Sofea berjalan perlahan menuju ke meja Nina. Dia bercadang untuk mengajak Nina keluar rehat sebentar. Sementara menunggu masa untuk minum pagi, dia akan menghabiskan masa di meja Nina. Begitulah kebiasaan yang dia lakukan. Semenjak Nina mula bekerja di situ, dia dan Nina telah berkawan rapat.
“Kak Nina, buat apa tu!” Sergah Sofea apabila dilihatnya Nina kusyuk dengan skrin komputernya.
“Hish Phia ni, nak bagi akak sakit jantung ke...” Jawab Nina. Sofea yang muda lima tahun darinya berperwatakan lincah. Kadang-kadang suka berperangai kanak-kanak.
“Akak buat apa, kusyuk je. Kejap lagi kita pergi minum ye.” Ucap Sofea bertalu-talu dalam nada manja yang dibuat-buat.
“Akan tengok FB ni, kan setengah jam lagi baru pukul 10, Phia dah takde kerja ke?” Soal Nina sambil mengerling jam pada sudut mejanya.
“Bosan la kak, tu yang datang kacau akak. Encik Arman ada?” Soal Sofea lagi.
“Baru je keluar.” Nina log out dari akaun facebooknya.
“Pergi mana?” Sofea bertanya lagi. Dia mengambil tempat disisi Nina.
“Mana la akak tahu.”
“Kan akak PA dia, tak kan tak tahu dia pergi mana.” Sambung Sofea.
“Memang la akak PA dia tapi tak kan la dia pergi tandas pun dia nak bagitahu akak.” Jawab Nina, dia senang berkawan dengan Sofea, gadis itu yang paling rapat dengannya sejak dia pertama kali melangkah kaki ke situ.
“Akak tak minat ke dengan Encik Arman tu?” Soal Sofea sambil memusing-musing kerusi duduknya.
“Soalan apa tu?” Soal Nina kembali dengan riak pelik.
“Yelah, hampir semua ‘bunga’ katoffice ni minat kat Encik Arman tu, tak kan la akak yang selalu bersama Encik Arman tu tak rasa apa-apa.” Sambung Sofea.
“Nak rasa apa?”Soal Nina lagi. Suka melayan kerenah Sofea bila bergosip.
“Rasa ‘nak’ pada Encik Arman tu la. Nak bercinta dengan dia. Nak kahwin dengan dia.” Kata Sofea lagi.
“Sofea ada rasa camtu ke?” Soal Nina dalam senyum meleret. Giliran dia pula mengusik Sofea.
“Akak ni ke situ pula, Phia kan dah ada boyfriend, tak kan boleh jatuh hati kat Encik Arman pula.” Sahut Sofea dalam nada merajuk.
“Mana la tahu…” Nina angkat kening.
“Akak memang tak rasa apa-apa ke?” Tanya Sofea lagi. Kali ini nadanya bertukar serius.
“Rasa macam mana yang Phia maksudkan?” Kali ini Nina juga menyoal serius.
“Nak jadikan dia suami akak, Phia tengok Encik Arman tu baik sangat, sesuai dengan Kak Nina, Kak Nina pun lembut.”
‘Memang dah jadi suami akak pun.’ Namun kata-kata itu hanya terucap dalam hati Nina sahaja.
“Dia kan dah ada girlfriend.” Ucap Nina.
YOU ARE READING
BIS[BUKAN ISTERI SEMPURNA]
RomanceNina seorang gadis kampung yang menolong maknya berkerja di rumah dato zainuddin Sutu hari nina diperkosa oleh danish arman,daniel arman ialah penyelamat nina mereka berkhawin tanpa perasaan cinta tapi apabila daniel arman melihat penampilan baru n...