Wolveness
Kelihatan Kim Junmin iaitu ketua bagi puak serigala putih sedang memberi arahan kepada askar-askarnya.
"Pergi kuatkan pertahanan kita di Gunung Ariel"
"Baiklah tuan"
"Appa!" seorang lelaki memanggil Junmin dengan panggilan appa.
Dia adalah anak kepada kim Junmin iaitu Kim Taehyung. Jika dilihat anaknya mewarisi mukanya iaitu sangat tampan.
Ramai yang menghantar rombongan meminang kepada Taehyung untuk anak mereka. Tetapi Taehyung menolak kerana ingin menjaga appanya.
"Taehyung ah, ada apa?"
Kim Junmin hanya memiliki seorang anak kerana isterinya Kim Jurae meninggal selepas melahirkan Taehyung. Oleh kerana itu,dia sangat menyayangi Taehyung kerana Taehyung seorang sahaja ahli keluarganya yang masih ada.
"Appa! Taehyung nak tahu sejarah keluarga kita. Sejak kebelakangan ni, Taehyung asyik mimpi pasal seorang perempuan ni. Dia cakap kat Taehyung yang Taehyung kena satukan keluarga kita"
Tuan Kim tergamam.. Ada rahsia yang dia sembunyikan dari Taehyung dulu kerana Taehyung masih kecil.
"Dah sampai masanya Appa kena ceritakan tentang keluarga kita kepada kamu" Tuan Kim menarik nafas dan mula bercerita kepada Taehyung.
"Sebenarnya, appa anak kedua dari 3 org adik beradik. Oppa appa bernama Kim Jongsuk, adik appa pula Kim Juan. Kita orang sangat rapat dulu macam isi dengan kuku*peribahasa bhai* tapi disebabkan takhta kita orang bergaduh. Appa tak kisah pon siapa yang harabeoji kamu pilih untuk ganti tempat dia..tapi,oppa appa, Jongsuk..dia nak kan takhta keluarga ni. Sebenarnya harabeoji kamu memang nak kerajaan ni diberi kepada Jongsuk, tapi Dewa Bumi kata adik appa, Juan yang layak menjadi pewaris kerajaan ni dan ketua puak serigala putih" panjang Junmin bercerita kepada anaknya. Taehyung memberikan sepenuhnya perhatian dan tidak menyampuk percakapan appanya. Junmin menyambung lagi.
"Oleh kerana itu, Jongsuk merasakan bahawa Dewa Bumi membuat pilihan yang salah dan Dewa Bumi telah murka kepadanya kerana menentang keputusan Dewa. Dewa Bumi memenjarakannya di dalam tanah akibat kesalahannya. Tetapi, The Devil telah menolong Jongsuk melepaskan diri dengan syarat separuh dari badan Jongsuk adalah hitam tanda dia seorang Devil dan separuh lagi putih tanda dia seorang werewolf. Jongsuk sekarang ni sedang memerintah kerajaan The Darkness dimana werewolf hitam tinggal di kerajaan yang diperintahnya itu. Ya, dia pernah datang menyerang kerajaan ni. Tapi tidak berjaya. Keluarga kita ramai yang mati semasa mereka menyerang. Harabeoji kamu suruh appa dan Juan selamatkan diri. Semasa dalam perjalanan, kami diserang oleh tentera Jongsuk dan appa diselamatkan oleh sepasang suami isteri manakala Juan melarikan diri ke dunia manusia dan sejak dari itu appa tak pernah berjumpa dengannya" Taehyung melihat Junmin mengesat matanya berair.
"Appa mesti rindu dengan Juan ahjussi kan?" Taehyung menanya Junmin yang masih mengesat air mata yang keluar.
"Ya, appa sangat rindu dekat Juan. Appa harap Juan masih hidup" kata appanya.
"Appa! Izinkan Taehyung ke dunia manusia untuk mencari Juan Ahjussi" Junmin terkejut dengan tindakan yang akan dilakukan Taehyung.
"Tak, appa tak izinkan Taehyung ke sana seorang diri. Di sana tu bahaya Taehyung!" Junmin tidak membenarkan Taehyung ke dunia manusia kerana takut terjadi apa apa kepada anaknya.
"Taehyung tak pergi sorang appa. Bts ada temankan Taehyung" taehyung meyakinkan appanya. *Bts adalah nama kumpulan yang diberikan kepada taehyung,jungkook,jimin,jin,namjoon,suga dan jhope. Mereka bertujuh merupakan kawan karib sejak kecil lagi.
Junmin memikirkan kata putus untuk anaknya. Amat berat untuknya melepaskan Taehyung ke dunia manusia. Dia tahu Taehyung ke sana untuk membuatkan dia gembira.
"Baiklah. Appa izinkan, tapi tolong jaga keselamatan diri kamu dan jangan timbulkan masalah dengan manusia" Junmin membenarkan Taehyung pergi kerana dia tahu bahawa anaknya itu sudah besar dan pandai berdikari.
"Gumawo appa" Taehyung bergegas keluar dari rumah agamnya dan pergi bertemu Bts untuk memaklumkan hal tadi..
Tbc..
°°°
Author takde idea nak tulis panjang-panjang..harap korang still semangat nak baca cerita ni sebab author rasa cerita ni akan jadi panjang..huhu..keyh laa..wait for the next chapter guys
ANDA SEDANG MEMBACA
THE WEREWOLF BOY-kth- (slow update)
Fanfic"Kau ni manusia ke?" "Aku werewolf" -Cast- *Kim Taehyung *Kim Hanae *Kim Suho *BTS member Start -29/05/2018- End - Credit @taekyoki
