Part 57 💕

14 0 0
                                    

Aku menunggu Mino. Aku sudah awal bersiap.

Tepat pada masa, Mino sampai. Aku keluar selepas memberitahu omma.

Aku naik keretanya.

"Good Morning", sapanya.

"Morning", senyum aku.

Kereta memasuki jalan besar depan rumah aku.

"Awak lapar tak ?", tanya Mino.

"Ye lapar.", balas aku.

"Kita makan lepas pergi SM boleh ? Ke anggur semalam tak cukup ? ", tanya Mino.

"Kita pergi SM dulu lah ishhh", kata aku.

Dia tergelak.

Kereta diparkir di tempat letak kereta bawah tanah kat tempat khas pulak tu.

"Dah jom turun.", ajak Mino.

Aku ikut dia dari belakang.

Kami menaiki lif ke tingkat paling atas. Tingkat 50. Pitam aku.

Dia ke satu pejabat yang sangat luas.

Dia ke satu pejabat yang sangat luas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wah, besarnya.", mulut aku terlopong.

"Tutup mulut tu sayang. Ape orang cakap nanti", kata Mino.

Aku lantas menekup mulut aku dengan kedua-dua tangan.

Mino tergelak lalu mencapai tangan aku.

"Sejuknya tangan", kata Mino.

Aku mengganguk sahaja.

"Welcome Mino. Lama tak jumpa", tegur seorang lelaki muda.

"Ye bro. Lama tak jumpa", mereka bersalaman.

Aku hanya memerhatikan mereka berdua.

"Ada ape tiba-tiba muncul berduaan ?", tanya lelaki itu.

"Ha ni Jina. Jina, ni Kris.", kata Mino.

"Hi", tegur aku.

"Hello", balas Kris.

"So dia ni lah yang Mino cakap semalam ?", sambung Kris.

Mino mengganguk.

"PA ok tak ?" tanya Kris. 

"Aku rase ok kot." balas Mino.

Ape yang ok ni ? 

"Esok email kan aku resume dia." arah Kris.

Mino mengangguk.

"Bila nak join ?". Mata Kris kini beralih ke aku.

Aku keliru. 

Aku memandang muka mereka bersilih ganti.

"Hmm, nanti aku bagitau kau. Kitaorang kena bincang dulu.", balas Mino.

Aku tunggul ke ?

"Ok lah aku gerak dulu. Ape-ape call aku nanti.", kata Mino lalu bejabat tangan dengan Kris sebelum dia berdiri. Aku turut bangun dari kerusi itu.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now