Part 55 💕

18 0 0
                                    

Aku ke arah pelanggan yang dimaksudkan itu. Dua pelanggan perempuan.

"Miss, nak makan ape ?", tanya aku.

"Ehh Jina ? Buat apa kat sini ?", tanya salah satu dari pelanggan itu.

Dia kenal aku ?

Aku mengangkat muka.

Lucy.

"Saya keje kat sini.", balas aku.

"Siapa ni ?", tanya perempuan yang duduk di hadapan Lucy.

"Lia, ni lah yang I pernah cite kat you dulu. Dia ni yang nak kan Baekhyun tapi bila dapat Mino, terus dia tukar niat. Sebab Mino lagi kaya plus hot.", kata Lucy kepada kawannya.

"Eh awak salah faham lah. Saya tak.....,", kata-kata aku diputus olehnya.

"Takpe lah. Ape lagi you nak cakap, dah jelas sangat tu niat you.", kata Lucy.

"Awak nak makan ape ?", tanya aku. Malas nak layan otak cetek dia tu.

"Lia, you nak ape ? I belanja you harini.", tanya Lucy pada kawannya Lia.

Lama mengedik, akhirnya mereka pesan juga.

Makanan mereka dihidang oleh Lay sebab tak ramai pelanggan waktu itu.

Nasib aku tak yah tengok muka dia tu lagi.

Selepas lama bergelak tawa, Lucy memanggil aku.

"Ye nak ape ?", tanya aku.

"Nak bill lah ape lagi", kata Lucy kasar.

Aku ke kaunter dan membawa resit untuk diberi kepadanya.

"Your bill", aku menghulurkan resit itu.

Jumlahnya ialah $30.70

Lucy menghulurkan $50 dan aku memberi duit baki kepadanya.

"Eh takpe takpe. You boleh simpan. Anggap je I bagi duit ni untuk you.", kata Lucy.

"Sorry saya tak nak duit awak. Awak simpanlah ye.", kata aku lalu meletakkan duit bakinya di atas meja.

Aku mahu beredar tapi kata-kata Lucy membatalkan niat aku.

"Duit I, you tak nak. Tapi duit Mino mesti you hakis kan ?", kata Lucy.

"Hello, awak cari pasal sekarang ni kenapa ? Awak ada nampak ke saya gunakan duit dia ? Awak ade bukti ?, tanya aku.

"Alah nak bukti ape pulak untuk benda remeh ni ? Bukan dah jelas ke ? You terhegeh-hegeh dekat Baekhyun dulu, pastu bila dah jumpa Mino yang lagi kaya tu, you dah lepaskan Baekhyun. Apelah harta Baekhyun sangat kalau bandingkan dengan Mino kan ?", kata Lucy.

"Oh yeke ? Kalau macam tu awak dengan Baekhyun tu ape cerita ? Cinta terpaksa eh ? ", tanya aku.

"Eh, kalau I dengan Baekhyun kahwin, syarikat kami akan bergabung. Untung lima kali ganda tau. Ayah dia okay je bila my papa tanya nak kahwinkan kami. Mummy kitorng pon dah happy sangat.", mengaku juga dia akhirnya.

"Cinta sebab duit lah maksudnya", sinis aku.

"Berani you cakap macam tu ! ", kata Lucy lalu simbah air suam kat muka aku.

Nasib baik bukan air kopi ke teh tarik ke, nanti habis melekit satu badan aku.

"Kenapa ni ? Saya salah cakap ke ?", tanya aku.

"You tu yang gatalkan lelaki kaya nak cakap I gila duit pulak. Bodoh.", kata Lucy lalu ditarik Lia keluar dari kafe itu. Sempat Lia mengambil duit baki di meja tadi.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now