bab 19

2.4K 70 0
                                    

Zachary menghampiri tempat Nina sedang duduk dengan membawa dulang berisi makanan dikedua-dua tangannya. Usai mencari hadiah untuk majlis harijadi Daniel Arman tadi, dia mengajak Nina ke food court itu untuk makan tengahari. Dia mendesak bila mana Nina menolak.

Dia kemudiannya melabuhkan punggung dihadapan Nina lalu meletakkan dulang tersebut dan mengeluarkan isi dulang. Dulang yang kosong kemudiannya di sorong ke meja sebelah yang tidak berpenghuni.

“Here’s your mee udang.” Kata Zachary lembut seraya menolak mangkuk mee udang yang dipesan Nina sebentar tadi.

Nina hanya mengucapkan terima kasih.

Mereka kemudiannya makan tanpa mengeluarkan sebarang bicara. Zachary sendiri tidak berminat memulakan kata-kata bila dilihatnya Nina dingin sepanjang mereka keluar tadi. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mendekati Nina. Sepanjang mengenali Nina begitulah diri Nina. Terlalu menyimpan rasa hati jauh di lubuk yang paling dalam. Terlalu payah untuk mengenali Nina hanya dengan perwatakan luaran gadis itu. Terlalu sukar untuk dia mnegorek rahsia hati Nina.

Usai mereka makan tengahari. Nina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

“Encik Zach, maafkan saya, saya tak dapat nak terima ni.” Kata Nina seraya menghulur kotak merah bersalut baldu. Kotak itu masih elok dan Nina memang sudah tahu isinya walaupun dia tidak pernah membukanya. Dia tidak mahu kotak itu berada lama disimpanannya. Hasrat Zachary itu memang sudah terang lagi bersuluh namun dia tidak berupaya untuk menunaikan kehendak lelaki itu. Menyimpan lama kotak itu hanya akan membuatkan Zachary lebih menaruh harapan padanya.

“Nina dah fikirkan?” Soal Zachary dalam nada kecewa. Dia masih belum menyambut kotak kecil itu dari tangan Nina.

Nina hanya mengangguk. Dia kemudiannya bersuara.

“Maafkan saya, Encik Zachary layak dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya. Saya bukan calon sempurna. Banyak tentang saya yang Encik Zachary tak tahu.”

Zachary mengeluh nafas.

“Kan saya dah pernah cakap dulu, saya tak kisah dengan status Nina.” Ucap Zachary lagi. Pantas jari jemari Nina diraih kedalam jemarinya.

“Maafkan saya, saya tak boleh.” Ucap Nina lagi. Tangannya yang berada digenggaman Zachary cuba ditarik namun lebih kuat dia menarik, lebih kuat pula Zachary mengenggam. Dia tidak pernah menyangka Zachary senekad itu. Kalau dia tahu, dari awal lagi dia sudah mengelak dari lelaki itu. Tidak mungkin dia menerima lamaran Zachary pada masa dia masih lagi isteri kepada Daniel Arman. Namun untuk menzahirkan apa yang bermain dihatinya saat itu, tidak mungkin. Biarlah rahsia itu kekal rahsia. Biarlah kisah dia dan Daniel Arman disimpan dalam hatinya sahaja. Tidak mungkin akan diceritakan pada Zachary kerana hal itu terlalu peribadi baginya.

“Kalau macam tu kata Nina, Nina simpan sahaja cincin tu, anggap sebagai hadiah saya untuk persahabatan kita. Saya pun tak mahu memaksa Nina. Kalau Nina masih tak boleh let go masa lalu Nina, saya pun tak mampu nak buat apa-apa. Tapi saya harap lambat laun, Nina boleh terima saya kerana saya ikhlas nak peristerikan Nina. Sometimes we have to let go the past, untuk beri ruang kepada masa depan kita. Just don’t let it holds you back.”Kata Zachary lagi. Tangan Nina dilepas perlahan-lahan. Sungguh kala itu dia kehilangan ikhtiar untuk meraih cinta Nina lagi. Namun untuk berputus asa dia rasa belum tiba waktunya.

“Shall we go now?” Soal Zachary lembut bila dilihatnya Nina masih membisu seribu bahasa. Dia tidak faham dengan sikap berdiam diri Nina. Jika Nina masih memerlukan ruang untuk memikirnya, dia tiada pilihan melainkan menurut sahaja rentak Nina.

Dalam perasaan yang berbaur Nina turut bangun bila Zachary bangun berjalan mendahului. Dia buntu dengan semua yang berlaku kepadanya. Terasa terlalu rumit kehidupannya selepas bertemu semula dengan Daniel Arman. Dia tidak pernah menyangka Zachary turut mengharapkannya. Tidak pernah sekali-kali menyangka dia akan tersepit dalam simpulan hati dan perasaan yang benar-benar mengelirukan begitu.



Sedang di satu sudut lain food court itu, Daniel Arman duduk menyandar di kerusi. Seleranya mati tiba-tiba apabila matanya menangkap kelibat Nina dan Zachary sebentar tadi. Nafasnya ditarik dalam dan kemudian dilepas lambat-lambat. Sungguh hatinya panas melihat kelibat kedua-duanya disitu. Terasa dayus benar dirinya bila Nina keluar berdua-duaan dengan Zachary. Bukankah suatu waktu dahulu dia pernah mengingatkan Nina, berdosa bagi isteri yang keluar tanpa izin suami, tambahan lagi keluar berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim begitu.

