Part 45 💕

25 2 6
                                    

"Best pulak dating dengan you macam ni". Aku mula bersuara.

Mino hanya tersenyum.

"Saya ada benda nak bagitau kat awak", kata Mino.

"Apa dia ? Cakap lah", kata aku dengan senyuman di muka aku.

"Awak tak tahu pasal latar belakang saya kan ? Jadi saya nak bagitau awak.", jujur Mino.

"Cerita lah", kata aku.

"Omma saya meninggal masa saya 10 tahun. She had a cancer, lung cancer.", jelas Mino.

Aku pandang matanya. Aku nampak kesedihannya di matanya.

Aku mengambil tangan aku dan mengenggam tangannya erat dengan harapan dia tahu aku akan sentiasa ada untuknya.

"Sejak tu, appa dah pegi overseas untuk cari duit untuk kami. Keluarga saya kaya lah juga sebab ayah saya is a vice chairman of a hospital in United States.", kata Mino.

"A hospital's vice chairman ?", tanya aku dengan suara yang tinggi. Terkejut tu.

"Yes, Errr you know The Johns Hopkins ?", tanya Mino.

"Gila tak kenal. It's a famous hospital in US kot.", balas aku.

"Wow, patutlah rumah you tu besar gila. ", sambung aku lagi dengan suara yang naik seoktaf.

"Aduh awak ni. Sakit telinga saya tau", katanya.

Aku tergelak.

"Okay. So here comes the sad part. Sebab appa saya orang penting kat hospital tu, dia memang tak pernah balik sini. Sejak dia tinggalkan kami, 2 kali je dia pernah datang jenguk kami di sini. Kebanyakkan masanya kami yang akan pergi melihatnya.", sedih Mino.

Dia memandang aku dengan senyuman palsunya.

Aku mengeratkan lagi pegangan tangan aku.

"Duit tu setiap bulan kami dapat, malah 10 kali lebih banyak lagi dari keperluan kami. Tapi tulah, bukan duit je yang kami perlukan. Kasih sayang tu lebih penting kan?", jelasnya.

Aku mengganguk.

"Sebab tu saya jaga Kino baik-baik. Saya tau dia pon dahagakan kasih sayang appa dan ommanya.", katanya.

"Awak jangan risau lah. Sekarang kan saya dah ada. Boleh lah kita curahkan kasih sayang pada satu sama lain.", senyum aku.

"Awak ni buat hati saya berdebar lah. Kalau saya sakit jantung awak punca tau", kata Mino lalu gelak.

Aku pukul tangannya perlahan.

"Jangan cakap macam tu lah awak ni", kata aku. Dia mengganguk.

Masing-masing tidak bersuara untuk seketika.

"Awak ada ex tak ?", tanya aku.

Aduh mulut aku ni tempah masalah lah. Boleh pulak aku tanya soalan macam tu.

Mino hanya tersenyum.

"Awak rase ?", tanyanya sambil merenung anak mata aku.

"Hmmm ade....tkde. Tak tahu lah. Takpe awak tak payah jawab. Lupakan je", kata aku.

Mino ingin bersuara tetapi aku lantas memotongnya.

"Kita balik jom. Saya lapar.", kata aku lalu menariknya bangun.

Dia sekali lagi tersenyum dan bangun. Dia menggulung tikar dan meletakkannya di but kereta.

Setelah menaiki kereta, dia tanya aku tentang restoran yang ingin aku makan. Aku memberitahunya yang aku bagi dia pilih. Dia mengganguk dan fokus memandu.

Kereta berhenti di sebuah restoran. Aku segera keluar daripada kereta dan Mino mengikuti di samping aku.

"Duduk sana jom", ajak aku.

Kami duduk dan memesan makanan.

"Pastu, exam semua dah nak datang. Awak dah bersedia ke ?", tanya Mino.

"Hmmm. Otw", tu je jawapan aku.

Dia tergelak, aku pun terikut.

