bab 6

3.6K 113 0
                                    


Zachary melewati meja Nina, apabila dilihatnya Nina masih tiada di mejanya, dia kembali ke biliknya semula. Pantas telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor Nina didail. Ada perkara yang ingin dia maklumkan kepada gadis itu. Apabila panggilannya tidak bersambut, Zachary kembali duduk di meja. Dia pelik kerana biasanya Nina akan datang lebih awal darinya tetapi hari itu bila jarum jam sudah menginjak ke pukul sepuluh pagi, Nina masih belum tiba di pejabat.

            Zachary bingkas bangun, dia mengambil keputusan untuk terus turun dan minum pagi. Langkahnya diatur menuju ke pintu lif, pejabat pentadbiran MS Mall masih lagi belum berpindah walaupun pasarayanya telahpun berpindah semenjak bergabung dengan DZ Mall dulu. Masih ada beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum pejabat pentadbiran mereka berpindah sepenuhnya.

            Apabila pintu lif terbuka, terpancul wajah Nina di sebalik pintu. Seperti biasa Nina akan memberikan senyuman manis kepada ketuanya itu.

            “Nina, kenapa you lambat hari ni?” Soal Zachary.

            “Encik Zach, kan saya dah maklumkan pada encik, saya adaappointment doktor hari ni, saya masuk lambat sikit.” Terang Nina, pelik kerana dia sudah memaklumkan hal itu kepada Zachary.

            “Oh ye ke, saya terlupa agaknya.” Zachary tersenyum, pintu lif kembali tertutup bila dia tidak jadi masuk.

            “Encik Zach memang selalu lupa.”Kata Nina lagi, senyuman Zachary dibalas.

            “You tu manis sangat sampai I asyik terlupa je, sebab tu la I perlukan you untuk selalu ingatkan I.” Zachary berkata selamba. Memang dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya.

            “Encik Zach nak pergi mana ni?” Nina mengalih topik perbincangan. Sudah faham dengan sikap bosnya itu.

            “I nak breakfast, jom ikut sekali.” Pelawa Zachary, lupa sebentar tentang niat asalnya.

            “Saya dah breakfast tadi, Encik Zach je la pergi.” Kata Nina lagi.

            “You ni susah sangat nak ajak keluar, breakfast je, bukannya dating, lagipun ada perkara yang I nak bagitahu you.”Sambung Zachary, faham dengan Nina yang seringkali menolak pelawaannya.

            “Penting sangat ke, kita bincang kat office je la.” Kata Nina lagi.

            “Kalau you tak sudi tak pe la, I pergi sorang je.” Zachary berpura-pura merajuk.

            “Bukan macam tu…” Belum sempat Nina menyambung, Zachary terlebih dahulu menyampuk.

            “Kalau macam tu jom, I belanja.” Tangan Nina ditarik masuk semula ke dalam lif.

            “Encik Zach…” Nina memandang tangannya, tidak selesa bila Zachary bertindak memegang jari jemarinya.

            “Sorry..”Zachary memohon maaf di atas ketelanjurannya. Jari jemari Nina dilepaskan. Dia tahu Nina jenis yang suka menjaga batas pergaulan.

            Nina membuntuti Zachary menuju tempat meletak kereta. Dia tidak selesa berdua-duan begitu dengan Zachary. Bukan kerana dia sengaja menolak tetapi kerana dia masih bergelar isteri. Walaupun dia sendiri tidak pasti sampai bila dia akan memegang status itu, tetapi selagi dirinya masih terikat dengan ikatan perkahwinan dan masih lagi menjadi isteri orang, dia akan menjaga batas-batasnya.




BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now