bab 23

2.9K 73 0
                                    

Datuk Zainudin membuang pandang ke arah kolam renang dihadapannya. Sudah lima belas minit dia menunggu di situ namun bayang-bayang Tan Sri Mahzan masih belum kelihatan. Semasa dia datang tadi pun, dia hanya disambut oleh salah seorang pembantu rumah Tan Sri Mahzan yang berbangsa Indonesia. Dia cuma diberitahu untuk menunggu Tan Sri Mahzan disitu.

            Datuk Zainudin memerhatikan riak air yang tenang sambil mengelamun jauh. Tentu ada hal penting yang ingin dibincangkan oleh Tan Sri Mahzan sehingga menjemputnya ke situ. Jarang-jarang sekali dia berpeluang untuk bertemu lelaki itu. Selalunya Tan  Sri Mahzan seringkali sibuk dengan jadualnya yang padat.

            “Dah lama sampai?” Suara Tan Sri Mahzan mengejutkan Datuk Zainudin dari lamunannya.

            “Dalam dua puluh minit.” Jawab Datuk Zainudin sejurus memeriksa waktu pada jam tangannya.

            “Maaflah buatkan Datuk menunggu.” Kata Tan Sri Mahzan seraya mengambil tempat berhadapan Datuk Zainudin di kerusi yang dibina khas di tepi kolam renang itu.

            “Baru sekejap tunggu Tan Sri, tiada masalah bagi saya.”Kata Datuk Zainudin lagi. Sengaja dia lembutkan kata-katanya walhal dia pun kurang selesa kerana terpaksa menunggu lama.

            “Ada hal saya nak bincangkan dengan Datuk ni.” Kata Tan Sri Mahzan lagi. Terus pada maksudnya.

            “Hal apa?” Soal Datuk Zainudin hairan.

            “Hal anak-anak kita la.” Jawab Tan Sri Mahzan kembali.

            “Maksud Tan Sri pasal El dengan Azzura?” Soal Datuk Zainudin lagi.

            Tan Sri Mahzan hanya mengangguk.

            “Malu pula saya nak utarakan hal ni pada Datuk.” Sambung Tan Sri Mahzan.

            Datuk Zainudin hanya menjadi pendengar. Dia tidak mahu menyampuk, membiarkan Tan Sri Mahzan memberitahu sendiri tujuan dia dijemput bertandang ke situ.

            “Azzura tu dah selalu sangat desak saya cepatkan majlis dengan El, katanya kalau tak nak kahwin dulu pun takpe, asalkan ikat tali pertunangan dulu. Sebab tu lah saya jemput Datuk datang hari ni, kalau boleh nak berbincang dengan Datuk. Boleh kita capai kata sepakat untuk diaorang.” Terang Tan Sri Mahzan.

            “Oh..pasal tu, ingatkan hal apa tadi. Saya ni takde masalah, kalau budak-budak tu dah suka, terpulanglah. El tu pun bukannya muda lagi, dah masuk 30 tahun ni, saya pun harap dia cepat-cepat kahwin dengan anak Tan Sri. Memang saya pun dah lama terfikirkan hal ni, cuma tak berani pula nak suarakan pada Tan Sri, maklumlah, saya ni pipit. Manalah layak nak berganding dengan helang macam Tan Sri.” Sahut Datuk Zainudin dalam nada merendah diri. Sengaja dia berkata begitu walhal dalam hatinya sudah berbunga riang. Pucuk dicita,ulam mendatang. Memang sudah lama dia menantikan saat itu.

            Tan Sri Mahzan bukannya calang-calang orang. Pengaruhnya kuat. Menjalinkan ikatan dengan Tan Sri Mahzan umpama terjun ke lubuk emas. Memang sejak dulu lagi dia impikan perkara itu terjadi.

            “Saya rasa malu pula terpaksa suarakan hasrat saya ni, terasa macam perigi cari timba pula.” Ucap Tan Sri Mahzan lagi, terasa rendah diri bila dia yang mula membicarakan hal itu. Jika tidak didesak oleh anak manjanya itu, pasti dia tidak akan menyatakan hasrat itu kepada Datuk Zainudin, pastinya dia akan menanti pihak Datuk Zainudin yang memulakan dahulu.

BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now