"Omma dan Appa dah bincang nak masukkan Taehyung, Jungkook dan Jimin dekat sekolah Hanae. Maknanya lepas ni korang dah boleh sekolah lah. Omma letak kamu semua sekelas dengan Hanae, senang sikit kalau nak minta tolong apa apa, kan Hanae?"
"Eh, pahal dorang satu kelas dengan Hanae lak? Banyak lagi kan kelas dekat Soul School tu!" Hanae agak terkejut dan sedikit marah apabila kelasnya akan dimasuki oleh 'budak baru' apatah lagi mereka bertiga mempunyai aura yang mampu menggugat iman rata rata pelajar di Soul School.
"Ini keputusan appa! Kalau Hanae taknak terima, lepas ni Hanae tak boleh keluar dengan Junhee lagi! Faham?"
Bts hanya tergamam apabila melihat satu perbalahan kecil antara anak dan bapa.
"Yela yela" Hanae mengalah dan memalingkan muka ke arah lantai. Mungkin malu apabila dijerkah sebegitu di hadapan orang ramai.
"Jadi macam mana, kamu setuju tak?" Nirae menanya Taehyung, Jungkook dan Jimin.
"Erm, kami okay je omma" Jimin menjawab.
"Baguslah kalau macam tu. Esok kamu bertiga bangun awal, pastu pakai baju ni" Nirae menyerah uniform sekolah kepada mereka bertiga.
"Appa, Omma. Kalau dorang bertiga kena pergi sekolah, kami berempat kena buat apa?"
Bts menjeling Namjoon.
Dengan pantas Namjoon membuat reaksi 'tak salah kalau tanya kan?'
"Appa lupa pulak pasal kamu berempat. Nasib Joon tanya" Juan tergelak.
Even tak lawak -_-
(Joon adalah nama manja Namjoon .. Kihkih)
"Appa dah daftar nama Jin dengan Suga dekat Hansang University. Appa dah pilihkan jurusan untuk kamu secara random. So, Appa pilih muzik, kamu berdua okay ke tak?"
"Maksudnya kitaorang akan belajar pasal muzik lah ni?!" Suga dan Jin 'ter excited' pulak.
"Haah, setuju ke tak?"
"Setuju sangat appa. Appa macam dah tahu je kitaorang suka muzik"
"Random je tu. Namjoon dengan Jhope pula boleh ikut appa esok dekat pejabat. PA appa akan ajar kamu untuk uruskan hal syarikat"
Namjoon dan Jhope hanya mengangguk. Biar padahal tak tahu pun natang gape pejabat tuh.. -_-
"Terima kasih banyak dekat appa sebab dah tolong kami. Kami janji kami akan balas semua kebaikan appa"
Juan hanya mampu tersenyum.
"Baiklah anak-anak. Omma rasa kamu dah boleh masuk tidur. Dah lewat ni. Esok nak bangun awal kan?" Nirae memecahkan kesunyian.
Semua bergerak menuju kebilik masing masing kecuali Juan dan Nirae.
"Oppa tak bagitau pun nak libatkan Namjoon dan Jhope dengan hal syarikat?" Nirae menginginkan kepastian. Dia tidak kisah dengan kemasukan universiti Jin dan Suga tetapi dia bimbang dan takut apabila melibatkan orang asing dalam hal syarikat. Jika tersilap langkah, mungkin syarikat boleh muflis.
"Apa yang honey cakap ni. Appa ikhlas nak libatkan Jhope dan Namjoon. Lagipun, kalau honey tengok betul betul, dorang tu bagus. Oppa percaya dorang ada potensi. Dah lah honey pergi masuk tidur dulu. Tak payah fikir lagi pasal mende ni. Oppa ada banyak lagi syarikat lain dekat Korea ni"
Kelihatan seseorang di sebalik dinding sedang mencuri dengar perbualan Juan dan Nirae.
"Woi namja! Kau buat apa tu"
"Mangkok hang!!! Sila ninggal!! Eh mangkok!!!" Taehyung melatah apabila disergah dengan kuat.
Hanae ketawa dengan kuat apabila mendengar Taehyung melatah. Muka hensem tapi kuat latahh.. Hhahhahahahhahahahahhahahahha.
"Pahal kau terkejutkan aku ha yeojaa?!!!" Taehyung berang apabila melihat Hanae ketawa sambil berguling.
"Sape suruh curi dengar orang tua cakap. Ha, Adab kat mana Cik abang?" Hanae tersenyum sinis.
Puas hatinya dapat menyakat Taehyung.
"Suka hati aku lah!" Taehyung menjeling.
"Daripada kau duk curi dengar appa dengan omma cakap baik kau teman aku pergi kolam" Hanae mengajak Taehyung.
Korang tak rasa ke Hanae ni pelik sikit malam ni?
Memang pelik pun.
Actually dia rasa macam nak berbaik je dengan Bts. Lepas appa dja ugut tadi, dia nekad nak buang perasaan marah dekat bts. Sebab tu dia ajak Taehyung pergi kolam.
"Boleh jugak, aku tak ngantuk lagi ni" Taehyung mengangguk setuju even dia rasa pelik sikit ngan Hanae.
Setibanya di kolam, mereka duduk di bahagian tepi kolam dan merendamkan kaki ke dalam air.
"So kita nak buat apa dekat sini?" Taehyung menanya.
"Aku tanya beberapa soalan dekat kau pastu kau kena jujur. Boleh kan? " mungkin ini masanya Hanae bertanya soalan yang bermain di kepala nya dulu.
"Tanya lah"
"Siapa Juan?"
Taehyung terkejut mendengar soalan tersebut.
"Mana kau tahu pasal Juan ni ha?!"
"Aku dengar kau menggigau masa dekat hospital hari tu. Sumpah lawak!! Juan ahjussi!! Juan ahjussi!! Appa nak jumpa ahjussi!!! Ahjusii!!" Hanae meniru suara Taehyung menggigau.
Taehyung hanya blushing. Maluuu!!
Itulah masalah Taehyung sebenarnya, kuat latah dan suka menggigau. Harap muka jaa hensemmm..
"Kalau aku cerita, kau jangan bagitau sape sape lakk. Janji?" Taehyung menunjukkan pinky promise kepada Hanae dan Hanae membalasnya.
"Janji!"
Taehyung tahu Hanae takkan memecahkan rahsia terbesarnya.
°°°
"Jadi Juan tu ahjussi kau?" Hanae bertanya apabila Taehyung sudah menghabiskan ceritanya.
"Ya. Misi aku datang sini sebab dia . Mungkin takdir yang tetapkan aku berjumpa dengan appa kau dekat jalan tu then tinggal dalam rumah ni. Aku bersukur dapat kenal dia" Hanae hanya diam.
"Kau tahu tak apa nama appa?" Hanae menanya lagi.
"Tak. Yang aku tahu nama dia Tuan Kim je. Dia tu baik sangat. Aku bersyukur dapat kenal orang macam dia" Hanae menepuk dahinya apabila Taehyung menyebut benda yang sama
"Serius lah kau tak tahu?!" Hanae menanya dengan nada yang tinggi.
"Serius!" Taehyung pula membalas dengan nada lantang.
"Nama appa, Kim Juan!"
"Apa?!"
Tbc..
°°°
Hai.. I'm back againnn.. Miss you guyssssss!!
Muehh
YOU ARE READING
THE WEREWOLF BOY-kth- (slow update)
Фанфик"Kau ni manusia ke?" "Aku werewolf" -Cast- *Kim Taehyung *Kim Hanae *Kim Suho *BTS member Start -29/05/2018- End - Credit @taekyoki