Part 35 💕

48 3 0
                                    

"Malam ni kita gi pantai jom", ajak aq.

"Nae ? Pantai ? Awak larat ke ? Bukan awak tak sihat lagi ke ?", kata Mino.

"Yalah, malam nanti ok lah tu",gelak aq.

"Kalau macam tu ok. Nanti saya datang pick up awak", kata Mino.

"Dah gi balik dulu. Pukul 9 awak kena sampai kat rumah saya. Lambat seminit pon, saya akan merajuk dengan awak. Awak ade 3 jam lagi. The time starts now", kata aq apabila jam sudah menunjukkan masa tepat pukul 6.

Dia tersenyum.

"Dah jaga diri. Malam nanti kita jumpa", kata Mino lalu beredar ke pintu bilik aq. Dia melambai ke arah aq dan aq membalas lambaiannya.

Aq tertidur selepas itu.

Tepat 8:20, jam loceng aq berbunyi. Aq rasa lebih segar dan sihat lepas bangun. Aq ke bilik air untuk membersihkan diri. Lepas mandi, aq memilih baju sweater dan seluar sweatpant untuk dipakai.

Aq turun bawah selepas mengambil telefon bimbit. Aq duduk di sofa lalu memerhatikan jam dinding di rumah aq. Pukul 8:45 malam. Ada 15 minit lagi.

Aq menghidupkan televisyen dan mula menontonnya. Kartun Barbie sahaja yang menarik perhatian aq.

"Dah besar pon still layan Barbie ?", tanya seseorang dari belakang. Aq terkejut.

"Mino ? Macam mana awak boleh masuk ?", tanya aq keliru.

"Omma awak ada kat luar tu. Dia yang bukakan pintu.", aq menghela nafas lega.

"Boleh tahan lah. Awak sampai 10 minit awal.", kata aq.

"Can we move ?", tanyanya.

"Hah, nae jom", kata aq lalu kami pergi ke muka pintu. Aq membuka pintu rak kasut.

"Nak pakai apa eh ?", fikir aq.

"Pakai je lah apa-apa. Yang penting bukan kasut tumit tinggi. Nanti awak tak boleh jalan kat pasir.", katanya.

Aq memilih kasut berwarna hitam.

Aq duduk di kerusi berdekatan untuk memakai kasut. Mino bertindak cepat mengambil kasut dari tangan aq dan memakainya untuk aq. Aq tersenyum bahagia. Sedang dia melutut memakaikan kasut, omma datang dari pagar utama.

"Amboi sweetnya dia.", gurau omma. Dia cepat berdiri lepas itu. Dia menunduk hormat pada omma aq.

"Jaga dia baik-baik tau", kata omma.

Mino mengganguk sambil tersipu-sipu malu.

"Omma, kenapa omma cakap macam tu ? Dia tetamu kita omma. ", kata aq.

"Kita gerak dulu omma.", kata aq seraya memeluk omma aq.

"Nae, anyeong." katanya lalu melambai ke arah kami setelah kami sudah berada di dalam kereta.

"Sorry sebab omma saya cakap macam tu", kata aq. Mana tau dia salah faham ke ape.

Dia tersenyum. Lama berdiam diri, kami akhirnya sampai di pantai.

Aq lari ke pantai itu dan duduk di atas pasir. Aq memegang lutut aq erat. Dia pula duduk bersila di sisi aq.

Aq berdiam diri buat seketika. Dia pun tidak bersuara. Masing-masing layan perasaan sendiri.

"Awak perasan tak, ada lelaki yang datang jenguk saya petang tadi ?". Aq mula bersuara.

"Yang mana ?", tanyanya.

"Yang beli buah tangan tu", kata aq.

"Ya", kata Mino.

"Dia crush saya", kata aq.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now