bab 17

3.3K 98 11
                                    

ly semua rakan enjoy dengan entry kali ni. lagi kisah El Nina.dah macam taufan punya nama pula El Nina... :) Enjoy...

BAB 17


Zachary menghampiri Nina dari belakang semasa Nina sedang leka memfotokopi beberapa dokumen. Ada perkara yang ingin dibincangkan bersama Nina dan ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada wanita itu.

            “Hai.” Ucap Zachary apabila dia berdiri dihadapan Nina. Kemeja Poloberwarna ungu yang dipadankan denganneck tie dari rona sama yang tersemat kemas di tubuhnya menyerlahkan lagi kekacakkan wajahnya. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluarslack berwarna hitam.

            “Encik Zach, baru sampai?” Soal Nina, tangannya lincah membuat fotokopi beberapa dokumen buyer.

            “Dalam setengah jam lepas, prihatin juga you kat I kan. You tak rindu ke lama tak jumpa I?” Soal Zachary dalam senyum sebaris. Wajah Nina ditenung lama. Terasa rindu ingin menatap seraut wajah lembut Nina setelah beberapa hari dia outstation.

            “Ada apa hal Encik Zachary cari saya?” Soal Nina terus terang. Tentu ada sesuatu yang Zachary inginkan darinya sehingga mencarinya di situ.

            “I rindu kat you la.” Sambung Zachary.

            “Encik Zach ada nak saya tolong apa-apa?, lepas fotostat semua ni boleh saya tolong.” Kata Nina tanpa membalas kata-kata Zachary sebentar tadi.

            Zachary mengeluh mendengar bicara Nina. memang Nina tidak pernah serius bila dia membangkitkan soal hati dan perasaannya.

            “Saya nak ajak Nina lunch, ada benda saya nak bincangkan dengan Nina.” Ucap Zachary serius.

            “Tengahari ni saya tak keluar la Encik Zach, ada kerja nak siapkan sikit.” Dalih Nina. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memberikan harapan kepada Zachary.

            “Saya bukan ajak suka-suka. Ada benda yang nak bincangkan dengan Nina.”Luah Zachary. Memang dia sudah masak dengan sikap Nina yang suka mengelak darinya.

            “Hal apa?, tak boleh bincang katoffice je?.” Soal Nina lagi.

            “Semua staff minta saya bincang dengan Nina, nak buat surprise partyuntuk birthday  Encik Arman Sabtu minggu depan. Saya nak bincang dengan Nina tentang perjalanan majlis tu nanti dan nak pilih tempat kat mana nak buatbirthday party tu.” Sambung Zachary.

            “Bila Encik Zach nak keluar?” Soal Nina kembali.

            “lunch hour la, kalau boleh mintak kebenaran dari Arman untuk balik officelambat sikit. Saya nak bincang pasal nak beli hadiah birthday dia sekali.” Kata Zachary lagi.

            “Baiklah, nanti saya jumpa Encik Arman, minta kebenaran keluar.”Sahut Nina.




Nina melangkah masuk ke dalam bilik Daniel Arman apabila mendapat kebenaran dari lelaki itu setelah pintu biliknya diketuk Nina beberapa minit yang lalu. Daniel Arman yang sedang duduk-duduk santai selepas menyemak beberapa dokumen di atas mejanya memberi tumpuan kepada Nina yang sedang berjalan menghampiri mejanya. Susuk tubuh Nina diperhatikan dari kerusi duduknya.

            Nina kelihatan anggun apabila mengenakan kemeja berwarna merah jambu dengan corak bunga berwarna merah hati dan dipadankan dengan skirt labuh juga berwarna merah hati bersama tudung dari rona warna yang sama. Nina yang dikenali kini sangat berbeza dengan Nina lima tahun dahulu. Nina sekarang nampak lebih matang, berkeyakinan dan sudah pandai berfesyen. Itu pendapat Daniel Arman dari pemerhatiannya terhadap perwatakan baru Nina.

BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now