bab 1

7.9K 136 2
                                    

Daniel Arman memerhatikan gerak laku wanita dihadapannya dengan ekor mata. Gerak laku wanita itu yang tenang menyebabkan dia hairan dan pelik. Benarkah selama lima tahun ini wanita itu sudah tidak ingat lagi kepadanya. Kalau benar bermakna mudah benar wanita itu melupakan dia.

Penampilan baru Nayli Imanina memukau pandangan mata Daniel Arman. Nayli Imanina sudah jauh berubah dari awal perkenalan mereka dahulu. Kalau dulu Nayli Imanina hanya berwajah gadis kampung yang polos, tapi kini wajahnya tampak moden dengan penampilan ringkas dihiasi solekan nipis pada wajahnya. Nayli Imanina nampak lebih cantik daripada awal dahulu. Itu kata hati Daniel Arman.

Daniel Arman bangun dari duduk, semua tetamu yang ditunggu telah pun berada dalam bilik mesyuarat itu dan semua pegawai kanan dari kedua-dua syarikat telahpun memenuhkan semua kerusi yang kosong. Daniel Arman turut berlagak tenang. Berpura-pura baru berkenalan dengan delegasi dari rakan niaga baru syarikatnya. Dalam situasi begitu dia lebih bersikap profesional. Tidak mahu mencampur adukkan hal-hal peribadi dengan kerjaya. Memang itu prinsip yang dipegang sejak dia diberi kepercayaan untuk meneruskan legasi perniagaan bapanya, Datuk Zainudin.

“Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada wakil delegasi dari pihak Datuk Mohd Som. Nama saya Daniel Arman, General Manager DZ Mall Sdn Bhd. Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan pertemuan kita pada kali ini adalah untuk membincangkan tentang perihal penggabungan DZ Mall Sdn Bhd dengan MS Mall Sdn Bhd. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Manager MS Mall Sdn Bhd, En. Zachary Datuk Mohd Som kerana mengaturkan perjumpaan kita pada hari ini. Selaku pemegang syer terbesar kepada grand project ini, saya amat berterima kasih kepada En. Zachary kerana memberi kesempatan kepada pihak kami untuk mengendalikan mesyuarat kali ini.

Mulai hari ini, DZ Mall dan MS Mall akan bersatu menjadi sebuah mall yang akan beroperasi dibawah satu pentadbiran yang sama. Seperti perbincangan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan kedua-dua mallsebelum ini, pihak pengurusan telahpun mencapai kata sepakat untuk menyatukan dua mall ini menjadi satumall bagi mempertingkatkan lagi keuntungan kedua-dua syarikat. Penyatuan mall ini juga pada dasarnya merupakan idea asal pengasas kedua-dua mall ini iaitu Datuk Zanudin dan juga Datuk Mohd Som.

Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah bagi memaklumkan keputusan yang telah dicapai oleh pihak pengurusan tentang penggabungan syarikat kepada semua pihak pengurusan dari kedua-dua syarikat yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan. Mulai hari ini, mall kita akan dikenali sebagaiDZMS MALL. Semoga penyatuan ini akan membawa lebih keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Lastly, I hope that all of us can work as one big team yang boleh memberi kerjasama diantara satu dengan yang lain. Selamat berkerjasama.”

Daniel Arman duduk semula selepas para hadirin memberikan tepukan gemuruh di atas berita baru yang disampaikan. Sememangnya kesemua yang hadir sudah sedia maklum akan penggabungan dua syarikat tersebut cuma perjumpaan yang diadakan itu bertujuan untuk memaklumkan secara rasmi kepada semua pegawai kanan kedua-dua syarikat.

Nayli Imanina mencatat semua yang perlu selaku setiausaha kepada Encik Zachary. Dia sememangnya sudah sedia maklum dengan penggabungan tersebut cuma yang dia tidak tahu, syarikat Encik Zachary akan bergabung dengan syarikat Daniel Arman. Baru dia ingat dia sudah lari jauh dari Daniel Arman tetapi pertemuan semula itu membuatkan dia rasa dunia ini terlalu kecil. Tidak disangka selama lima tahun dia menghilangkan diri, dia masih bertemu dengan lelaki itu.

“Dah siap?” Suara Encik Zachary mengejutkan Nina daripada lamunannya. Nina menoktahkan catatan ringkasnya pada buku nota.

“Dah.” Nina memasukkan buku notanya ke dalam beg bimbit hitam yang selalu dibawa setiap kali mengikut Encik Zachary keluar dari pejabat.

“Jom lunch.” Pelawa Encik Zachary.

“Saya kenyang lagi Encik Zach.”Nina cuba beralasan, walhal dia tidak selesa setiap kali Zachary mengajaknya keluar makan. Bagi dia urusannya dengan Encik Zachary hanya berdasarkan kerja semata-mata.

“Alasan you je tu, jom lah, I yang belanja, lagipun you naik kereta I tadi, I nak pergi makan dulu, you kenala ikut.” Zachary berjalan mendahului. Memang dia masak dengan perangai Nina yang sering mengelak dari makan bersamanya. Kadangkala dia sendiri pelik kenapa Nina seringkali sukar untuk didampingi. Walhal dirinya sering menjadi buruan ramai gadis.

Nina tiada pilihan, dia membuntuti Zachary dari belakang. Sudah setahun dia bekerja untuk Encik Zachary, dia sudah masak dengan perangai Encik Zachary. Selaku orang bawahan dia tidak mampu untuk melawan.

“Nak ke mana?” Tiba-tiba Daniel Arman bersuara dari belakang.

Zachary dan Nina berpaling ke arah pemilik suara. Untuk sementara waktu, mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak mata. Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.

“lunch, come and join us.” Pelawa Zachary.

“I’m Daniel Arman, selamat berkenalan, tadi tak sempat nak berkenalan.” Arman menghulurkan tangan tanda perkenalan kali pertama dengan Zachary.

“I’m Zachary, just call me Zach, and this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina.”Seloroh Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.

“Nak lunch, I know a good place.”Kata Daniel Arman lagi.

“Really?, lets go then, tapi kali ni it’s going to be your treat.” Kata Zachary lagi. Dia memang mudah mesra.

“No problem.”Daniel Arman tersenyum mesra.

Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya menuruti dari belakang. Cuba bersikap setenang yang mungkin.

Tbc
P/s:citer ni dulu kat tv3 sape yang nak imbas kembali meh bace meh...
Citer nie boleh jgklah dikatakan plagiat sbb ade amik scene kat tv

BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now