bab4&5

4.7K 111 0
                                    

BAB 4

                                                                                           

Rozana menenangkan Nina dalam pelukannya. Dia sendiri tidak pernah menyangka Salamah akan pergi secepat itu, terasa baru semalam mereka bersembang-sembang mesra tentang kehidupan masing-masing.

Kesihatan yang merosot bertambah parah apabila dia tahu tentang peristiwa yang berlaku kepada anak gadisnya. Semua itu menjadi tamparan hebat buat dirinya sehingga membuatkan dia seringkali jatuh sakit dan akhirnya dia pergi untuk selama-lamanya.

Orang kampung yang datang melawat sudah lama meninggalkan kawasan perkuburan setelah majlis pengkebumian selesai. Kini hanya tinggal Nina dan Rozana serta suaminya yang masih meratapi pemergian Salamah. Walaupun pahit, kehidupan terpaksa diteruskan, insan yang pergi tidak mungkin akan kembali lagi.

Hati Nina sayu apabila mengenangkan ibunya. Sudahlah dia berkeadaan begitu, kini ibunya pula pergi meninggalkan dirinya bersendirian menghadapi dugaan hidup. Dalam pasrah dia kecewa kerana selama ini Salamah yang menjadi tunjang kekuatannya. Ketiadaan Salamah menyebabkan dia putus asa untuk meneruskan hidup, tambahan pula dengan kejadian yang telah berlaku kepadanya. Semuanya menjadikan dia lemah dan tidak berdaya. Untunglah Rozana masih ada bersamanya. Sekurang-kurangnya dia masih ada tempat untuk mengadu dan bergantung.

BAB 5

Waktu menunjukkan jam enam petang, sudah lebih tiga jam Nayli Imanina dan Daniel Arman diijabkabulkan. Suasana dalam bilik mereka senyap sunyi, Daniel Arman lebih suka menghabiskan masa menghadap komputer riba miliknya. Nayli Imanina hanya duduk termenung di birai katil, cuba memikirkan apa yang baru berlaku ke atas dirinya. Semua yang berlaku terasa terlalu cepat. Bermula dengan kejadian dia dinoda sehingga kepada peristiwa pernikahannya dengan Daniel Arman dan bukannya Danish Arham, lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan terbentuknya satu nyawa lain dalam rahimnya.

            Nina mengalihkan pandangan kepada Daniel Arman, lelaki itu yang duduk membelakanginya seakan-akan tidak mengendahkan kehadirannya disitu. Nina sendiri tidak tahu bagaimana lelaki itu yang boleh menjadi suaminya. Setahu dia, ibunya meminta Danish Arham yang bertanggungjawab.

Nina melepaskan keluhan, terasa kasihan dengan Daniel Arman yang terpaksa menjadi pak sanggup ke atas dosa dan kesalahan orang lain.

“Kenapa?” Daniel Arman bersuara setelah sekian lama membisu. Fokusnya masih tidak lari dari skrin komputer riba.

“Maafkan saya.” Kata Nina, terasa semua yang terjadi berpunca darinya.

“Untuk apa?” Tanya Daniel Arman sinis.

“Libatkan awak dalam hal ni.” Jawab Nina dalam nada sayu.

“Dah memang nasib aku.”Daniel Arman bersuara keras.

“Tapi ini semua bukan salah saya, saya cuma mangsa keadaan.” Nina cubamembela diri apabila nada suara Daniel Arman kasar dan sinis. Seolah-olah menyalahkan dirinya seorang.

“Habis tu ini semua salah aku, jangan lupa yang semua ni pun bukan salah aku, aku pun mangsa keadaan.”Daniel Arman berpaling, merenung tepat ke mata Nina. Hatinya panas apabila dia turut menjadi mangsa keadaan berpunca dari gadis itu.

“Saya pun tak minta jadi macam ni.” Kata Nina lagi. Tidak puas hati apabila Daniel Arman meletakkan kesalahan di bahunya seorang.

“Macam la aku minta sangat nak kahwin dengan kau!” Daniel Arman bingkas bangun dan meninggalkan Nina sendirian. Berdialog dengan Nina begitu membuatkan hatinya bertambah panas. Memang bukan salah gadis itu seorang tetapi kerana gadis itulah dia terpaksa menjadi pak sanggup. Memadamkan segala impian masa hadapannya.

BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]Where stories live. Discover now