Flashback
"Appa kita orang gerak dulu. Appa jaga diri keyh" Taehyung memeluk Junmin dan menyalaminya. Berat untuk Junmin melepaskan Taehyung tapi dia yakin bahawa anak lelakinya itu mampu berdikari di dunia manusia.
"Kamu pun jaga diri" Junmin berkata.
"Jom guys, lets go!!" Jimin yang terlampau excited menjerit.
Terdapat satu dinding lutsinar di hadapan mereka yang menghubungkan dunia werewolf dan dunia manusia. Mereka hanya perlu melepasi dinding tersebut untuk sampai ke dunia manusia.
"Selamat tinggal appa" mereka pun melepasi dinding tersebut.
Selepas melepasi dinding lutsinar tadi mereka berada di dalam hutan di mana suasana nya amat berbeza berbanding dengan Wolveness.
"Jom kita keluar dari hutan ni" Taehyung bersuara.
Akhirnya mereka dapat melalui hutan tersebut dan berjumpa dengan sebuah jalan raya yang sunyi.
Tiada kereta yang lalu lalang. Hanya mereka berenam sahaja berada di jalan tersebut.
Tiba-tiba kedengaran bunyi menjerit dari arah hutan yang baru mereka lalu tadi.
"Warghhhhhh!! Aku takut!! Tolong aku!! Jangan tinggal aku!!!" Kelihatan Suga berlari sambil menjerit dengan kuat.
"Apa pasal mamat ni ada pulak, semalam cakap taknak ikut. Vunguk punya orang" Namjoon membebel.
"Kau ni kenapa Suga terpekik terlolong. Sakit telinga aku" Jimin menanya sambil mengusap telinganya yang perit.
"Hutan tadi gelap sangat, aku takut sebab tu aku menjerit" Suga menjawab dengan nafas naik turun akibat berlari.
Yang lain hanya melihat Suga dan menggeleleng kepala.
"Kenapa kau ikut kitorang ni? Semalam cakap appa kau tak kasi?" Jhope tanya dalam ada perli.
"Err, semalam tetibe je appa aku cakap something"
Flashback
"Min Yoongi, Kamu ni swag kan?"
"Aish appa ni. Tak yah lah puji yoongi. Yoongi malu tau"
"Betul lah kan anak appa ni swag lagikan hensem?"
"Hehe, betullah tu"
"Kalau camtu appa nak kamu kahwin"
"Hah?! Kahwin?! Dengan siapa?!"
"Dengan kawan appa. Janda meletup kebaboom tu. Nama dia Cahaya Kusajat. Kamu kenalkan dia tu? Dia nak sangat kamu jadi suami baru dia. Appa kesian tengok dia tu. Dah 5 bulan jadi janda"
"WHAT??!!!! Appa tahu tak janda tu fake?!!!. Yallah!!! Yoongi tak mau kawin dengan dia. Dia betina fake lah appa!! Kalau kahwin dengan Rosmah takpe jugak. Eh tak boleh jugak kahwin dengan Rosmah, Najib nak letak mana? Apapun Yoongi taknak kahwin dengan betina tu. Muktamad"
"Yoongi nak pergi mana kemas barang ni semua?"
"Adalah. Appa sibuk kenapa? Sanggup appa jual anak sendiri dekat betina fake tu. Yoongi tak kisahlah followers dia berapa juta pun kat Ig tapi kalau Yoongi dah cakap tak nak tu takyah lah paksa. Yoongi dah buat keputusan. Bye appa, Yoongi pergi dulu. Yoongi nak cari ketenangan. Appa jaga diri keyh"
"Yoongi tunggu dulu. Appa boleh jelaskan"
"Yoongi!!!!!!!!"
End flashback
YOU ARE READING
THE WEREWOLF BOY-kth- (slow update)
Fiksi Penggemar"Kau ni manusia ke?" "Aku werewolf" -Cast- *Kim Taehyung *Kim Hanae *Kim Suho *BTS member Start -29/05/2018- End - Credit @taekyoki