Part 38 💕

51 2 0
                                    

Jam berbunyi pada pukul 7. Aku bangun dari tidur dan ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas membersihkan diri, aku turun ke bawah untuk makan sebelum mula buat assignment aku.

Aku terdengar beberapa suara yang aku kenal. Aku keliru. Aku mempercepatkan langkah aku dan lihat di meja ruang tamu aku.

Kai, Baekhyun dan Mita sedang berborak sambil buat assignment mereka.

Haah eh. Mita kan dah bagitau aku yang drng akan datang. Aku yang lupa.

Kai menyapa aku selepas aku dag berdiri di tangga terakhir. Aku melambai ke arahnya dan pergi ke dapur.

Aku duduk di meja makan dan membuka tudung saji yang setia menjaga makanan di bawahnya.

'Hmm semua sedap', hati aku bersuara.

Aku sedang khusyuk makan ketika omma datang ke dapur jenguk aku.

"Jina baru nak makan ?", tanya omma. Omma baru balik dari tempat kerjanya. Mungkin dia tak tau yang aku dah tertidur tadi.

"Nae omma. Tadi Jina tertidur lepas balik sekolah", jelas aku pada omma.

"Tadi Aunty kata Jina balik sedikit lambat dari sekolah. Jina pegi luar ke ?", tanya omma. Aunty Sofea ialah penjaga rumah kami. Aunty akan masak dan membersihkan rumah kami. Kami anggap dia sebagai salah seorang ahli keluarga kami sebab Aunty dah lama tinggal dengan kami.

"Ha, nae omma. Jina pegi makan dengan Mino dan Kino", jujur aku. Aku takkan rahsiakan apa-apa daripada omma. Walaupun omma selalu sibuk berkerja, kami tetap akan mencari masa untuk meluangkan bersama.

"Wah, first day dating pon dah keluar makan ya ?", gelak omma.

"Aniya omma. Mino kata nak kena bagitau Kino pasal hubungan kami, tu yang kami pegi makan", kata aku sambil mengunyah makanan.

"Jina tak join drng ke ? Kan Kai dengan Baekhyun datang buat assignment.", kata omma.

"Nae", kata aku sambil menguis makanan aku.

"Omma faham Jina. Mesti Jina kekok dengan Baekhyun. Tapi takpelah, Baekhyun tetap kawan baik Jina.", kata omma. Aku mengganguk.

"Dah, lepas makan pegi duduk dengan drng. Omma nak mandi ni", kata omma sebaik bangun dari kerusi.

Aku mengganguk dan mula sambung makan.

Selepas mencuci pinggan, aku ke meja di ruang tamu itu. Walaupun kekok, aku tetap pegi sebab omma suruh.

Aku melabuhkan punggung di hadapan Kai yang duduk di sebelah Mita. Baekhyun duduk di tepi aku, di hujung meja.

"Dah busy nampak. Sekarang dah jarang dah lepak dengan kitrng", kata Kai.

"Takde lah mana ada.", senyum aku.

"Kenapa tak bawa assignment kau ? Boleh lah kita buat sekali.", kata Mita.

"Takpelah nanti aku buat", kata aku.

"Mita, drng dah minum apa-apa ke ?", tanya aku pada Mita. Aku tau dia akan lupa hidangkan minuman sebab drng sibuk buat kerja sekolah mereka.

"Aku lupa lah", kata Mita sebaik tepuk dahinya sendiri.

"Takpe aku akan suruh Aunty bawakan", kata aku.

Aku letakkan handphone aku di meja itu lalu beredar ke dapur.

Aunty Sofea sedang berkerja di dapur basah.

"Aunty busy ke ?", tanya aku pada Aunty.

"Eh takdelah. Aunty tengah lap je ni. Jina nak apa ?", tanya Aunty.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now