Part 51 💕

16 0 0
                                    

SKIP ⭐

Selepas 3 bulan.

Dalam masa 3 bulan ni, Jeno dah berjaya mengambil hati aku. Cuma aku tak nak mengaku yang aku pon ade perasaan yang sama terhadapnya.

Jeno mengajak aku ke kelab malam. Katanya dia tak pernah pegi kelab malam.

Aku pon setuju untuk berjumpa di tempat itu.

Veronica dan Julia menemani aku malam itu. Kami duduk di kerusi bar sementara menunggu ketibaan Jeno.

Lama kami duduk, akhirnya dia muncul juga.

"Sorry baby, terlambat. Jammed.". Suaranya kedengaran samar-samar dengan bunyi muzik yang kuat di kelab itu. Aku mengganguk.

"Dah pesan lum ?", tanya Jeno.

"Belum. Tunggu kau", kata aku.

Veronica membisik di telinga aku yang dia dan Julia nak pergi pikat lelaki lain. Aku cuma mengganguk. Kini, kami berdua bersendirian.

Jeno memesan minuman untuk kami.

Sementara menunggu pesanan air sampai, aku meminta diri ke tandas. Jeno ingin meneman aku, tetapi aku menghalangnya. Lagi-lagi ini tempat yang biasa untuk aku, aku selalu minum alkohol disini. Jadi aku tahu juga lah selok belok kelab ini.

Selepas selesai ape yang patut, aku kembali ke tempat tadi. Jeno sedang minum minumannya.

"Minum lah", kata Jeno.

Aku mengganguk dan mencapai gelas tersebut. Lantas aku menghabiskannya dalam satu teguk. Kenapa aku rasa dahaga lagi ?

Aku meminta Jeno pesan lagi minuman yang sama. Dan sama, aku menghabiskannya dalam satu teguk.

Eh kena rasuk hantu ape ni ?

Dulu aku minum 7-8 gelas pon tak mabuk, harini aku minum 2 gelas je terus kepala aku dah rasa berpinar.

"Sayang, aku gi tandas jap eh?", kata Jeno. Aku mengganguk membenarkannya.

Dah lebih sepuluh minit, Jeno tak sampai-sampai.

Dengan badan yang tak stabil itu, aku cuba berdiri dengan tangan memegang kerusi di situ.

Sebaik itu, aku mendengar bunyi siren kereta polis.

Dan beberapa pegawai polis mula kelilingi kelab malam itu.

Eh kenapa ade polis pulak ?

"Semua jangan lari. Berdiri di tempat masing-masing.", arah seorang pegawai polis itu.

Aku cuba berdiri stabil dan fahamkan situasi itu. Mata aku melilau mencari kelibatan Veronica, Julia dan Jeno.

Tiada.

Ape ? Tiada ?

Akhirnya, aku telah dibawa ke balai polis.

Ibu bapa aku telah dihubungi oleh pihak polis.

Tetapi selepas ibu bapa aku sampai, aku dengan senangnya di hantar ke rumah, mungkin kerana ayah aku seorang yang berpengaruh.

Ibu bapa aku dan aku duduk di sofa. Mabuk aku masih terasa lagi.

"Jina, omma tak faham kenapa Jina buat macam ni", kata omma.

"Omma, tolong percayakan Jina. Jina cuma mangsa keadaan. Jina mengaku memang Jina selalu minum di kelab itu tapi Jina tak tau apa-apa pasal dadah.", jelas aku.

Ya, minuman yang aku minum mempunyai dadah. Aku tak nak fikir puncanya, cuma aku nak ibu bapa aku percaya yang aku tak buat ape-ape.

Appa masih berdiam.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now