Part 58 💕

10 0 0
                                    

Selepas habis makan, kami menaiki kereta ke rumah aku. Sampai je di rumah, Mino memberhentikan keretanya.

Beberapa minit dan hanya sunyi yang menemani.

"Thanks sebab tolong saya tadi. Kalau awak takda, mesti saya dah lama naik angin tadi", jujur aku.

"Takpe, saya faham. Awak pon dah banyak bersabar. Dia selalu nak kacau awak je saya tengok.", kata Mino lalu tergelak perlahan.

Aku hanya senyum.

"Jina, kalau kita tunang ok tak ?", kata Mini tiba-tiba.

"Apa ?", terkejut aku. Suara aku sudah naik seoktaf.

"Saya tahu memang saya ajak awak bertunang tiba-tiba. Lagipun benda ni baru je saya terfikir. Saya dengar tuduhan Lucy terhadap awak. Saya tak nak bagi orang peluang cakap benda kurang baik pasal awak. Awak cakaplah keputusan awak. Kalau awak okay, saya akan bincang dengan ibubapa awak.", kata Mino.

Aku buntu. Kehilangan perkataan untuk bertutur.

"Saya faham keadaan awak. Awak fikirlah dulu. Saya boleh tunggu aw...",

"Kita bertunang.", balas aku.

"Betul ? Takpe, ambillah masa awak. Saya tak nak awak cepat-cepat buat keputusan. Fikir baik-baik dulu", kata Mino.

"Saya dah fikir dah. Kita bertunang.", senyum aku.

Aku faham niat Mino. Lagipun memang kitaorang akan kahwin jadi apa salahnya kalau tunang dulu.

Dua bulan selepas itu keluarga kami merancang untuk mengadakan upacara pertunangan.

Pada hari pertunangan, kami menjemput semua kenalan kami untuk menghadiri majlis kami.

Aku juga dapat berkenalan dengan saudara mara Mino. Mino tidak lupa mengenalkan aku kepada semua saudara dan kawannya yang hadir pada hari itu.

"Jina", laung seseorang.

"Mary, Nico, Suwa, datang juga korang", kata aku.

"Ni hadiah untuk kau dari kami bertiga", kata Nico.

"Terima kasih. Susah-susah je." balas aku sambil mengambil bungkusan yang diberi.

"Mino, mereka kawan sekolah menengah aku. Mary, Suwa dan Nico. Korang, yang ni tunang aku, Mino", aku memperkenalkan mereka sesame sendiri.

"Macam tak percaya kita semua dah ada hidup masing-masing. Dulu tak fikir apa-apa. Sekarang semua dah berubah. Kawan-kawan kita semua dah nak tunang. Minggu ini Jina, minggu depan Baekhyun pastu Zach. Bila lah aku nak tunang, jodoh pun takde.", bebel Suwa.

"Baekhyun dah nak tunang ?", terkeluar soalan gila dari mulut aku.

Semua pandang aku bergilir. Mino juga.

"Ye. Takkan kau tak tau ? Aku rasa dia tak sempat nak jemput kau lagi. Aku dengar pertunangan dia plan last minute. Mungkin dia akan jemput kau nanti.", jelas Mary.

Aku hanya mengganguk.

"Ok kitaorang gerak dulu. Ada hal lepas ini. Tahniah atas pertunangan korang.", kata mereka lalu lambai ke arah Jina.

Malam itu, aku mendapat pesanan teks daripada Baekhyun.

"Hello Jina. Harap awak sihat. Saya nak bagitau awak. Minggu depan, saya dan Lucy akan bertunang. Harap awak dapat datang.", pesan Baekhyun.

Jadi betul lah Baekhyun nak kahwin. Lama juga aku amik masa nak lupakan dia. Mino jaga aku dengan baik. Aku dah mula suka Mino.

Aku dah boleh lupakan dia. Lagi-lagi kami tak pernah serius pasal hubungan kami ini. Jodoh aku Mino dan jodoh dia pula Lucy. Aku dah boleh terima hakikatnya. Apa-apa pon aku kena doakan yang terbaik untuk dia. Aku harap Lucy dapat berubah lepas bertunang dengan Baekhyun.

Aku balas pesanan teks Baekhyun.

"Saya akan datang", balas aku.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now