Part 39 💕

52 5 0
                                    

Keesokkan harinya, aku terus tertidur lepas balik dari sekolah. Seperti biasa aku bangun pukul 6:45 petang. Aku mandi dan bersiap untuk buat assignment sebab kawan-kawan aku nak datang.

Aku turun ke bawah. Kelihatan omma sedang berborak mesra dengan seseorang. Sape ?

"Jina dah bangun ? Tengoklah Mino dah sampai.", kata omma sambil menepuk bahu orang yang digelar Mino tadi.

Aku tengok tuan bahu itu. Ya, memang Mino. Aku mengerling ke arah jam dinding terletak. Betul, memang pukul 7. Kenapa dia datang awal sangat ?

"Omma nak mandi. Kamu berbual lah dulu.", kata omma lalu ke bilik atasnya.

"Awak salah tengok jam ke ?", aku mula bersuara sambil bercekak pinggang.

"Tak", dia menggeleng sambil tersengih.

"Asal awal sangat awak datang ni ? Bukan saya dah mesej awak suruh datang pukul 8 ke ?", kata aku.

"Saya tahu. Memang sengaja saya datang awal. Kenapa ? Tak boleh ke ?", tanya Mino.

"Bukan tak boleh tapi masalahnya saya belum bersedia lagi. Makan pon belum", kata aku.

Dia kelihatan kecewa.

Aku rasa bersalah pulak.

"Dah jom. Teman saya makan.", kata aku lalu menarik tangannya untuk ke dapur. Mino tersenyum lalu mengikut langkah aku.

"Aunty", panggil aku kuat. Mino sudah duduk di meja makan. Aku ke arah sinki untuk membasuh tangan. Bila sedar Aunty tak balas panggilan aku, aku memanggilnya lagi.

"Aunty awak takde kat rumah lah", kata Mino.

"Mana awak tau ?", tanya aku padanya keliru.

"Ni. Aunty awak tinggalkan nota kat atas meja.", kata Mino sambil menghulurkan nota itu.

To: Jina and Mita

Aunty dah sediakan makanan kat meja. Aunty pegi kedai kejap.

From: Aunty

Oh, haah Aunty tinggalkan nota.

Aku mengambil dua pinggan dari rak. Satu untuk aku dan satu lagi untuk Mino.

"Nah, pinggan awak", kata aku lalu menghulurkan pingganya. Dia membalasnya dengan senyuman.

Aku meletakkan nasi dan lauk di pinggan kami berdua.

"Sikit cukup, sayang. Saya dah makan tadi", kata Mino.

Dia panggil aku sayang lagi ? Semalam dia mesej panggil sayang pon hati aku dah berbunga, ni dia panggil sayang face to face. Memang aku cair habis. 😍

"Wahh, bersemut dapur ni ya ?", kata Mita yang muncul dari mana entah.

Dia mengambil kerusi di sebelah Mino manakala aku duduk di hadapannya.

Aku lantas bangun dan mengambil pinggan untuk Mita. Aku sebenarnya tak nak ambilkan pon, tapi bila sedar muka aku membahang, aku terpaksa bertindak untuk cover.

"Nah", kata aku lalu menghulurkan pinggannya.

"Gomawo, sayang.", sengaja Mita menekankan perkataan tersebut. Mino dan Mita tergelak sama.

"Dah, makan.", kata aku.

Kami pon makan tanpa bersuara. Selepas makan, kami mula mengemas

"Weh, aku nak pergi kedai jap tau. Nak beli barang.", kata Mita.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now