            Daniel Arman melurut perlahan rambutnya. Dia keliru, buntu dan serabut memikirkan hal Nina. Sudah puas dia menzahirkan rasa hatinya kepada Nina, mungkin tidak secara terus terang. Tetapi melalui perlakuannya, sudah dia pamirkan pada Nina. Atau Nina masih tidak faham dengan isyarat yang dia berikan selama ini. Tidak cukupkah layanan mesranya kepada Nina. Kalau Nina masih ragu-ragu mengapa gadis itu tidak pernah meminta penjelasan darinya.

            Apabila difikir semula, tidak mungkin Nina masih keliru sedang dia pernah jelaskan pada Nina dahulu, dia akan tunggu sehingga Nina benar-benar bersedia menerimanya. Kalaupun benar Nina menganggap dirinya tidak diperlukan olehnya, sudah tentulah lama dahulu dia sudah menceraikan Nina. Kalau dulu mungkin niatnya dihalang oleh Datuk Zainudin tetapi kini Daniel Arman sudah cukup dewasa untuk menentukan sendiri hidupnya. Masakan Nina masih tidak nampak semua itu.

            Makanan di atas meja dibiarkan sejuk tidak bersentuh. Hatinya turut beku saat melihat Zachary memegang erat tangan Nina. Kalau dulu dia masih boleh bersabar dengan apa yang dia nampak, tapi kini dia sendiri tidak pasti. Kalau Nina masih berterusan begitu, Daniel Arman bimbang. Bimbang jika kesabarannya menipis. Dia hanya manusia biasa. Walaupun dikurniakan akal untuk berfikir, kadangkala hatinya tidak dapat lari dari berperasaan negatif, dari sangkaan buruk. Tambahan lagi Nina terlalu sukar untuk dia dekati. Seperti kata-kata Zachary suatu masa dulu. Nina hanya jinak-jinak merpati, bila mendekat dia akan lari.

            Daniel Arman meraup lembut wajahnya, saat itu dia tidak dapat lari dari berfikiran negatif. Dia mula mempersoalkan kejujuran Nina. Betulkan Nina benar-benar naïf seperti yang dilihatnya ataupun semua itu hanya lakonan Nina semata-mata. Lakonan yang hanya ingin mengaburi mata yang melihat. Daniel Arman tidak pasti, tapi satu perkara yang dia pasti, Nayli Imanina yang dikenali itu terlalu sukar untuk difahami, terlalu jauh untuk digapai dan terlalu kabur untuk dibaca. Sejujurnya dia sendiri tidak mengenali siapa sebenarnya Nina.



“Ada keluar ke mana-mana semalam?” Soal Daniel Arman apabila Nina berdiri betul-betul dihadapannya.

            Sementara Nina serba salah untuk menjawab. Memang dia ada keluar dengan Zachary semalam tetapi dia keluar kerana hendak mencari hadiah Daniel Arman, tiada tujuan dan niat lain. Pada mulanya memang dia enggan menerima perlawaan Zachary untuk keluar mencari hadiah bersama tetapi Zachary terus mendesak, menyebabkan dia rimas hendak menanggapi sikap Zachary yang satu itu.

            “Nina, I’m waiting..” Sambung Daniel Arman apabila dilihatnya Nina masih mendiamkan diri.

            “Saya keluar dengan Zachary.” Ucap Nina lambat-lambat. Sukar rasanya untuk dia berterus terang dengan Daniel Arman.

            “Nina tahu tindakan Nina tu boleh bawa kepada nusyuz?” Soal Daniel Arman kembali. Wajahnya serius namun bicaranya masih dikawal sebaik mungkin.

            Nina diam tidak beriak. Memang dia salah kerana keluar bersama Zachary tanpa pengetahuan Daniel Arman tetapi dia juga tidak punya pilihan. Zachary terlalu kuat mendesak dan dia pula rimas dengan desakan Zachary.

            “Kalau sekali lagi saya tahu Nina keluar dengan lelaki tanpa izin saya, saya tak kan teragak-agak untuk sedarkan yang Nina tu masih isteri saya. Faham?” Kata Daniel Arman tegas.

            Nina hanya mengangguk. Sepatah kata pun tidak keluar dari bibirnya. Dia tahu dia salah. Walau seribu hujah pun yang dia kemukakan kepada Daniel Arman saat itu, tetap tidak akan berpihak kepadanya.

            “Jangan kata saya tak ingatkan pula.” Sambung Daniel Arman lagi.

            Nina berlalu sejurus Daniel Arman berhenti mengingatkan tentang statusnya. Kata-kata Daniel Arman itu memang tidak dapat dia nafikan dan sebagai isteri kepada lelaki itu dia seharusnya lebih faham akan hal itu. Walaupun dia cuma isteri di atas kertas namun hubungan itu tetap tidak dapat dinafikan. Salah bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami.

BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now