"Yang awak tanya orang tu, awak dah bersedia ke ?", tanya aku.

"Tak", gelaknya lagi.

"Yelah budak pandai belajar last-last minit pon A dalam tangan", gurau aku.

"Alah awak pon sama. Kino pernah bagitau.", kata Mino.

"Yelah abang adik ni mana reti simpan rahsia. Bocor merata tempat adalah", gurau aku.

"Ha ape lagi awak tau ?", tanya aku.

"Tu je yang Kino bagitau. Tapi saya tahu lagi. Macam yang awak kata saya comel masa tidur, pastu awak puji bibir saya cantik. Yang tu semua saya tahu lah", katanya.

"Ma...macam mana awak tahu ?", tanya aku pelik.

"Awak memang selalu gagap ke ?", tanya Mino tenang.

"Jawab saya dulu", kata aku.

"Memang waktu tu saya dah terbangun awak puji saya mestilah saya dengar.", kata Mino.

"Curi dengar lah tu.", gumam aku perlahan.

"Curi dengar apenya ? Memang awak bagi tau saya kan ?", tanya Mino.

"Dah dah awak menang. Puas ?", kata aku.

Dia tergelak.

Makan dihidangkan kepada kami oleh pelayan muda di kedai itu.

Makanan dijamah dengan masing-masing tidak bersuara.

"Jom, saya hantar awak balik", kata Mino setelah dia membayar bil makanan kami.

Kami masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan ke rumah aku. Itu yang aku sangka sampai Mino bersuara.

"Jina, sebelum hantar awak balik kita singgah rumah saya kejap boleh ?", tanya Mino.

"Ohh boleh je", kata aku.

"Bukan ape, saya nak kena pegi rumah kawan saya lepas tu. Rumah dia tak jauh dari rumah awak. So, saya nak mandi dan singgah amik barang kat rumah saya jap. Boleh tak ?", tanya Mino lagi.

"Boleh je", kata aku dengan tenang.

Tak lama kemudian, kami sampai di rumahnya. Aku memberitahunya yang aku akan tunggu di dalam kereta sahaja. Dia kata dia mungkin akan lambat sikit kerana dia nak mandi.

Aku kata aku tak kisah kalau dia lambat. Dia juga bagitau yang aku sentiasa boleh masuk rumahnya bila aku nak.

Aku hanya tersenyum.

Untuk membuangkan masa, aku mengeluarkan telefon dari kocek dan mula bermain game.

Baru sahaja aku menang game yang aku main, seseorang mengetuk cermin kereta Mino itu. Aku terkejut dan lantas menoleh.

Aku mengeluh dan turun dari kereta. Itu Kino. Macam mana aku boleh lupa dia ada dalam rumah ni.

"Noona buat ape kat sini ?", tanya Kino.

"Noona ikut hyung awak tadi. Hyung awak kata nak singgah rumah jap. So, saya tunggulah dalam kereta.", jelas aku.

"Kenapa noona tak masuk ? Noona tak nak jenguk saya ke ?", tanya Kino kecewa.

"Maaf Kino. Sebenarnya, noona lupa Kino ade kat dalam tu.", kata aku.

"Hahaha lawak lah noona ni. Boleh pulak lupa kewujudan saya ye ?", gelak Kino.

Aku ingatkan dia akan tersinggung. Nasib baik tak.

"Jom lah masuk dalam noona", ajak Kino.

"Eh takpe lah. Noona tunggu luar je", kata aku.

"Masuk lah noona. Hyung baru pegi mandi tadi. Mesti amik masa.", kata Kino.

Nampaknya Kino bukan senang orangnya. Mino cool je bila aku tak nak masuk. Dia pulak main paksa.

Aku masih berfikir.

Tidak menunggu keputusan aku, Kino terus menarik tangan aku masuk.

Main tarik-tarik pulak dah.

Aku hanya menurutinya.

[Completed] Love ❤Where stories live. Discover now