Part 36 💕

40 3 0
                                    

Habis waktu persekolahan

Aq singgah di perpustakaan sebelum balik. Aq nak pinjam buku sikit.

Lepastu, aq balik dan tukar baju. Aq pergi berjogging. Macam biasa, jogging dapat mengurangkan stres aq.

Lama aq jogging, aq lupa akan surprise party kat rumah aq. Dah pukul 6:30. Aq tak tolong omma lagi, bersiap pon belum.

Aq bergegas ke rumah.

"Omma, Mita mana ?", tanya aq.

"Omma suruh dia datang pukul 8.", kata omma.

"Nae omma. Jina pergi bersiap dulu",

"Nae",

Aq pergi ke bilik. Aq memilih baju untuk dipakai nanti. Aq memilih gaun paras lutut berwarna biru langit.

Aq ke bilik air untuk mandi. Tidak mengambil masa yang lama, aq habis mandi. Aq mengenakan gaun yang dipilih tadi.

Aq mula bersolek. Eyeliner, mascara, foundation, dan gincu aq gunakan untuk bersolek. Setelah siap, aq menutup pintu kamar dan turun bawah.

Aq dengar omma sedang bercakap dengan seseorang di dapur. Salah satu dari tetamu kita mungkin.

Aq pergi ke dapur dan terkejut dengan kehadiran seseorang. Mino.

"Jina, dah bersiap eh ?", tanya omma.

"Dah omma. Sini saya tolong omma", kata aq.

"Takpe Jina. Mino dah tolong dah", kata omma.

"Nae", jawab aq.

"Mino, pergi lah duduk depan. Saya akan tolong omma", kata aq.

"Takpelah, saya boleh tolong. Saya tak kisah.", katanya.

Omma tersenyum ke arahnya. Mungkin omma aq dah lupa yang aq ni anak dia. Asyik-asyik senyum tengok si Mino tu.

"Awak ni tetamu kami. Awak pergi duduk depan.", kata aq lebih kepada arahan kali ini.

"Awak duduk depan je, Mino. Dia tu degil orangnya", kata omma pada Mino sambil senyum.

"Nae, aunty", kata Mino lalu pergi ke ruang tamu.

Selepas dia pergi, aq pergi sebelah omma untuk menolongnya.

"Pergi depan layan tetamu. Tak baik kalau tak layan tetamu", arah omma.

Omma aq dengan Mino dah komplot agaknya. 😏

Aq ke ruang tamu atas arahan omma aq. Mino duduk di sofa satu tempat sambil bermain telefon.

"Buat ape tu ? Main PUBG ?", tanya aq apabila sudah melabuhkan punggung di sofa tiga tempat.

"Takkan nak main PUBG kat rumah orang ?", kata Mino.

"Pastu ? Tengok video ?", tanya aq sambil tersenyum senget.

"Tempah maut namanya", kata Mino lagi.

"Nak makan tak ?", tanya aq.

"Nanti saya makan dengan family awak", katanya.

"Suka hati awak lah", kata aq.

"Anyeong Jina", sapa Kai yang baru masuk.

"Ehh masuk lah. Duduk sini.", kata aq lalu menepuk tempat duduk di sebelah aq.

"Aunty, saya dah sampai", laung Kai kuat supaya omma aq di dapur dapat dengar sambil duduk di sebelah aq.

"Nae, duduk lah dulu", kata omma dari dapur.

"Krng tau kan kenapa krng datang ?", tanya aq.

"Tau", jawab Kai dengan Mino serentak.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now