Part 50 💕

31 2 2
                                    

Seminggu selepas itu 🌟

Jeno mengajak aku ke bumbung sekolah untuk berbual. Aku main setuju.

Masa rehat tu aku terus ke bumbung, dan aku tau dia akan ke kantin dulu sebelum ke bumbung.

Setiba di bumbung sekolah, aku mengeluarkan kotak rokok aku. Ye, aku rokok dulu.

Aku nyalakan puntung rokok itu dan mula merokok. Sedang aku giat merokok, Jeno muncul.

Dia berdiri di sebelah aku sambil melihat aku merokok.

"Nak juga", tanya Jeno. Aku terus memberinya rokok yang aku merokok itu.

"Tak kisah kongsi kan ?", kata aku.

Dia tersenyum lalu mengambil rokok dari tangan aku.

"Asal ajak aku ke sini ?", tanya aku.

"Nak bual dengan kau lah", kata Jeno sambil melepaskan asap rokok itu.

"Ingat aku ni takde keje lain ke ? Kau main ajak ak-",

"I love you", luahnya. Aku terus terdiam. Tak dapat aku habiskan ayat yang sedang aku tutur tadi.

"What ?", tanya aku terkejut.

"Aku pasti kau dengar ape aku cakap", katanya.

Aku lantas merampas rokok dari tangannya dan mula merokok.

Dah habis. Aku dengan geramnya membuang rokok itu ke bawah sebelum mengeluarkan batang rokok yang baru dari poket aku. Aku nyalakannya dan meletakkan rokok itu di antara bibir aku.

Jeno lantas mengambil rokok dari mulut aku dan kucup bibir aku. Oleh sebab terlalu terkejut dan marah, aku menamparnya.

"Aku dah agak dah. Mesti kau akan lempang aku.", kata Jeno dan dengan selambanya menghisap rokok yang dia rampasnya tadi.

Tu je reaksi dia ?

Bila nampak reaksinya yang bersahaja, aku mula menenangkan diri aku. Aku marah sangat tadi.

"Aku takde perasaan macam tu kat kau", jelas aku. Jarang aku bersabar dengan orang macam ni. Dengam Jeno aku tak boleh marah lama, aku pon tak tau kenapa.

Jeno melepaskan asap rokoknya lalu mengeluh berat.

Rokok yang dihisap tadi dibuang ke lantai dan dipijak.

Lama kami berdua berdiam.

Aku mula bersuara.

"Ok. Buat masa ni, memang aku takde perasaan kat kau. Jujurnya, hati aku memang tergerak untuk berkenal  dengan kau sebab kau berani. Tu je.", jujur aku.

"Ape pon aku tak akan putus asa dengan mudah. Kau masih tak berpunya, jadi aku ada peluang lagi. Aku akan cuba sedaya upaya untuk pikat kau, sebab aku ikhlas cintakan kau.", katanya.

Aku memandangnya sekilas dan mengganguk. Tu je aku mampu.

"Dah jom masuk kelas", ajak Jeno.

Kami berdua pon masuk ke kelas.

SKIP

Dua hari selepas itu di kantin pada waktu rehat⭐

Aku sedang makan sandwich yang baru dibeli tadi.

Selesai makan aku duduk termenung. Tiba-tiba, Veronica lari ke arah aku.
Aku terkejut tetapi lantas aku bangun.

"Kenapa ni, Nic ?",tanya aku.

"De-dekat b-belakang sekolah", gagapnya.

Veronica ade asthma. Memang dia akan tercungap-cungap lepas lari. Lagi-lagi dia nak sampaikan sesuatu sekarang ni. Memang payah.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now