*Bab ni akan ada penambahan cast.
-Jung Nancy
-Lee Jisoo
*dorang akan dishipkan dengan mem bts.. Wah-wah, nanti bts dah ada pasangan masing-masing. Btw kalau ada typo sorry ye. Saya memang hantu typo. XD
[Taehyung pov]
Selepas maid 'appa' tunjukkan bilik baru aku dia terus blah.
Bila aku masuk je bilik ni aku tergamam. Bapak besar. Nampak sangat 'appa baru' aku ni kaya. Tapi tak boleh lawan bilik aku kat Wolveness. Cakap pasal Wolveness kan aku teringat dekat appa aku. Buat apa lah dia sekarang ni. Tae rindu appa. Hmm.
Aku tak tahu pun yang nasib aku akan berubah macam ni sekali. Tapi baguslah sebab dapat tidur dekat atas katil. Tak macam semalam, Jin suruh tidur atas lantai kat lorong. Dah lah gelap kotor pulak tu. Tak pasal pasal aku pun kena tidur atas tu jugak.
Aku rasa penat dan cara nak hilangkan rasa tu adalah dengan mandi.
"Arhhhh" aku menggeliat. Aku terus memasuki tandas dan mandi.
[End Taehyung pov]
°°°
"Tuan,Puan, makan malam dah sedia" Jung Irene ketua maid merangkap pengasuh Hanae memasuki bilik Juan. Dia berumur 47 tahun.
Kelihatan Nirae juga berada di situ.
"Nae noona. Tolong panggil Hanae dengan budak-budak tu makan . Nanti saya dengan Tuan akan turun"
"Baiklah Puan" Irene mengangguk dan keluar dari bilik Tuannya itu. Sudah 20 tahun dia berkerja dengan keluarga Tuan Kim. Juan dan Nirae menganggapnya sebagai kakak mereka sendiri. Hanae pula dianggapnya sebagai anak sendiri.
Setelah sampai ke kawasan bilik bts, Irene pun mengetuk pintu salah seorang daripada mereka.
Tok,tok,tok.
"Erm, siapa tu?" Jimin bersuara.
"Ni Makcik Irene"
"Makcik Irene? Makcik mana pulak? Makcik salah bilik ni"
"Makcik maid kat sini. Tuan dengan Puan suruh kamu turun"
"Turun? Buat apa? Saya nak beradu ni"
"Tidur tu bila-bila pun boleh. Kalau makan boleh ke bila- bila? Nanti kamu panggil yang lain turun sekali boleh?"
"Yelah-yelah"
Makcik Irene bergegas ke bilik Hanae pula.
Tok,tok,tok
"siapa?" Hanae menyahut ketukan di pintu bilik nya. Dia sedang membaca novel sambil mendengar lagu fake love... *oh yeah
"Makcik Irene ni"
"Oo Makcik ke? Masuklah, pintu tak kunci"
Irene memulas tombol dan memasuki bilik Hanae.
"Ada apa makcik?"
"Tuan suruh turun, makan"
ANDA SEDANG MEMBACA
THE WEREWOLF BOY-kth- (slow update)
Fanfiction"Kau ni manusia ke?" "Aku werewolf" -Cast- *Kim Taehyung *Kim Hanae *Kim Suho *BTS member Start -29/05/2018- End - Credit @taekyoki
