"Kau rasa kau boleh kalahkan dia?" Tanya lelaki berpakaian hitam itu kepada Suho.
Jika dilihat, dia umpama ketua kepada sekumpulan orang jahat apabila semua orang menunduk hormat kepadanya yang sedang megah berada di atas takhtanya.
"Aku pasti. Lagipun kuasa dia tak sehebat aku" Suho tersenyum sinis sambil memegang pisau lipat yang berada di atas meja tempat dia duduk.
"Kau belum tahu kemampuan dia" lelaki itu membalas kembali.
"Selagi dia tak hidupkan kuasa Axile dalam badan dia, he can't beat me. Dan kalau dia dah sedar tentang kuasa tu, I'll make sure he can never touch the sky and even steps the earth"
Lelaki itu bangun dari kerusi takhtanya dan bergerak ke arah Suho sambil merampas pisau di tangannya.
"And if you failed to make it.."
Pisau diletakkan ke leher Suho dan bergerak ke bahagian belakang lehernya berulang kali sehingga Suho menelan air liur beberapa kali.
"..I'll make sure your head will be apart from your body"
Dengan itu terus dilepaskan pisau ke lantai dan dia terus ketawa seperti orang siuman.
Gila sungguh gila. Tak boleh dibayang dek akal fikiran jika dia sekejam itu boleh memperlakukan orang yang merupakan darah dagingnya sendiri.
Ya, dia adalah Kim Junmin ayah kepada Suho.
Dia seorang lelaki yang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa-apa yang diimpikan termasuklah membunuh darah dagingnya sendiri.
Suho berlagak tenang walaupun timbul rasa ngeri dalam dirinya.
Dia terus keluar dari tempat itu dengan menggunakan kuasanya.
¤¤¤
[Taehyung pov]
Jam menunjukkan pukul 9 malam.
Semua orang tengah tidur di bilik masing-masing kecuali aku. Penat sangat lah katakan.
Ya lah, sehari suntuk pergi berkelah.
Aku memeluk tubuhku. Walaupun berada di dalam bilik, udara dingin di luar rumah masih mampu menembusi dinding rumah ini.
Eh, takdelah aku ni ha yang gatal sangat pergi buka tingkap.
Akibat kesejukan yang melampau segera aku bangun bergerak ke arah tingkap untuk menutupnya.
Usai sampai, aku tidak menjadi untuk menutup tingkap apabila aku melihat Hanae sedang duduk di tepi kolam bersama dengan sebuah buku.
"Comelnye" mulut ku dengan tidak sengaja memuji Hanae.
Eh eh tiber betul aku. Tapi tak dapat dinafikan yang dia memang comel.
Sejak kenal dengan Hanae ni kan, aku rasa diri aku ni macam bukan diri aku lah. Hm acane tu?
Aih laa kenapa dalam banyak-banyak perempuan, dia yang aku suka.
Tbc...
¤¤¤
Yeayy. Im backkkkkkkk
YOU ARE READING
THE WEREWOLF BOY-kth- (slow update)
Fanfiction"Kau ni manusia ke?" "Aku werewolf" -Cast- *Kim Taehyung *Kim Hanae *Kim Suho *BTS member Start -29/05/2018- End - Credit @taekyoki