Part 41 💕

37 5 0
                                    

Bangun je pagi, aku terus membersihkan diri aku. Aku tak malas nak keluar makan harini.

Aku mengambil kereta dan ke kedai makanan berdekatan. Aku memesan penkek dan milo sebagai sarapan pagi. Kedai itu tidak mempunyai ramai pelanggan, hanya dua tiga pasangan. Salah satu daripadanya ialah pasangan tua. Aku makan makanan apabila pesanan sampai.

Tidak mengambil masa yang lama, aku makan dan keluar daripada kedai itu. Tempat yang aku nak tuju lepas ni ialah pantai. Tiada tempat lain yang boleh aku dapatkan ketenangan kecuali pantai.

Aku pandu laju ke pantai itu. Walaupun pada waktu tengahari, ramai orang telah mengunjungi pantai itu. Cuaca panas terik tidak menghalang mereka untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga mereka.

Aku duduk di bangku yang terletak di tepi pantai. Bangku itu merupakan tempat yang sesuai untuk menghayati pemandangan segenap pantai itu.

Lama aku duduk di situ, hati aku tergerak untuk bermain di pantai itu. Oleh kerana aku tak bawa pakaian gantian bersama aku, aku hanya membasahkan kaki aku yang seluarnya dilipat paras lutut. Lama aku berjalan di pantai itu, aku ingin duduk.

Bangku yang aku duduk tadi sudah berpenghuni. Lelaki muda serba hitam. Topi, baju, seluar, dan kasut hitam.

Aku membatalkan niat untuk duduk di situ lalu bergerak ke kereta aku.

Kereta aku memasuki jalan besar dan memecut laju ke hotel.

Sebaik sampai di hotel, aku menukar pakaian aku yang basah. Baru aku nak duduk di katil, punat loceng ditekan. Room service maybe ?

Tanpa berfikiran panjang, aku memulas tombol pintu itu.

Alangkah terkejutnya aku bila nampak Mino di depan pintu.

"Aw...Awak macam mana boleh tahu saya ad...ada kat sini ?". Tulah aku. Terkejut sikit je terus gagap.

Tanpa menjawab soalan aku, Mino memasuki bilik hotel itu. Topi yang dipegang di tangan sebentar tadi dicampak ke arah katil manakala tubuhnya didudukkan di sofa yang sedia ada.

"Kenapa datang sini ?", tanya aku.

"Suka hatilah saya nak datang", jawabnya sambil merenung aku.

"Memang suka hati awak, tapi ni bilik saya. Awak boleh keluar", kata aku tegas.

"Saya datang sejauh ni bukan untuk gaduh dengan awak, tapi nak selesaikan salah faham kita", jelasnya lalu berdiri di hadapan aku.

"Salah faham ? Ape yang salah faham ?", tanya aku sinis.

"Saya tahu awak marah saya sebab merokok", Mino mengaku.

"Maaf, tu bukan salah faham. Saya nampak dengan mata saya sendiri", jelas aku.

"Ya saya tau. Saya minta maaf", katanya lalu memegang tangan aku.

"Saya tak marah pon. Bagi saya masa", kata aku lalu melepaskan pegangannya.

Aku bergerak ke arah katil tanpa menunggu responnya. Aku baring di tilam dan aku menarik selimut ke paras leher aku.

"Saya nak tidur. Apa-apa kita bincang nanti", kata aku lalu baring mengiring ke kiri.

Sebenarnya aku tak ngantuk pon. Tapi dalam situasi ini, aku rase lebih baik aku tidur.

Aku dengar dia mengeluh.

Aku baring di katil sambil mata memandang siling putih itu. Kadang-kadang mata aku mencuri pandang Mino yang baring di sofa.

Selepas lebih 30 minit bergolek di tilam, aku akhirnya bangun dan duduk bersila di atas katil.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now