Part 14 💕

53 3 0
                                    

Kami bertiga ke pondok makan. Makanan semua dah tersedia di hadapan mata. Semua nampak sedap. Aq nampak je kurus tapi sebenarnya kuat makan. 😉
Mita pon dah ada di meja menunggu kami.

Aq nampak Baekhyun dan Lucy yang duduk bertentangan kami itu sudah mula makan. Baekhyun nampak muram dan Lucy pula seperti biasa, mengedik. Kami terpaksa duduk ikut kumpulan di meja makan kerana Cikgu Mingyu suruh. (tak termasuk Bambam, sbb dia guider kami) Cikgu kata senang nak tau sape yang ade dan takde klau duduk dalam kumpulan.

"Kai, aq minta maaf", kata Baekhyun secara tiba-tiba. Semua mata memandangnya, termasuk aq. Kai hanya diam tanpa bersuara walaupun dia sebenarnya terkejut dengan tindakan Baekhyun untuk meminta maaf.

Lucy memandang Baekhyun dan Kai bersilih ganti dengan pandangan tak puas hati. Mesti dia tak suka yang Baekhyun cuba berbaik dengan Kai semula.

"Kai, aq minta maaf. Aq sepatutnya tak buat kau marah.", jujur Baekhyun.

Mita cubit peha Kai sebagai tanda isyarat untuk maafkan Baekhyun. Kai pandang Mita dan aq. Kemudian, angguk.

"Nae. Aq maafkan. Maafkan aq juga tau", kata Kai.

"Nae.', jawab Baekhyun dan mereka akhirnya tersenyum.

Kami pon dah habis makan. Kami kena bergerak ke tempat berkumpul. Gotong royong dah nak mula.

"Jina, aq nak cakap dengan kau kejap boleh ?", tanya Baekhyun. Aq yang nak bangun untuk letak pingan 'terbeku' dengan pertanyaan dia. Yelah, tiba-ii je nak cakap dengan aq. Kesian aq tengok si Lucy tu dah mcam nak nangis.

"Aq dah janji dengan Bambam oppa untuk teman dia. Sorry", kata aq lalu tarik tangan Bambam untuk letak pinggan dan pantas bergerak ke tempat berkumpul. Aq nampak Baekhyun dengan Bambam terkejut sama. Yang pasti mereka terkejut bukan untuk sebab yang sama. Aq tau Bambam terkejut sebab aq tak janji apa-ii pon dengan dia sebenarnya. Baekhyun aq tak tau kenapa.

Aq dan Bambam dah pon sampai ke tempat berkumpul. Kami orng yang pertama tiba di sana. Bukan sebab excited nak gotong royong. Tapi nak mengelak punya pasal.

"Sorry oppa. Saya terpaksa tipu tadi", kata aq kepada Bambam.

"Nae, tapi kenapa awak tipu ?",tanya Bambam.

"Bukan apa, saya cuma tak selesa cakap dengan dia lepas semalam. Lebih tepat lagi, saya rasa tak puas hati dengan attitude dia semalam. Tu je", jelas aq.

"Okay, gwaenchana. Everything will be fine.", katanya kepada aq.

Hampir 10 minit kami berbual, pelajar lain mula sampai.

"Semua cepat beratur ikut kumpulan masing-masing. Kita dah nak mulakan aktiviti", arah Cikgu Mingyu.

Kami pon mula beratur.

"Saya nak kamu semua bergotong royong membersihkan kawasan hutan ni. Pukul 2 kumpul sini balik. Jangan berpisah dari kumpulan masing-masing ", sambung Cikgu Mingyu.

SKIP 🐝
(Malam selepas aktiviti gotong royong tamat)

Kami dengan penatnya pergi ke khemah untuk berehat. Memang penat sangat. Nasib baik lepas niy dah takde aktiviti lain. Boleh lah rehat puas-puas.

"Penatnya. Aduhh, sakit kaki aq.", rungut Kai.

"Nak plaster berubat tak ? Aq ade bawa.", kata Baekhyun.

"Ha boleh, tapi badan aq melekit lah. Lepas mandi lah aq tampal", balas Kai.

Satu persatu orng di khemah mula keluar untuk mandi. Aq tengah baring. Nak bangun pon tak larat, penat sangat.

Aq tiba-tiba sedar yang takde sape-ii dalam khemah kecuali aq dengan Baekhyun.

Aq teringat akan peristiwa pagi tadi bila dia ajak aq cakap dengan dia. Aq cepat-cepat tutup mata untuk pretend mcam dah tidur. Tak lama selepas itu, angin sejuk  mula menyapa badan aq. Rasa sejuk sangat. Dah nak hujan rasanya.

Aq cari selimut untuk tutup badan aq.
'Mana aq letak selimut aq ni ? Nak buka mata, takut kantoi.', rungut aq dalam hati lepas tak dapat nak cari selimut. Akhirnya, aq mengalah dan mula buka mata untuk cari selimut sebab sejuk sangat. Ada sepasang tangan yang menyelimutkan aq dari belakang. Aq pon pandang ke arahnya. Aq tau semua orang tau sape tu. Betul lah, dia lah tu. Baekhyun.

"Thanks", kata aq lalu tarik selimut dari tangannya kasar. Aq buat-ii marah. Biar dia sedar perangai dia semalam dan pagi tadi tu buat aq marah juga.

"Aq nak cakap something, boleh ?", tanya Baekhyun kepada aq.

Belum sempat aq nak jawab, Kai dah masuk khemah. Thanks weyh sebab selamatkan aq daripada Baekhyun ni.

"Woi, dating eh ?", perli Kai.

"Orng klau dating tak ajak kau lah", kata aq lalu baling bantal ke arahnya.

"Hahahahah", gelak Kai. Dah macam hantu aq dengar.

"Takut pulak aq tengok kau gelak macam tu. Dah dah, kau kata penat kan tadi ? Pegi rehat cepat.", kata aq.

Dia angguk lalu baring di sebelah aq. Aq tak nak baring lagi. Aq takut nanti aq tertidur. Dah lah belum mandi. Busuk aq nanti.

"Aq gi mandi dulu tau", kata aq kepada Kai.

"Balik cepat tau, aq bosan", katanya sambil gosok mata. Aq tau kejap lagi confirm dia dah tidur.

"Nae, gom (bear)", kata aq lalu lari keluar dari khemah lepas ambil tuala. Aq takut dia marah dan mula kejar aq. Tak nak aq main kejar-kejar sekarang. Dah lah penat lepas balik aktiviti tadi.

Done Part 14 ✌🏻💞

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now