat lagi sadung kaki aku. Para pelajar yang lalu lalang mentertawakan aku. Muka aku mula memerah. Ada satu tangan yang menghulurkan tangannya kepada aku. Aku harap tu tangan ain tapi tak. Tangan itu milik emylia. Aku menarik lengan baju sehingga menutupi tapak tangan dan menerima bantuan dari emylia. Seterusnya berterima kasih. Dalam masa 5 saat aku berlari masuk ke dalam tandas lelaki. Tak jauh pun hujung koridor je. Tadi aku sempat tengok ain, muka dia takde reaksi macam biasa. Aduh ini yang sedih ni. Dia tak simpati ke dengan aku?
Ain pov
Sedang aku melangkah menjauhi geng danniesh tu, aku terdengar bunyi seseorang terjatuh. Aku memalingkan kepala aku ke belakang. Aku nampak aiman, yess dia yang jatuh. Aku jalan menuju ke arahnya. Baru sahaja aku ingin menghulurkan tangan, seseorang telah menghalang tangan aku dengan menghulurkan tangannya kepada aiman. Emylia. Aiman menutup tapak tangannya dengan lengan baju sebelum menerima bantuan emylia.
K, aku tak jeles.
Tak, aku jeles sebenarnya.
Selepas mengucap terima kasih, Aiman berlari masuk ke dalam tandas lelaki. Aku hanya speechless.
Setelah seminit berdiri tegak di situ, aku akhirnya berjalan ke arah tempat letak kereta. Nak balik rumah, tukar baju.
###
Gossh, apa budak ni nak dengan aku lagi?
"Ain, jom pergi cafe" ujar emylia dengan nada ceria lalu menarik aku

ANDA SEDANG MEMBACA
Pyschometry
Kurgu OlmayanAin maisarah. Gadis ganjil yang memiliki penyakit yg sehingga kini tiada ubatnya kerana sesiapa yg ingin mengubatinya pasti akan mati terdahulu sebelum sebarang rawatan dibuat. Muncul seorang lelaki yg mempunyai sakit yg sama dengannya. Tapi itu tid...