Part 42 💕

30 5 0
                                    

Seketika kemudian, Mino keluar dari bilik air.

"Dah tau datang jauh takkan tak bawa baju lebih.", kata aku bila nampak dia pakai baju yang sama lepas mandi.

"Saya lupa sebab saya nak cepat. Takpe nanti saya beli satu.", kata Mino.

"Nae", balas aku.

Kami keluar dari hotel itu. Aku memandu kereta terus ke pusat beli belah.

"Kenapa pergi sini ?", tanya Mino.

"Beli lah baju untuk awak. Kata nak beli tadi.", kata aku.

Aku memakirkan kereta di tempat parkir kereta.

"Jom", ajaknya.

"Kenapa saya pulak ? Awak je lah yang pegi", kata aku.

"Awaklah yang kena belikan untuk saya. Jom", katanya lalu menarik aku keluar dari kereta dan aku menurut.

Kami ke kedai untuk memilih baju untuknya.

"Awak pilih lah. Nanti saya bayar", kata aku.

"Awak lah pilihkan", kata Mino.

Aku tidak bersuara tetapi mencari tempat letaknya baju T-Shirt. Lagi aku cakap lagi dia tak nak mengalah. Lebih baik aku pilihkan je.

Lama aku cari, satu baju berwarna kelabu menarik perhatian aku.

"Yang ni okay tak ?", tanya aku padanya.

Dia membelek baju itu lalu mengganguk.

"Ok dah tu je kan ?", tanya aku dan dia mengganguk lagi.

"Awak nak beli ape-ape tak ?", tanyanya pada aku pula. Aku menggeleng.

Dan dengan itu, kami selesai membeli baju untuknya. Bagus. Tak ambil masa yang lama.

"Jom singgah beli minuman kat Starbucks.", ajak aku apabila kafe Starbucks terletak di hadapan mata.

"Jom", ikut Mino.

Sementara menunggu Mino membuat dan mengambil pesanan, aku mendaratkan punggung di kerusi yang terletak di sedikit hujung kafe itu.

Aku menghantar mesej kepada omma bahawa aku sedang dalam perjalanan balik. Takut dia risau.

Selesai menghantar mesej, telefon diletak di dalam poket. Lantas mata aku mencari Mino. Ade dua orang lagi di hadapannya menunggu giliran.

Kami bertentang mata dan bertukar senyuman.

Aku melihat sekeliling Starbucks itu. Memang ramai pelanggan, lagi-lagi pada waktu macam ni.

Aku terlihat orang yang serupa dengan seseorang yang aku kenali. Aku pasti itu memang orang yang aku kenal apabila dia secara tidak sengaja menoleh ke arah aku. Aku melarikan pandangan.

Orang itu adalah Lucy.

Apa dia buat di sini ?

Lamunan aku berhenti apabila Mino menegur aku.

"Termenung sampai ke mana tu ?", tegurnya.

Aku memutarkan bola mata. Reaksi aku mengundang gelak tawanya.

"Nah, minum", katanya lalu menghulurkan minuman sejuk aku.

Aku menerima minuman itu dan mata aku berhenti pada tulisan yang ditulis pada cawan plastik itu.

Mino's ❤

Aku tersenyum.

"Sweet kan ?", tanya Mino sambil mengangkat keningnya lalu dia menunjukkan cawannya yang bertulis 'Jina's ❤'

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now