01

326 34 6
                                    

[Hanae pov]

Pandanganku menjadi kaku apabila membuka mata.Terdapat sebuah taman bunga yang besar berserta dengan air terjun yang sangat tinggi.

Aku bangun dari pembaringan dan berjalan-jalan di sekitar taman bunga.Ia sememangnya sangat cantik kerana di penuhi dengan pelbagai jenis bunga yang cantik dan berbau harum.

Sedang aku memerhatikan bunga yang indah,tiba-tiba mata ku menangkap seekor haiwan yang sedang memerhatikan aku.Haiwan itu memandangku dengan pandangan yang tajam.

Dengan pantas aku melarikan diri dari haiwan tersebut yang mula mengejarku.Nasib ku agak malang kerana tersadung akar yang timbul dari sebuah pokok.Tanpa aku sedari aku terjatuh di dalam terowong yang sangat dalam.

[End Hanae pov]

"Arghhhhhh!!"

Debuks!!!

"Aduh,sakitnya kepala aku"Hanae merungut sambil memegang kepalanya yang sakit akibat terjatuh dari katil.

Nirae iaitu omma kepada Hanae yang berada di dapur terdengar jeritan anak daranya segera ke biliknya.

"Hanae ah!!Kenapa ni?"

"Omma!! Ada serigala kejar Hanae tadi!!"

"Apa kamu merepek ni? Serigala apa nya tengah tengah bandar ni? Dah dah bangun, menggigau je pandai!! Appa dah tunggu kat bawah tu. Cepat sikit!!" Nirae malas hendak melayang Hanae . Sejak kebelakangan ini Hanae asyik bermimpi terserempak dengan serigala. Mungkin ada petanda.

Hanae membuat muka cemberut tanda tidak puas hati dengan ommanya. Anak manjalah katakan kalau di layang buruk sikit mula lah merajuk. Huhu

°°°

"Selamat pagi appa" Hanae menegur appanya yang sedang makan.

"Hanae ah. Selamat pagi" Tuan Kim memberikan senyuman kepada anaknya.

"Appa dengar kamu jatuh katil tadi,betul ke" Juan meneguk kopi sambil mukanya memandang Hanae

"Nae" Hanae menjawab.

"Kamu mimpi apa sampai jatuh katil. Mimpi buruk ke?" Juan menanya lagi.

"Mimpi terserempak dengan serigala" Hanae menjawab dengan tenang.

"Serigala?! Kamu biar betul Hanae? " Tuan Kim seakan tidak percaya dengan kata-kata anaknya

"Betullah, Hanae tak tipu. Kenapa appa berpeluh ni?"

"Takde apalah, panas sangat kot, tu sebabnya berpeluh. Makan cepat nanti lambat pergi sekolah" Juan memberi alasan

"Nae,appa" Hanae merasakan sesuatu yang pelik dengan appanya.

Tbc..

°°°

Mian..chapter pertama pendek dan membosankan...author baru first time tulis cerita,harap korang jangan kecam author,jika terdapat kesalahan dalam cerita ni sila bagitahu author

Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata

THE WEREWOLF BOY-kth- (slow update)Where stories live. Discover now