Part 19 💕

36 1 0
                                    

"Aunty tolong saya kupas bawang boleh ?", tanya aq.

"Boleh, Jina", jawabnya

Kami mula memasak dalam keadaan yang senyap. Tiba-tiba, aunty mula bersuara.

"Jina niy kawan Baekhyun ke ?", tanya aunty pada aq.

"Ha nae, aunty. Saya kawan Baekhyun. Mianhei, saya lupa nak bagitau tadi. ", kata aq.

"Ani, gwaenchana. Aunty tak tau pulak Baekhyun ada kawan yang baik awak ni.", puji aunty.

"Hahaha, aunty mana tau saya ni baik. Saya gangster tau. Saya suka gaduh dan buli kawan saya kat sekolah", kata aq dengan muka dibuat jahat.

Aunty Nara gelak terbahak-bahak. Dia tergelak ? Seboleh-bolehnya aq nak jadi jahat depan dia, dia boleh gelak pulak.

"Aunty kenapa gelak ?", tanya aq dengan muka yang tak faham.

"Awak tu kelakar lah dengan muka macam tu", katanya.

"Hahah yeke ? Baru nak prank aunty tadi", kata aq.

Akhirnya kami pon habis masak. Kami masak bibimbap je. Tu je aq pandai masak. Aq mula mengambil bekas makanan yang dibasuh oleh aunty tadi dan mengisinya dengan makanan untuk omma Baekhyun yang nak bertolak nanti.

Aq naik ke bilik Baekhyun untuk mandi. Aq berpeluh lepas masak tadi. Yelah jarang masak kan, kat rumah biasanya omma aq yang masak. Dah mcam bersenam pulak tengok aq berpeluh.

Selepas mandi, aq mengenakan sweatshirt oversized dan sweatpants. Baju macam tu je aq ade dalam beg aq. Yelah, sebab beg aq tu ade baju yang sesuai untuk dipakai di trip tu je.

Aq mula turun ke bawah selepas mandi. Aq pergi ke dapur dan lihat makanan sudah siap dihidang di meja makan. Mesti aunty yang buat.

"Jina, tolong aunty boleh ? Pegi ajak Baekhyun, Omma Baekhyun dengan kawan-kawan Jina untuk makan boleh ?", tiba-tiba aunty muncul dari dapur basah.

"Mesti boleh, aunty.", kata aq dengan riang lalu bergerak ke halaman rumah.

Aq mencari mereka di luar halaman. Mita, Baekhyun dan Kai sedang duduk di tepi kolam renang sambil kaki mereka berada di dalam air. Omma Baekhyun pula duduk di atas bangku yang terletak sedikit jauh dari kolam renang. Aq mula mendekati omma Baekhyun.

"Omma, jom pegi makan. Aunty dah siap hidang makanan. Dah nak pukul 7 dah. Omma nak kena bertolak kan ?", kata aq.

"Ha, nae. Omma kena bertolak pukul 8 nanti. Omma pegi dapur dulu, Jina ajak drng pon masuk eh ?", kata omma Baekhyun lalu berdiri untuk beredar ke dapur.

Aq menunduk hormat dan pergi ke arah kolam renang tu.

"Krng, jom gi makan. Omma dengan aunty suruh krng masuk", kata aq.

"Nae", jawab Kai dan Mita lalu bangun dari keadaan duduk. Mereka kemudian berjalan masuk ke arah rumah. Baekhyun mcam tak nak bangun je. Kenapa dengan dia niy ?

"Kau tak nak masuk ke ?", tanya aq kepada Baekhyun. Dia tidak membalas tetapi menghulurkan tangannya. Kenapa pulak ?

"Waeyo ? Nak apa ? Aq tak faham.", kata aq.

"Tarik lah aq bangun. Ni pon tak faham.", kata Baekhyun sambil mengeluh.

Ngada-ii pulak dia ni. Masa duduk tadi aq tak tolong pon. Niy masa nak bangun nak minta bantuan aq pulak.

"Bangun lah sendiri.", kata aq lalu memeluk tubuh.

"Cepatlah masuk, tak nak makan ke ?", jerit Kai dari dapur.

"Angkat aq cepat, drng dah nak makan tu", kata Baekhyun.

Aq mengeluh kasar dan mencapai tangannya dan tarik dia kuat. Tanpa aq sedar, aq tertarik tangan dia kuat sampai dia berdiri dekat dengan aq. Dekat tau. Dekat sangat.

Aq tak boleh nak angkat muka aq yang menunduk itu. Aq tak berani nak pandang muka dia sedekat itu. Aq cuba leraikan tangan aq yang setia memegang tangannya. Dia yang sedar akan tindakan aq itu, mula menjauhkan dirinya. Aq cuma tercegat di situ. Dia berjalan beberapa langkah ke arah rumah sebelum bercakap.

"Tak nak masuk ke ?", tanya nya.

"Ha, nae," kata aq yang baru sedar. Aq kemudian jalan merentasinya dan duduk di sebelah Kai. Baekhyun pula tiba di meja makan dengan senyuman yang sangat manis dan duduk di sebelah ommanya, hadapan aq. Kena sampuk ke apa laki ni senyum macam tu ?

"Aunty tak makan ke ?", tanya aq kepada aunty yang berdiri di sebelah Baekhyun menghidang makanan pada pinggan Baekhyun.

"Aniya, Jina. Aunty dah makan dah tadi. Jina makan dulu ya.", kata Aunty Nara.

"Nae", jawab aq lalu mula menjamu selera.

"Hey jap, kenapa aq rasa niy macam familiar ?", Mita tiba-tiba bersuara.
Aq hanya senyum.

"Sedapnya. Nara masak sedap lah. Tak pernah pon Nara masak bibimbap. Biasanya Nara masak memang sedap, tapi harini lagi sedap. Tak ada orng boleh lawan", puji Baekhyun dengan makanan penuh di mulut.

"Hahaha, ya. Nara masak memang sedap tapi hari ni Jina yang masak.", jawab aunty dengan ikhlas.

"Dah agak dah", kata Mita dengan muka selamba.

"Jina yang masak ? Wahh, daebak. Memang sedap. Untung suami Jina dapat makan masakan sedap Jina hari-hari.", kata omma Baekhyun lalu tersenyum.

"Ya, suami Jina memang bertuah. ", kata Kai dengan senyuman seribu satu makna.

Aq tengok semua dah senyum-senyum. Malu pulak aq. Bukan selalu kena puji tau. Biar lah aq kembang kejap. 😂😂

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now